Follow Viruspadu

Thursday, August 21, 2014

Raya

Semorang dah habis cerita pasal raya ke canne ni
kihkihkih

Saya tak tahu nak cerita macam mana
Korang bila baca tetiba takde ending. Nasib la ye :p
Jangkakan perkara-perkara gitu dalam entry ni
Atau tetiba gua tak tahu nak cerita apa.
ahakssssss. 

Buat yang merindui kakjeng. Maaf sangat sebab lama mengabaikan blog.
Nasib baik blog masih lagi wujud
dan nasib baik sesangat kakjeng masih ingat lagi password dia :p

Buat yang dah tahu cerita saya
Yang ikuti khabaran saya di fesbuk dan IG
dan yang bertanya khabar juga
Yang wasap, PM, sms... terima kasih sangat.
Yang call saya tak jawab. Maaf ye.

Jujurnya saya masih lagi belum bersedia nak bercerita sangat detail apa-apa pasal itu
Semuanya masih dalam hati.
Dan Alhamdulilah saya dah semakin sihat
Walaupun jiwa dan lara masih lagi belum utuh.

Ok sudah.

Ini cerita raya 2014.

Raya tahun ni mengukir ketidaksamaan dengan tahun tahun yang lalu. Tahun ni agak kelamkabut sikit. Disebabkan saya mabuk tidak keruan HAHAHA. Ngam ngam kandungan saya cecah je 20 minggu. Baru la saya dapat bernafas lebih sikit. Air liur dah tak meleleh. Badan makin kuat. Alhamdulilah. Memang tak sabar nak tunggu usia kandungan 20 minggu sebab masa tu dah boleh scan jantina baby. Dan Alhamdulilah #inikalinilah baby BOY! (hashtag tiada kaitan  :p)

Anak-anak paling happy bila dapat tahu mama mengandung baby BOY.
Dan ofkos siapa lagi yang ter ter ter paling happy sekali kan. Dah tentu bapak dia.
Muka dah senyum tapi kaver malu malu. Nyampah! HAHAHA.

Nama baby memang takyah banyak fikir dah. Memang dah ada :p

Bila saya dah sihat. Lain pulak cerita dia kihkihkih.
Saya makan tak boleh berhenti ok.
Makan makan tak kenyang
Makan makan tak kenyang
Makan makan tak kenyang
Maka dalam masa 3 minggu berat saya pun naik 6kg.
Sekian, terima kasih
KAH KAH KAH
Berat baby naik 100 gram je agaknya. Mak dia melampau bona.

 Bila emak dah sihat. Selfie tak habis habis. 
Anak-anak pulak memang nak dah ikut penyakit keturunan. 
Hantu bergambar HAHAHAHA. Bagus. Boleh geng!

Yes.
Raya kali ni tak sama dah.
Hurmmmmmmmmmm.

Disebabkan dah tak sama
saya rikues dekat en.Badang.
Malam raya dan pagi raya pertama saya nak raya cheras
Sebab pagi raya saya nak melawat Abah.
sejak abah pergi, saya masih belum dapat melawat abah lagi.
Semoga Abah tenang disana. Alfatihah.

Sabtu. Di rantau. Mertua saya dah masak rendang.
Rendang mertua saya ni memang la anak-anak saya suka.
Sanggup bawak bekal balik cheras ni.
padahal cheras pun buat rendang
tapi time makan anak-anak mesti mintak rendang nenek jugekkkk.

Askar-askar pink nak jugak menolong

Poms ni cakap, dia kena jaga mata dia. habuk banyak.
Heh!

Ahad. Merendang rumah cheras pulak.

Raya kali ni memang lain sangat.
banyak kali dah saya sebut ni
Biasanya Abah yang beli barang nak masak
Biasanya time masak-masak kat dapur akan dengar bunyi motor Abah balik rumah tanya apa lagi tak cukup.
Saya yakin semua pun asik terindu Abah
Tapi semua pun diam taknak cakap apa-apa
Sebab taknak sesiapa start sedih.

