Saya?
Saya ni dah banyak kali dah tukar-tukar shampoo la.
Masalah rambut ni lepas satu-satu.
Tak jugak ok-ok.
Sekejap masalah dandruf
Sekejap masalah rambut gugur
Sekejap masalah gatal kulit kepala
Lebih mencabar lagi sebab saya bertudung
Rambut selalu duduk dalam hijab
Dan masuk kerja waktu pejabat. Memang kena masuk pejabat awal pagi.
Bila masuk awal pagi. Mandi siap-siap. Kadang rambut tak sempat kering betul.
Dah sarung hijab dah kan.
Kadang petang sampai rumah, kadang malam sampai rumah.
Tolong jangan bayangkan macam mana rupa bila sampai rumah
Pastu buka hijab.
Walaupun takla tahap berkepam sampai suami pengsan lalu sebelah kan tapi tak selesa jugak la.
Untuk elakkan rambut ada bau tak selesa ataupun kulit kepala gatal gatal lepas tu konfius apasal gatal sangat kepala ni, ko ada kutu ke apa kan HAHAHA. Coi sangat dah tua bangka berkutu. Maka saya biasanya elakkan basuh kepala pagi nak pergi kerja tapi saya basuh rambut petang la. Lepas habis kerja dan balik rumah maksudnya. Tapi bab gatal kepala tu memang payah nak setel. Kalau dapat garu kepala punya la sedap HAHAHA sampai lupa laki ada kat sebelah.
Lepas tu saya diskas dengan suami pasal rambut.
Walaupun rambut saya ni cantik ikal mayang memancar-mancar HAHAHA
Korang bukan nampak rambut saya kan. Terpaksa la saya puji dan menambah-nambah pujian terhadap diri sendiri. Tapi kalau bau tak selesa (kadang) dan kulit kepala gatal. Tak best la.
Suami saya cadangkan. Cuba cari shampoo untuk wanita bertudung. Sebab dia ada macam pernah nampak iklan dekat tv. Iklan yang ada Heliza tu kan. Lepas saya macam. Yela. Apasal tak terfikir. Dok pakai shampoo biasa la berubat la. Lupaaaaa pulak.
Terus la suami belikan.
Dan saya pun pakai.
Yeah... Sukeeeeeeeeeeee...
Memang kena rekemen korang try
Kulit kepala dah tak gatal
Bau pun harum je.
Rambut memancar-mancar je bersinar-sinar
Takyah pakai sikat pun lembut je
Ikal mayang toksah cakap la
Teknik rebonding pun malu tengok rambut saya cantik sangat
HAHAHA saje je puji lebih-lebih.
Almaklumlah rambut sendiri :p
Syarat dia korang kena pakai shampoo dengan conditioner dia sekali ye.
Awas ya kalau pakai shampoo je.
Sila la pakai pakej dia
Shampoo tanpa conditioner ibarat makan lepas tu lupa cuci tangan HAHAHA
Takde idea contoh perumpamaan lain la. Boleh la pakai perumpamaan tu ek.
Sekarang rasa lebih yakin
Dah tak rasa tak selesa lagi.
Pernah tak korang rasa gatal kepala asik nak pergi tandas sebab nak bukak tudung sebab tak selesa pastu pakai balik. Asik ulang benda yang sama. Tak boleh nak bagi tumpuan pun masa dalam meeting.
Rimassssssssssssssssssss giler.
Sekarang tak dah!
Alhamdulilah :)
Korang ada pengalaman macam saya juga tak?
Jom la share dengan Sunsilk Menemanimu. Saya dah!
Senang je nak join. Klik https://apps.facebook.com/sunsilksmenemanimu
Contest dia senang aje
Cuma share aje pengalaman kita berhijab.
Jika terpilih sebagai pemenang. Hadiah utama berupa Wang Tunai RM20,000, T-shirt berilustrasikan Perjalanan Sunsilkmu dan produk Sunsilk.
Ada lagi 10 hadiah saguhati. Wang Tunai RM3,000. T-shirt berilustrasikan Perjalanan Sunsilkmu dan produk Sunsilk. Banyak kan walaupun hadiah saguhati.
Tak rugi mencuba. Tak cuba baru la rugi.
Lagipun korang kan memang selalu buka facebook dan share status pengalaman korang macam-macam kan. Apa salahnya kali ni share pulak mengalaman korang berhijab. Moga pengalaman kita boleh beri kesan yang baik kepada orang lain. InsyaAllah.
Klik sekarang, lepas tu share :)
Sap sap soi. https://apps.facebook.com/sunsilksmenemanimu

Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com
Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH
Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu