Follow Viruspadu

Thursday, October 16, 2014

Bulan Lepas Bulan September



Lama tau tunggu bulan September tiba.

Saya tunggu dari oktober tahun lepas lagi HAHA.
Mestilah saya tunggu kan. Almaklumlah bulan hari lahir dan bulan aniverseri perkahwinan yang ke 11 kan. Bulan yang penuh dengan cinta.

Orang kalau boleh taknak cepat sangat bulan birthday dia datang sebab taknak umur bertambah. Kakjeng pulak tak sabar sabar sebab boleh minta hadiah dekat suami. Walaupun memang macam tiap-tiap bulan pun minta hadiah. Tapi pedulik hape. Nak jugak.

Maka bulan lepas bulan yang senyum setiap hari.

September. Dimulakan dengan macam-macam aktiviti sebenarnya. Ceera buat makan-makan birthday keisha yunnan dekat rumah dia. Saya ikut kaklang pergi kuantan. Hari lahir emak dan abah. Lepak PD. Buat makan-makan tomyam dekat rumah emak. Buat makan-makan dekat rumah kaklang. Percutian cameron highland. Eh banyak sangat.

Tapi ini nak storimori pasal hari ulang tahun kelahiran dan perkahwinan saje. Kalau cerita semua. Ada yang tertido bangun baca tido balik baca tido balik bangun baca tido baca tido pun tak habis entry kakjeng ni. Eceh. Macam la kakjeng rajin nak taip panjang-panjang kennnn.

Seperti tahun yang sudah sudah sudah sudah. Memang takde plan nak buat majlis sambutan hari kelahiran ke apa. Paling hebat pun beli kek dan makanla 4 beranak dekat rumah. Itu je la. Memadai macam tu.

Tapi kali ni. Kebetulan sebenarnya. adik beradik saya memang nak buat makan-makan bakar kambing tapi asik plan, tapi  tak dapat date yang sesuai. 16hb september cuti kan. So pilihla tarikh tu. Kebetulan aje besday I ahak ahak ahak.

Saya pun takde nak ingatkan sesape. Encik Badang nak beli kek pun saya cakap takyah lah. Cukupla makan-makan dan adik beradik ada disekeliling saya. Macam tu pun dah rasa bahagia.

Makan-makan apo?
Kambing, kerang disponser oleh bangcik dan kakcik
Bahan2 bakar dan hotdog dan ikan disponser oleh kaklang
Sherpad Pie dan jajan disponser oleh Bangdak Andak.
Air disponser oleh uteh
Eh ntah hape ntah lagi. Banyak kaklang ngan kakcik yang keluar duit huhuhuh.
Murah rezeki korang :)
Kalau kita tak kedekut, rezeki pun tak kedekut dengan kita insyaAllah.

Shepard Pie yang dimasak oleh en.Badang :)
Salad oleh kaklang

Acara makan makan start jam 3. Family kakcik sampai dulu, ikuti dengan family saya. Maka kitorang makan dulu HAHAHA. Lantakla sape lambat.

Acara membuat air beramai-ramai. :p

Makan makan makan makan makan.




Lepas semorang dah kenyang
Ada yang tersandar
Ada yang terbaring
Budak-budak kenyang ke tak ke sama je berlari menjerit tak penat penat :p

Saya dah masuk rumah
cop nak baring kat sofa
Baru je nak lelap mata kihkih
Sekali dengar ceera/atam menjerit panggil nama saya
Tahu aje la suara dia kasar panggil nama saya
"andakkkkkkkkkkk"
eh ke dia panggil andak, ke dia panggil zaimah
"zaimahhhhhhhhhhhh"
gitu... kongajaq HAHAHAHA

Pastu kaklang ckp, "andak, atam panggil tu"
saya blur, malas-malas nak bangun.

Pastu saya keluar.
Pandang muka atam.
"kenapa?"

Atam muka selambe
"ada gossip nak cerita, duk sini"

Saya duduk.
tapi semorang diam

"cerita apa?"
"tadi alang cerita pasal ayin buat muka andak, kelakar kan"
"cerita tu andak dah tahu la, cis!"
"eh ada cerita lain lagi best" kata akak
"apa dia?"

Tetiba

Semorang menyanyi dan keluarkan kek :)

TERHARU




Dah tua tua ni.
Ada lagi kejutan macam ni HAHAHA
Saya memang tak fikir apa-apa.

