Follow Viruspadu

Monday, June 30, 2014

Berjaya... Walaupun...

Rasanya tak mudah bagi saya nak menghadapi puasa bulan ni dalam keadaan mengandung dah 4 bulan ni. Memang tak mudah sebab air liur masih meleleh pftttttttttt. Itu satu hal la. Satu lagi perut tak boleh kosong. Hari-hari biasa kalau saya makan lambat or perut dah terlebih tempat kosong, memang lepas tu muntah-muntah la.

Benda-benda tu buat saya risau.

Tapi takpe, cuba je puasa dulu ye tak.
Kalau muntah baru kita berbuka.
Nasib la semalam cuti. Boleh la lepak2 baring je.

Saya sempat sahur.
Alhamdulilah.
Makan rendang mak mertua saya masak.
Sedapppppppppppp sangat!!!

Saya daripada mengandung 2 bulan tu dah mengidam nak makan rendang mak mertua saya masak lagi. Tapi mana berani nak cakap. Menyusahkan orang aje ko ni kakjeng. So diam je. Ni akhirnya dapat. Suka tak terkata la kannnnnnnnnn.

Gambar semalam ni, masa anak-anak dengan badang rikues nak gi tengok-tengok palm mall kat seremban yang baru bukak tu.

"lama ke nak gi"
"kejap je ma, nak tengok-tengok je"
"ma takleh lama sangat jalan"
"tahu, kita jalan kejap, balik laa"

Memang sekejap bebenau kitorang kat palm mall tu. Tu pun muka saya dah baran-baran sambil berjalan. Hidung dah kembang-kembang tengok budak-budak buat perangai. Giler kau! Penat wei! Besar dia diluar jangkaan saya la. Banyak kedai tak bukak lagi. Tapi meriah la.



Setengah jam kot. Saya ajak balik dah.
Pftttttttttttt sangat!
Patut saya tak yah ikut. Tapi nak jugak tgk palm mall tu cemana kekeekekeke. Gedik!

.

Dan...
saya berbuka puasa dengan perut kembung.
Kembung angin.
Masuk sesuap dua dah rasa nak muntah.
Takpe. Hari pertama. Nanti lelama ok le tu.
Caiyok kakjeng. Kasik penuh puasa ini tahun yeeee :p



"Nisa... puasa tak hari ni?"
"tak mama"
"kenapa pulak, kan dah janji nak puasa"
"nenek tu suruh kakak makan tadi"

HAHAHAHA pandai ko salahkan orang lain pulak kan nisa.
Macamla mama tak kenal ko nisa HAHAHA.







TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu






Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^