Follow Viruspadu

Friday, June 27, 2014

Panggil banyak kali


"mummy... mummy... mummy...mummy"
"hmmmm"
"cuba tengok adik makan ni, hebat tak"
"iyooo... hebat"



"mummy... mummy... mummy...mummy... mummy... mummy...mummy"
"iyerrrrrrrrrrrrrr"
"tengok adik menari mcm ni, takde siapa ajar adik, adik belajar sendiri"
"hmmm ok"



"mummy... mummy... mummy...mummy... mummy... mummy...mummy"
"iyooo"
"mummy tengok adik baringkan barbie ni, jgn bising tau, ia nak tido"
"adik yang bising dari td, mama takde cakap apa pun"



"mummy... mummy... mummy...mummy... mummy... mummy...mummy"
"eeeeeeeeeeeeeeeeeee geramnyaaaa mama"
"mummy... mummy... mummy...mummy... mummy... mummy...mummy"
"adik ni termummy mummy, termummy mummy, pening aaa mama macam ni"
"HAHAHAHA biarlah adik panggil mummy"
"panggil satu kali je la, takyahla adik cakap mummy... mummy... mummy...mummy, kalau kat rumah ummi pun adik panggil ummi mcm ni ke? ummi ummi ummi... mcm tu ke"
"mana ada mummy, kat rumah ummi adik tak buat macam tu"
"kenapa? takut ummi marah la tu kan"
"TAK LA MUMMY, SEBAB BILA ADIK PANGGIL UMMI SEKALI JE DIA DAH PANDANG ADIK, MUMMY NI PANGGIL BANYAK KALI PUN TAK DENGAR-DENGAR"


HAHAHAHAHAHAHAHA
ko sound direct kat mama ko kan!
Baru 5 tahun, kalau 15 tahun tak tahu la mcm mana.


Lepas tu saya pun insaf HAHAHA.
Tapi anoi sama je, memang perangai suka panggil banyak kali
Sebab dia tahu mama bengang kan. So dia saje panggil lagi banyak kali



"mummy... mummy... mummy...mummy... mummy... mummy...mummy"
"iyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
"mummy... mummy... mummy...mummy... mummy... mummy...mummy"
"ish kenapa"
"tengok la adik tengah lari lari ni"
"adik ni nak mama tengok muka adik je ke? mama tak boleh tengok tempat lain ke?"
"HAHAHA... mummy cuba tengok muka barbie ni"
"ha kenapa pulak"
"buruk kan muka barbie ni"
"so"
"sebab tu la adik nak mummy tengok muka adik, jangan tengok barbie yang buruk ni. Adik kan comel"

Ya ampunnnnnnnnnnnn
Sabo je la anak aku ni...




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu






Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^