Terima kasih keluarga
Sayang korang semua. Dunia Akhirat.
Kita kenal dari Bayi sampai dewasa
Kita je kenal luar dan dalam antara satu sama lain
Kita je boleh terima kelebihan dan kekurangan masing-masing kan

Itulah keluarga :)


Ok habis cerita tu :)


21 September adalah hari ulang tahun perkahwinan saya dan en badang yang ke 11 tahun
Woi! 11 tahun dah.
Tapi apasal rasa macam baru setahun
Ececece ayatttttt... Macam biasa baca je kan.

21 September 2003 - 21 September 2014

Hidup yang penuh dengan pahit dan manis. Tawa dan tangisan. Turun dan naik.

Kalau ingat masa awal-awal kita kawen, susahnya hidup masa tu. Nak makan pun berkira. Lepas tu sikit-sikit kita bertambah baik. Sampaila sekarang. Semakin baik. Semakin baik. Terima kasih Allah. Alhamdulilah.

Moga esok lebih kaya dari hari ini HAHAHAHA

Moga esok lebih baik kita disisi Allah.

Ini gambar masa bercinta dekat UUM yang saya masih simpan. Tahun 2000 dulu. Baju kurung kedah tu baju yang pertama en.Badang belikan untuk saya. Sebab tu saya masih simpan lagi. Kebetulan baju yang enBadang pakai pun masih saya simpan. Jadi kitorang pun snap lah gambar yang ala-ala sama macam dulu. Terima kasih nisa. Nisa la potografernya ahak ahak ahak.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 11 tahun Sayangku. Moga kita terus hot sampai tua. Moga kita masih jalan pegang tangan sampai tua. Moga sayang boleh dukung ma sampai tua. Moga kita masih makan bersuap sampai tua. Love u sampai tua gayut kerepot sayang. 
Love u sampai syurga

Untuk sambutan ulangtahun kali ni. Kitorang plan nak gi cameron Highland.
Kebetulan kakjeng cuti. Kakjeng memang banyak masa nak buat plan :p

Tengok tu siap google tempat menarik dekat sana. Apa yang ada. Siap buat bajet berapa RM semua.


Walaupun dah tahu
Biasanya kalau buat jadual gini, kalau anak beso boleh la nak ikut
Kalau anak kecik lagi biasanya jadual akan ikut mana yang sesuai dulu
Tapi masih berguna buat jadual sebab kita dah tahu kemana nak pergi.

Kitorang tak masukkan dalam plan nak pergi rose farm atau pun cactus tu. Sebab tiap kali pergi memang dah pergi sana. So kali ni, memang try mana yang belum singgah lagi.

Hari Jumaat. Kitorang keluar rumah sesudah solat subuh. Anak-anak mandi pun tak. Terus sambung tido dalam kereta.

Tempat pertama kitorang singgah adalah Air terjun Lata Iskandar. Sejuk betul air dia. Elokla anak pun belum mandi :)

Kalau korang nak singgah, silalah. Sedap lepak minum air kelapa muda kat sini.

Nak mandi pun best sebab air pun jernih bersih je kat sini. Cuma hati-hati la air deras pastu licin kan.

Lepak makan goreng pisang panas. Perghhhhhhh. Asyikkkkkkkkkk.

Dalam perjalanan, kitorang diskas. Mana tempat yang kita nampak dulu. Kita singgah terus.

So inila yang kita jumpa dulu. Bee Farm. Masuk Free. Sebelum masuk ada banyak bunga matahari yang lagi besar dari muka kakjeng menanti :p

Kihkihkih



Mana Bee nya kakjeng?
Malas nak masukkan gambar HAHAHA
Lantakkk...

Dan lepas tu.
Sini. Ladang Teh BOH.
Ini tiap kali datang pun kena singgah.
WAJIB.
Kalau tak, tidak sah la percutian kita ye :p


Perkara yang saya nak buat sangat.
Minum teh panas sambil tengok pemandangan dengan suasana yang sejuk sejuk sikit, tak panas sangat. Memang ini lah yang nak buat sangat.
Minum-minum teh dengan orang yang kita sayang.

Mendaki untuk sampai ke puncak. Anak-anak berlari naik atas walaupun pakai kasut bertumit. Mama dah macam tak cukup nafas.

