Follow Viruspadu

Tuesday, July 08, 2014

Berbuka Puasa

Eh eh.
Tak glamer ek tulis berbuka puasa HAHAHA
Video kat instagram mana ntah saya tengok hari tu, orang repost2 la.
Lawak giler kot
Kalau sekarang kena sebut IFTAR, baru in gitu kan.
Pastu Doa kena sebut Dua.
Macam-macam la sekarang ni ye.
Saya tak kisah la mana-mana, asalkan maksud kita sama jewwwww.

Ha tetiba nak cerita pasal perut kan...
Minggu lepas saya rasa perut saya masih comel je lagi.
Kalau pakai baju kurung tu masih tak nampak la perut ni kan
Kalau pakai baju biasa pun tak perasan la saya mengandung 4 bulan
Kalau naik komuter takde kerusi nak duduk pun takde sape la nak bagi saya duduk sebab tak nampak mengandung pungggg kih kih kih. Kijam.
Tetiba minggu depan nak masuk 5 bulan ni kan, minggu ni perut saya dah jelas benar kelihatan hehehehe.
Tak sabar nak scan ehem ehem ehem...

Baby perempuan ke lelaki agak-agaknya?
Ehem ehem ehem
Cemas I.

Minggu lepas saya checkup
Dan seperti biasa darah saya HB low.
Tapi tak la tahap kena tambah darah lagi.
Tu zaman mengandung annisa tu.
HB low melampau sampai kena tambah darah you know.
Kalau boleh taknak la ulang lagi kenangan macam gitu.
Taknak ulang kena pakai insulin lagi.
Phewwwwwwww. Sekso kono cocok diri sendiri 3 kali sehari.
Phewwwwwwwwww.
tanak tanak tanak.
Minggu depan dapat date minum air gula pulak dah
Yakkkkk tak sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

Walaupun begitu
Saya bersyukur.
HAHAAHAHA terus insaf kan :p

Ok dah la tu, saje nak cerita pasal perut je tadi.
Ni sebenarnya nak cerita betapa sexcitednya saya dapat berbuka dekat rumah emak.

Sejak saya mengandung dan mabuk kepayang hikhik
Mak saya ada duduk dengan saya dalam dua minggu jugak la jaga saya.
Lepas tu mak balik cheras tinggalkan saya dijaga oleh suami
Memang takde la balik cheras.
Rekod paling lama la saya x balik cheras
Lebih sebulan woi. Lama.
Sebab saya tak berani lama duduk dalam kereta la
Terhentak-hentak, badan saya tak tahan.
Baru naik kereta nak gi ofis pun badan tergoyang-goyang dalam kereta saya boleh muntah dalam kereta sampai habis lencun baju kena muntah. Ini kan pulak nak jalan jauh. Memang tak berani.

So minggu lepas tu rasa macam dah ok sikit.
Tu pun siap lapik toto alas tempat duduk dalam kereta tau
Siap bawak balik tedybear pink buat peluk dalam kereta
Bantal alas kepala
Nampak tak persediaan jitu disitu kihkihkih
Risau betul kalau muntah lagi.
Sakit wei muntah, dia tarik macam semua isi perut nak keluar.
Tak tahannnnnnn.

Alhamdulilah.
Sampai cheras saya kuat. Macam megik. Kuasa seorang IBU barangkali. Kasih sayang EMAK menanti di cheras :)

Baby atikah dan Baby Aira

Saya nak amik gambar macam dedolu time balik cheras memang kenot go la kan.
lagipun semuanya tak sesuai untuk paparan belog.
Apo yang adooo.

Anak-anak paling seronok bila berkumpul.

Kali ni semua adik beradik saya ada kecuali abang sulung saya dengan family kaklang dengan sepet.

Tukang masak macam biasa kakcik.
Ditemani oleh ceera, ida dan nini
Akak muncul lambat
Saya pulak adalah objek yang menyemak aje kat dapur ketika itu HAHAHAHA
Menolongnya idok. Tukang buat kecoh aje. Biasalah, saya kan penyeri dapur kahkahkah.

Hari tu adik saya uteh share balik video tahun lepas kitorang berbuka puasa.
Ada pulak arwah abah duk sebelah saya.
Aduhai. Sedihnya.

Teringat masa arwah abah baru aje dikebumikan.
Saya mulanya cuti isnin je. Selasa dah start kerja patutnya.
Selasa saya masuk ofis.
Tapi air mata saya tak berhenti mengalir.
Akhirnya saya terus balik rumah macam tu je.
Terus amik cuti seminggu.
Minda saya masih tak kuat.
Perasaan saya masih lemah.
Sampai sekarang pun saya masih lemah bila teringat abah.
Alhamdulilah, arwah abah selalu melawat saya dalam mimpi.
Terima kasih Allah.

Oklah tu je.
Nak cerita pasal berbuka puasa kat rumah mak je sebenarnya
Tapi gambar lauk pauk berbuka takde pulak kan HAHAHA.
Aiyooooooooooo.
Korang redha je la ye.
Entry carca marba kakjeng ni. Dan macam entry takde arah tujuan hidup.
Memang nak update pasal berbuka
Siyes.
Tapi lupa amik gambar makanan.
HAHAHAHA
Canne la ko ni kakjeng :p



Tak sabar tunggu sabtu pulak, dah janji nak bawak mak shopping-shopping.
Yeayyyyyyyyyyy.


1st time kakjeng berbuka puasa kat luar rumah ni. Kelassss kau kakjeng. Dah sihat lew tewww.





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu






Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^