Follow Viruspadu

Monday, April 21, 2014

Seat Cover Pink Gitu

Sejak bawak viva sendiri ni.
Langkah gua dah panjang sikit.
Panjang tu takla panjang sangat
Atlis malam kalau teragak nak makan eskerim magnum almond tu boleh la pegi dengan anak-anak kat pasaraya99 depan rumah tu HAHAHA. Ada la kemajuan sikit. Tapi bab isi minyak masih diuruskan oleh lelaki gagah perkasa keh keh keh. Dasar sangat perangai kennn.

Hari tu saya ada mengkisah kisahkan mencari cover seat hello kitty kan. Tapi macam susah pulak mak hencek nak cari online. MAHAL boleh tahan. Pastu masalahnya pulak mcm mana pulak gua nak pasang sendiri kennnnnn. Tak reti.

So jenjalan la pergi kedai aksesori kereta.
Terus tempah seat cover kau!
1 minggu jugak la nunggu.

Tadaaaaaaaaaaaaaaa. Cea dah tak seprais sgt sbb dah tayang kat instagram HAHA. Takpe. Tolong buat-buat terkejut ek.


Ini bukan kulit ye kengkawan sekalian. Ini bukan kulit tapi... tapi yang lagi satu tu apa ek. pvc ke apa. Kalau mcm ni senang uols. Anak tumpahkan air ke apa tak la berpeta-peta kerusi. Senang lap je. Cover seat lama tu dah teruk sangat dah rupanya huhuhuhuhu. Malu.

Ala tahu dah. Mesti nak tanya harga kannnnnnnn kan kan.
Satu set ni adelah RM388. Sekali dengan pasang tanggalkan seat tu semua lah.
Tunggu kejap je. Ada sejam jugak kot.
Pastu setel.

Lepas ni nak kasik bulu2 kat dashboard. Tapi tak tahu kedai ceruk mana yang buat kat seremban ni. Kalau korang tahu. Share dengan kakjeng ek ek ek.

Ok tu je..

----------------------------
Mini Ads

Shawl yang lembut. Gebu. Labuh. Cun. Yang kakjem pakai ni boleh didapati di facebook Qist atau pun Instagram www.instagram.com/qistcreation





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

Amyz Azlie said... [Reply to Comments]

Alololo.. Sangat comel kaler pink tuuu.. Ni kalo cik badang bawak kereta ni, hilang macho seploh hari. Kehkehkeh.

Eliss Mie said... [Reply to Comments]

pink nya seat dia. mau x naik laki den mcm ni. nak suh beli keta kaler merah pun x berapa nak. nak putih jugak..heran heran..huhuhu

cenetos said... [Reply to Comments]

oh murah..igtkan mahal sgt nak buat tu..okeh boleh kumpoi duit nak buat lepas nie.. ;)

salam perkenalan..

Diana Abdul Molok said... [Reply to Comments]

sweet nye kaler pink :) serius tak tau ada kaler pink sebab aritu masa tukar cover cina tu cakap ada black atau black-red jer... ke dia dah pakat dengan suami kite... emmmmm

dzu amri said... [Reply to Comments]

Haha.. encik badang tak marah ke pink?

www.momsavenues.com

Shahrizat said... [Reply to Comments]

nak mintak tolong share tempah seat cover kat kedai mana...terima kasih.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^