Dan nak ucap terima kasih sangat jugak kat family saya
Walaupun semua tahu saya juga sedang bersedih pasal kesihatan Baby AnNas dalam perut saya. Tapi semua pun takde buat saya rasa sedih. Semuanya ceriakan saya. Saya simpan perasaan dalam hati. Kita gelak gelak happy lah! Nak raya ni :)

Eh mana gambar rendang mak?
Lupa hihi
Ada la gambar kitorang masak-masak kat dapor
Tapi uols, kenot share la kan
Menyeksi semua kat rumah.
Paling tak boleh blah akak saya lah
Snap gambar saya hiris daun kunyit pastu letak kat fesbuk suruh ceera nangis tengok sebab saya menolong masak kat dapur HAHAHAHA. Padahal memang itu je yang saya tolong. Lepas tu saya baring je dalam bilik emak sambil bukak ekon. Aduhaila. Kelakar kalau lepak dengan beradik. Memang ada je lawak. Ada je point nak kenakan saya. Cis

Kat cheras menunya macam biasalah.
Rendang daging dengan sup tulang
Sup tulang emak memang WIN lah
Rugi korang tak rasa
Malam takbir raya tu dah licin dah
Ada la bersisa semangkuk gitu kihkihkih
Nasib la gigi saya ni mcm spoil sikit, kalau tak yang semangkuk tu saya yang licinkan. Pastu konfius apsal berat naik banyak sangat. Coi!

Sarapan pagi raya. Lepas solat raya.

yeah. Baju raya kesayangan. Dan dan tu kesayangan kan hihihi. Almaklumlah pertama kali beli baju JV HAHAHA. Kalau korang nak beli kat zalora tu baju2 JV. Saya rasa kena amik satu saiz kecil la. Saya rasa la. Ini saya amik saiz M tau. Selok je perempuan mengandung 5 bulan pakai. Dan saya rasa baju ni macam besar sikit. Kalau tak mengandung rasanya, saya kena amik saiz S. Tapi macam risau jugak kalau saiz S pulak kain senteng. Aishhhhhhhh ni la yang payah kalau badan tinggi melonjong ni HAHA. Saiz model sangat #TDDMKA #NakJugakPujiDiriSendiri
Nampak perut kakjeng?
nampak?

Ramai je kata tak nampak perut saya kan.
Ish mestila nampak
Dah 5 bulan kot ni cek oi.

Akak dan kakcik. Dan anak no 2 kakcik yang tengah-tengah tu. Heh! anak no 2 kihkih (beradik je faham)

Aktiviti menunggu yang lain sampai. 3 poms ni menyusahkan en.badang. Beliau kena layan kitorang menggedik. Raya weiiiiiiiiiiiiii. Rayaaaaaaaaaaaa weiiiiiiiiiiii. Memang kena snap gambar banyak-banyak. Raya weiiiiiiiiiiiiiii HAHAHA. Baju JV tu weiiiiiiiiiiiiiiiiii. Walaupun tudung tak iron. Lantakla. Baju raya JV tu weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii HAHAHA. OK dah over!




Raya tahun ni berbeza
Kitorang takde tema kaler baju lagi
Tema dia adalah mesti corak geometri
Kalau tak jumpa corak tu, sila beli baju kosong takde corak
No bunga bungaan gitu.

Macam best bila tengok gambar
Ceria je banyak warna

Tahun depan pun rasa mcm taknak tema warna lagi lah.
Saya la rasa gitu
Kalau beradik nak tema warna, gua follow je
Kalau tahun depan buat tema arabic ke
Tema jubah ke
Best jugak kan.
Takde la satu warna je.
eceh eceh eceh.
Tak pun buat tema "pantai"
dah semua pakai bikini je raya HAHAHAHA
Jangan buat pasal kakjeng HAHAHA

Saya ada satu je baju raya tahun ni
Tu la baju JV tu
Tu pun beli online
kalau tak langsung takde baju raya.

Raya tahun ni berbeza
dah takde dah lagi gambar raya dengan tangga kenangan

dan Raya tahun ni berbeza
Sebab kamera saya rosak terjatuh di pagi raya tak sempat amik gambar raya reramai
Coiiii

Ini baju time malam raya pertama. Nak gi rantau. Baju lama tapi belum pakai. Kita anggap baju raya jugak la ye. korang pun baru nampak kan. Sebenarnya baju tu kain buat jubah. Kawan sehati sejiwa hadiahkan, belikan kat vietnam. Tapi saya tempah buat baju. Nak buat jubah saya kan terlebih lonjong. kain tak cukup daaaa. Kain seket tu beli kat Saraya Zahret, Kebetulan mecing. Belasah!
Eh taknampak perut.
Pandai baju ni buat I kelihatan langsing ahaksssssssssss.

Raya kedua.
Beraya di mapley
Nak layan teh tarik uols.

Tahun ni kan berbeza.
Raya saya sehari je.
Raya pertama je saya jalan beraya.
raya kedua saya dah berehat kat rumah.
Raya kedua kitorang plan nak amik gambar kat studio
gambar kenangan mengandungkan baby AnNas :)




Beraya dekat sushi. Pastu bagi duit raya kat sushi HAHAHA.



dan melawat Alesha.
"Kakak Alesha, tolong jaga adik AnNas ye"







Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu






Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^