Follow Viruspadu

Friday, June 20, 2014

Inginkan Rasa White Coffe Sebenar??

Bangun pagi ni kak jem rasa malas dan berat kepala. Ntah kenapa ntah, badan ni rasa macam nak berbaring-baring je. Tetiba kak jem dihidangkan dengan bau yang menusuk kalbu. Bau tu datangnya dari dapur tingkat bawah nun. Pergh!! sedapnya bau aroma tu. Terus kak jem melompat dari katil dan meluru ke dapur. Rupanya en. badang buat air White Coffe 3 in 1... patutlah terasa cergas... hihihi... baru bau dah cergas iye tak..



Macam kak jem bagi tau dalam entry lepas, OLDTOWN  merupakan pelopor dalam pembuatan white coffee. Diorang kira sifu dan yang terbaek dalam bidang ini. Diorang terus mengekalkan tradisi pembuatan white coffee Ipoh, Old Town bagi mengekalkan rasa sejati dan asli white coffee. Paling penting rasa dan aroma white coffee keluaran OLDTOWN mengembalikan nostalgia lama kak jem di zaman kanak-kanak.

Sejak tahun 1999, OLDTOWN dah memasarkan keluaran White Coffee 3 in 1. Paket 3 in 1 ni betul-betul mudah dan menjimatkan. Senang betul nak merasa kenikmatkan kopi putih dengan hanya satu koyakan sachet sahaja... hihihi  




Korang nak tau, hasil dari kajian oleh I.M Magazine mendapati 80% dari responden yang menjawab kajian soal selidik mereka merupakan peminum kopi. Dari jumlah tersebut, 48.3% menyatakan bahawa diorg tidak dapat lari dari meminum kopi dalam seminggu dalam 2-3 cawan sehari. Ramai kan??? Apa yang paling menarik lagi, 35% daripada responden tetap memilih kopi putih produk tempatan macam kak jem jugak. So sapa kata kopi putih tempatan tak sedap dan berkualit tinggi... 

Kak jem nak bagi tau pada semua rakyat Malaysia terutama warga Ipoh la. Tak lama lagi orang ipoh akan dapat menikmati mural-mural cantik hasil dari kerja tangan Ernest Zacharevic. Eh! korang kenal ke sapa Ernest Zacharevic tu... tak kenal ek?? meh kak jem bagi tau...


Encem kan abang Ernest ni...

Ernest Zacharevic yang encem tu... ops! cuma xleh lawan keEnceman en. Badang la kan... hihihi... kat mana tadi??? hah... Ernest Zacharevic ini merupakan pengkarya seni mural terkenal. Dia la yang lukis mural seni kat Penang yang famous tu.. macam kat bawah ni..






Kali ni, OLDTOWN White Coffee dengan kerja sama Ernest Zacharevic akan mengindahkan pekan Old Town Ipoh. Beliau akan menghasilkan 7 lukisan mural yang cantik-cantik di sekitar Ipoh nanti.  Diantara lukisan mural yang akan beliau lukis tu macam gambar mural humming bird, gambar orang tua minum kopi, gambar sebungkus kopi sangkut kat dinding dan kanak-kanak perempuan. Cuba korang tengok camner dia lukis... kagum ooo tengok dia lukis humming bird kat bawah ni..

Tengok... siap kena guna kren tu...

cantikan hasilnya

Yang ni pula lukisan pak cik tua minum kopi...

Bayang kan besar mana mural tu... tapi kagum kan

Kali ni dia lukis gambar kanak-kanak perempuan.. sungguh macam real je kanak-kanak tu peeping kat lubang tingkap tu...




Tengok apa tu...

Yang ni macam real je kan... kopi sebungkus tu... hihihi




Wah! mesti cantik kan old town Ipoh nanti... memang Ernest tu berbakat besar. Sure seronok balik Ipoh nanti ni. So korang jom la like dan follow kempen 'Art of OLDTOWN' di dalam facebook.com/OldTownWhiteCoffeeMalaysia atau boleh gi ke twitter di @OldTown_WCoffee.

Cantik la Old Town Ipoh pasni ngan 7 mural yang mengagumkan


Korang boleh terai tengok hasil dalam proses pembinaan mural oleh Ernest Zacharevic kat link di ni.. http://www.youtube.com/watch?v=aK7zglDmY-0

Pasni sure syiook lepak old town Ipoh sambil menghirup OLDTOWN White Coffee 3 in 1 sambil menikmati mural karya Ernest Zacharevic... oooo indahnya

#ArtOfOldTown




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

Cik Puan Fairul said... [Reply to Comments]

yay saya orang ipoh xsabo nak nunggu..salam kenal kak jem







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^