Follow Viruspadu

Wednesday, August 27, 2014

Izz

Lepas saya publish entry bawah ni.
Saya terima banyak kasih sayang dari korang semua.
Saya terima banyak doa-doa dari korang semua.
Terima kasih ye korang.
Kata-kata semangat tu semua ubat hati saya.

Tak, saya bukan misscariage. Saya bukan gugur.
Cuma baby Annas sakit dan saya tak dapat teruskan kandungan.

"Mummy, kakak tak pernah jumpa kakak Alesha dengan adik Annas. Kenapa diorang sakit, kalau tidak kita ada 4 orang adik beradik, kakak rindu la"
"Adik Annas ngan kakak Alesha anak Syurga mummy. Nisa ngan Anoi anak manja mummy. Nisa anoi kena sihat. Kan dah janji nak jaga mummy dengan papa bila kita dah tua nanti kan"

Banyak soalan nisa. Bertalu-talu. Kenapa dia dengan anoi je sihat. Kenapa alesha dengan annas sakit dan tinggalkan dia. Kenapa adik beradik orang lain takde yang meninggal.

Saya cuba jawab semua soalan dengan senyuman.

Saya rasa inilah cabaran paling sukar bila kita sedang bersedih.
SENYUM
Senyum dan pura-pura kuat depan semua orang bila kita sedang sangat bersedih.
Supaya nanti orang tak kata kita tak redha dengan ujian kehidupan.
Senyum dan menahan diri dari menangis supaya dapat melega orang sekeliling yang risaukan kita.
Senyum dan tunjukkanlah yang kita sedang bahagia.

Ombak,
Bawa lah pergi kesedihan ini pergi jauh.
Jangan benarkan ia kembali

Hanya tinggalkan kenangan manis dalam hati.

Itu yang saya nak katakan pada ombak bila saya ada peluang ke pantai :)

Alhamdulilah, En.Badang layan saya baik-baik. Selalu bawa saya berjalan untuk lupakan kesedihan kemurungan walaupun tahu yang badan saya bukan kuat lagi nak berjalan. Jalan dekat-dekat aje yang saya baring aje dalam kereta. Bila dah sampai destinasi saya duduk je tak buat apa. Macam gi jalan-jalan gi tempat makan. Dia risau saya duduk rumah sorang-sorang dan termenung sebab itu lebih bahaya. Katanya.

Terima kasih Allah.
Sebab kurniakan insan ini dalam hidup saya.
Sebab saya dikelilingi orang yang baik-baik.
Saya redha dengan ujian ini.



Hai Baby Izz.
Tetiba je hai kan hihihi.
Malas nak ending cerita atas nak cerita pasal baby Izz Qaiser.

:)

Anak sepet ni
Bersalin jugak ko ye ana hehehe.
Selamat menempuh alam mak mak
Semoga kau gemuk lepas ni supaya andak nampak kurus HAHAHA

Seronok dengar pengalaman sepet bersalin.
Bab pengalaman bersalin ni la memang kita nak dengar tiap kali melawat mak-mak bersalin :p
Bersalin paling cool pernah saya dengar adelah masa ceera bersalin keisha.
Macam selambe gilerrrrrrrrrr.

Melawat baby.




Comel sangat baby Izz Qaiser
Masa dia tido tutupkan mata macam ni
Terus terbayang muka Baby Annas lepas saya melahirkan
Lebih kurang aje mukanya.

Rindunya.




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu






Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^