Follow Viruspadu

Friday, October 17, 2014

Besday #YunnanSB #KeishaSB

Seperti yang dah korang baca dekat blog ceeranoh.com
Beliau buat jamuan makan atau nama lagi glamer dia party birthday Yunnan dan Keisha.
Walaupun Keisha bukan lahir bulan september tapi dia buat party bulan september. Pedulik apa kan. Bukan anak dia tahu HAHAHAHA. Janji ada kek cantik-cantik atas meja. Pakai baju cantik-cantik. Ada ramai orang datang rumah. Dan dapat hadiah. Itu aje dah cukup best dah budak-budak rasa. Bulan Jun ke September ke. Ada diorang nak kesah benda tu HAHAHA.

Jangan kata budak-budak tak kisah. Saya pun tak kisah kalau ada lagi orang nak bagi hadiah hari lahir saya bulan lepas HAHAHA. Nampak tak motip kakjeng apa? HAHAHAHA.

Entry dimulakan dengan muka anak kesayangan kakjeng yang kuat posing liuk lentok sekarang ni. Asal nampak kamera je. Otometik lentik. Konfem ikut perangai makngah diorang ni. Makngah jugak yang salah kennn. Emak dia semua betul :p

Anoi (5 tahun), Nisa (7 tahun)
Kalau nak cakap kembar pun dah boleh budak dua orang ni
Macam nak sama besar je gua tengok

Party rumah atam ni start jam 3 petang
Tapi sebab dah biasa ikut adat orang timur yang bersopan santun 
Dah biasa village style datang kenduri menolong masak kan
Tu yang semua pakat datang awal sebab nak tolong apa yang patut HAHAHA
Merasalah kena marah dengan tuan rumah sebab datang awal HAHAHAHAHAHA

Lawak betul rasanya.

Tapi sebab adik beradik kan
Kita pedulik apa kena marah ke apa HAHAHAHA

Kitorang buat hal sendiri je
Duduk dapur, gosip. 
Feeling cantik
Kutuk antara satu sama lain
Amik gambar banyak-banyak.
Posing sini sana.

Pastu tanya bila boleh makan ni
Dasar perut lapar je memasing
Dasar kuat makan adik beradik ni

Lepak belakang rumah
Aksi cocok pipi.

Rasanya kalau aksi cocok pipi ni, jari saya la paling tenggelam sekali kennn. Silap haribulan jari boleh melantun-lantun keluar balik kahkahkah. Tengokla pipi kakjeng. Makin tambun. Nasib la shawl boleh kaver.

Kat sini jugak la kitorang plan nak pergi cuti-cuti kuantan. Tu nanti saya stori hekkkkk :)


Memang takde keje sangat kan. 
Tengok makngah nisa punya posing. Sebelah saya tu lah. Sebab tu anak buah mengikut tu. :p


 Geng anak buah. Yang tengah je ye. Yang tepi kiri kanan jangan nak feeling anak buah sangat. Awasssss!

Anak buah saya dah ensem and cantik-cantik sekarang. 
Ajai, angah dan ayin


Aci tak kita fefiling kazens hot sekali. 
Muka diorang semua kecik-kecik
Tetiba muka kakjeng sebesar tempayan disitu
Coi!


 Ini baru group kakjeng yang sebenar HAHAHA. 
Ini baru geng-geng Mak Buah
Kenapa akak selalu over HAHAHA. Tengok la beliau posing kaki kedepan. Pening pening HAHAHA. Dah macam ada ilmu hitam kaki terangkat tau.


 Selamat hari lahir Yunnan dan Keisha. Keisha dengan kek dah macam sama je makdak tengok tau.

Yang dirai



Aktiviti petang lepas majlis habis.

Selamat hari lahir sayang sayang makdak
Sori makdak tak beli hadiah
Tapi makdak sayang keisha dengan yunnan tau
Semoga dah besar nanti jadi cantik dan ensem
Semoga dah besar nanti kita jadi geng
Semoga jadi anak yang baik, soleh solehah.
Semoga menjadi anak yang sentiasa buat adik makdak tersenyum ye sayang
Selamat hari lahir :)



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^