Follow Viruspadu

Saturday, October 25, 2014

Anoi lanje

Hari tu anoi cuti
Kakak nisa sekolah.
En.Badang ada kelas.

Tinggallah saya berduaan dengan anoi.

Lepas hantar nisa gi sekolah.
Saya pun deting dengan anoi

"mummy, hari ni biar adik lanje mummy" *belanja
"betul ke ni adik?"
"tengok ni adik bawa duit la mummy"

Duit yang dia kumpul daripada duit belanje sekolah dia.
Alololololo comelnya nak belanje mummy.

Air suam satu, teh tarik satu, me goreng satu, roti kosong satu.

Orang kaya annur :p

Mulut anoi ni kan boleh tahan.
Kalau bersembang, saya selalu tahan gelak.

kedai makan kitorang ni sebelah aje dengan bomba
Biasalah pagi2 ada bunyi siren bomba
memang kuat bunyi dia

"mummy, itu bunyi apa?"
"itulah, bomba tu"
"kenapa ia bunyi kuat sangat"
"sebab, kalau ada kecemasan nak tolong rumah orang terbakar ke ada orang eksiden ke. Sebab tu la dia buat bunyi kuat-kuat. Supaya bila orang dengar, orang tahu ada kecemasan, orang boleh bagi laluan dekat bomba. Bomba kan kena cepat-cepat"
"abis tu kalau dah nak cepat, pergi la cepat, buat apa nak memekak lagi kat sini"

HAHAHAHAHAHA pitam mama dengar ko punya ayat anoi
Sabo je laaaa
Hai la budak ni
Jenuh pulak pastu mama dia eksplen. Kenapa itu kenapa ini.

Lepas makan.

"cuba adik kira berapa jumlah kita makan ni"
"berapa ni mummy"
"RM6.80"
"murahnya mummyyyyyy... nam hengget je"

HAHAHAHA.
Yelah yelah murah.
Anoi kan kayaaaaa...


"nisa, nisa... nak tahu tak... hari ni adik lanje mama sarapan"
"eleh mana aci" ~jeles
"hahaha jeles la tu kan adik lanje mama je kan"
"eleh patutnya adik lanje kakak ni, baru betul"

HAHAHAHA best best






Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Mama Mirza said... [Reply to Comments]

Mesti kat rahman bistro kan.. hihi.. comel jer anoi.. lamanya tggu k jeng naik kje.. rindu banget ni.. :)

Zanira Noh said... [Reply to Comments]

Hahahahaha lawaknya anoi.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^