Dah sampai! Lihatlah dunia! 

Cuaca tak sejuk sangat mana pun. Sejuk sikit je. Sebab tu nisa boleh je pakai skirt gitu.

Musim hujan kan september ritu. Skrg pun hujan je kan.

Dan lepas tu hujan.

Dan berhujanlah kitorang dekat MARDI ni.
MARDI ni banyak la tempat cantik. Tapi sebab hujan. Apa pun tak boleh...
Jalan dekat-dekat yang ada bumbung aje.



Sampai situ je la hari pertama.
Lepas tu terus check in kat Hotel Copthorne. Duk apartment 2 bilik. Kemain beso lagi apartment ni. Memang rekemen korang lepak hotel ni kalau gi cameron. Sebab turun je hotel ada pasar bawah tu. Senang nak kemana-mana jalan kaki. Kedai pun banyak.

Lepas check in. Rehat. Solat semua. Malam kitorang jenjalan pasar malam aje la.

Rasanya takde banyak aktiviti malam yang ada dekat Cameron selain dari pasar malam tu. Ke ada tapi saya tak tahu. Ntah la.

Kat pasar malam makan sedap-sedap la
Goreng-goreng dia sedap
Tapi masalahnya cepat nau sejuk.
Macam baru je goreng, tetiba dah sejuk.
Tak feel la kan makan yang sejuk
Tapi nak buat canne dah tempat tu sejuk ye tak.
Redha je la.

Hari kedua.

Ini tiap kali pergi cameron memang tak tahu benda ni ada.
Nasib baik google. So tahu la.

Galeria Time Tunnel

Masuk kena bayar ye.
Tapi kakjeng lupa berapa RM sorang.
Murah la tapi. RM 5 mcm tu kot. Jangan risau.

Berbaloi la saya rasa masuk dalam ni
Dapat tengok sejarah Cameron Highland.
Habis semua benda yang saya tengok semua rasa sayu je hati.
Saya bukan boleh tengok benda lama-lama ni.
Otometik jadi sedih.
Tengok mesin jahit lama pun rasa sedih
Tengok kuali pun sedih HAHAHA over disitu


Gambar banyak menimbun-nimbun
Tak tahu mana satu nak pilih

Lama jugak kitorang lepak kat situ
Rasa macam semua benda nak snap


Next

Taman Rama-Rama
Kena bayar ye
Dewasa RM5
Kanak-kanak RM2


Nak kata best tu
Rasanya biasa-biasa aje

Sebab banyak rama-rama
Tapi tak banyak jenis

Ala boleh la nak bagi anak-anak suka
Sebab bukan ada rama-rama je dalam tu
Ada ular, itik, kura-kura, cengkerik dan banyak lagi serangga dalam tu.



Lepas tu kitorang gi makan tengahari
Apa ntah nama tempat makan tengahari tu
Makan nasi lauk pauk la

Penat betul kaki den masa tu

Ini destinasi terakhir sebab dah penat sangat.

Lavender Garden

Layan ice cream pun wajib buat.


Dan memetik stoberi juga wajib buat


Nah.
Semua yang wajib buat kalau pergi cameron semua dah buat.
Puas hati den.

Dah minum teh atas bukit. Dah petik stoberi. Dah makan ice cream.

Ok dah boleh balik dengan tenang hihihi.

Kalau ikutkan masa, banyak lagi tempat boleh singgah.
Tapi penatla.
Lagipun hari sabtu dah ramai orang.
Banyak dah kereta. Nak parking pun dah susah dah.
Acik rimas hahaha.

terus balik hotel. Pastu rehat.

Petang dah janji dengan anak nak mandi swimming pool
Ingatkan ada la heater ke apa
Sekali sejuk beku masuk dalam pool HAHAHA
beku lemak-lemak dalam badan ni HAHAHA mencik
Terus rasa nak demam tau. Coi.

Malam aktiviti biasa. Jalan pasar malam lah.
Lapar kan.

Hari ke 3.

Bangun pagi malas-malas.
Mandi malas-malas
Siap malas-malas

Kul 10 Check out
Cari sarapan.

Pekena durian perjalanan balik :)

Maka itulah percutian aniveseri yang ke 11 tahun.

Maka itulah sebahagian daripada cerita bulan september.





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu






Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^