Follow Viruspadu

Thursday, June 26, 2014

Betul la tu. Dah betul dah.

Betul dah la tu yang korang teka-teka tu.

Kenapa saya MC bersambung-sambung sebulan pastu
Cuti tanpa gaji sebab dah kaya sangat #TDDMKA (amin) lagi sebulan HAHAHA

Korang memang ler mengenali dan memahami kakjeng
Terharu I hehe
Terasa disayangi.
Amboi. Over plak kakjeng HAHAHA

Memang time mengandung je akan terjadinya kakjeng cuti MC bersambung-sambung ni ye tak.
Memang tak heran dah.

Maka.
Kakjeng dah mengandung 16 minggu :)
Alhamdulilah selamat dah menjalani 16 minggu dengan penuh kesabaran di dada.
Walaupun nak menyetelkan 1 hari pun rasa macam setahun lamanya.

Macam biasalah kakjeng korang ni.
Kalau mabuk. Phewwwwwwwwww.
Hanya En.Badang yang mampu describe macam mana mencabarnya kesabaran dia menjaga bini sebegini HAHAHA. Cobaaaaaaaaan. Bayangkan dengar bunyi wasap ting ting kat fon pun dah rasa macam nak baling je fon tu. Ntah pape. Maaf la kalau saya tetiba keluar group wasap. Bukan sebab tak suka baca apa korang sembang. Cuma bengang bunyi ting ting tu je HAHAHA. #padahalbolehsilent

Erm...
2 kali jugak la saya kena tahan kat hospital
Berbotol-botol air masuk dalam badan
Sampai mak saya cakap, "dagu kau dah kembang dah andak, banyak air"
Bila tengok cermin. Memang sendiri terkejut HAHAHA.

Dan saya masih sensitif bila orang tegur saya "jangan layan sangat badan tu" "kena kuat, lawan"
Meh sini gua starlite kepala hang sikit.
Apa dia ingat kita saje mengada-ngada buat-buat lemah ke apa?
Ingat kita saje-saje lepas makan pastu muntah?
Ingat kita saje-saje lepas minum pastu muntah?
Ingat boleh saje-saje buat kepala sakit berdenyut-denyut?
Ingat boleh saje-saje loyakan tekak sendiri ke apa?
Ingat kita boleh saje-saje rendahkan tekanan darah sendiri ke apa?

Senget!

HAHAHAHAHA
Nampak tak kakjeng emosi!
Walaupun mengandung anak ke 4 dah ni HAHAHA.

Masa saya kat hospital.
Bila nurse, doktor, pesakit katil sebelah tanya, "mabuk teruk ye, biasalah anak sulung"
terus rasa malu HAHAHA. Anak ke 4 dah wei. Semua anak pun mengandung mcm ni.
Apo nak dikato. Redha la. Ada hikmah kenapa Allah jadikan kita mcm ni kan.

Antara dugaan mengandung kali ni adelah, nisa dengan anoi kena demam campak aka cikenpox.
Phewwwww. Dugaannya adalah saya bimbang berjangkit dengan saya. Kalau saya je takpe. Sebab ada efek kat baby dalam perut kan. Tu yang cemas tu. Lepas tu tanya-tanya kat member dalam fesbuk.

"Kalau kita dah pernah kena demam campak, ada kebarangkalian kita kena sekali lagi tak? Sepatutnya sekali je kena kan? Ke canne?"

Kawan-kawan cakap, ada kemungkinan kena lagi. Nak2 kalau ibu mengandung. Sebab sistem imunisasi dalam badan lemah. Cuak jugak time tu.

Alhamdulilah. Semuanya ok.
Syukur.
Terima kasih Allah. Mudahkan segalanya.

Sepanjang saya cuti.
Saya baring je.
100% kerja rumah semua en.Badang yang buat.
Termasuk la masak, mengemas, cuci baju, uruskan anak.
Alahai kesian betul.
Saya ada jugak cuba bangun konon nak kuatkan badan.
Konon la. Lepas tu terus muntah-muntah.
En.Badang pun lepas tu terus tak bagi dah saya buat apa-apa
kihkihkih sebab lagi susahkan dia.

Dua minggu lepas kot.
Saya feeling badan dah kuat.
Ajak la badang lepak tepi laut.
Dah bosan sangat baring aje kan.
So petang tu keluar la. Hari ahad.
Duduk je dalam kereta. Sampai PD. Duduk je tepi pantai.
Tak sampai sejam. Saya dah ajak balik.
Rasa penat macamkan mendaki gunung
Sampai je pintu rumah, apa lagi.... muntah muntah. Naik bilik. Muntah.
Muntah. Pening. Aduh menyesalnya pergi PD.
Padahal duduk je. Apa yang penat nau ntah.

Sepanjang mengandung ni jugak
Saya adelah tidak boleh bercakap
Kalau bercakap saya rasa nak muntah.
Air liur meleleh tak henti-henti

Jadi anak-anak kalau bercakap dengan saya memang saya bagi bahasa isyarat tangan je
And anak-anak suka HAHAHA sabo aje la
Dorang rasa macam kuiz kalau dapat teka arahan mama dengan betul HAHAHA
sumpah lawak.

"oooo kalau tangan macam ni macam ni, maksudnya tolong bukak kipas la kakak" kata anoi
"adik.... kalau mama tepuk tangan sebelah tu, maknanya tolong tutup pintu la" kata nisa
"kalau jari gitu gitu tu maknanya tolong charge kan talipon mama laaaa" kata nisa

HAHAHAHAHAHA
Ada banyak la isyarat.

Macam mana perasaan anak-anak bila tahu mama mengandung?
Eksaited giler kata ko!
Nisa anoi suka sangat nak dapat adik.
Tiap kali dorang balik sekolah, terus berlari naik bilik salam mama
Terus cium perut mama.

"hai baby comei comei comei"
korang yang comel mama tengok buat gitu tau hikhikhik

Ada sekali, anoi makan sugus. saya minta la satu.
Saya buat la isyarat tangan, maknanya bukan mama yang nak sugus tu, tp baby dalam perut yang nak.
Pastu anoi bagi nasihat
"baby ni kannnnnnn... sugus ni makanan tak berkhasiat tau! kenapa baby suka makan makanan tak berkhasiat ni, macam kakak anoi jeeee"
Saya punya la gelak dalam hati!

Nisa anoi punya eksaited, macam macam nama baby dah dorang fikir.
Dorang dah fikir dah nanti baby darjah satu, kakak anoi darjah 6. Nanti kakak anoi boleh jagakan adik dekat sekolah. Jauh sangat korang fikir nak. Baby tak lahir pun lagi. Korang dah fikir baby masuk sekolah darjah 1 siapa nak jaga HAHAHAHA.

Kelmarin.
Balik dari kerja.
Jemput anak-anak.

Saya macam biasalah. Cepat rimas kan. Nisa tak duduk diam dalam kereta. Terus rasa nak marah.

"kakak ni tak boleh ke duduk diam-diam dalam kereta ni. Kereta ni punya la luas. Kat situ jugak ko nak duduk bla bla bla bla"

mak kau dah start membebel nisa HAHAHA

tetiba nisa balas.

"mama... mama dah sihat ye... yeaaaaa"

HAHAHAHA terus saya gelak besar.
Mesti nisa rindu mama membebel
Mesti nisa rindu mama yang sebenarnya mama

kihkihkih.

Alahai anak-anak.







Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu






Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^