Follow Viruspadu

Thursday, October 09, 2014

Jimba Gang Sampret

Gang Sampret tu biasalah nama cipta sendiri :p

Ini plan mengejut
Biasalah plan mengejut biasanya jadi. Sakses!
Kalau plan beria-ria selalunya tak berapa jadi sangat kan kan
Selalu kelaut
Macam kitorang plan nak pergi Desaru.
Bincang dari awal tahun kot. Bulan 11 hujung-hujung ni baru jadi. Tu dia aih. Nak dekat setahun. Penat mek cadang tarikh :p

Plan jimba ni macam mana ek
Start dari sembang macam mana ntah
Kaklang cakap jom shopping sebab dah lama tak shopping
Pastu kakcik cakap nak beli kasut
Pastu tetiba ajak, jom shopping
Tetiba kakjeng terus cadangkan tarikh.
Tetiba semua setuju
Pastu semua pun dah tak sabar

Kitorang jimba selasa lepas.
Ceera mulanya 50 50 je. Nak join ke idok.
Last2 join. Sepet anak kecik pulak.
Kalau sepet pun ada. Konfem lagi best.

Kitorang berkumpul rumah kaklang kat shah alam

Encik Badang jadi mangsa kena hantar saya pergi jimba hikhik
Kena jemput ceera dulu, baru gi rumah kaklang.
Terima kasih papa. Selalu menyokong isteri nak pergi shopping dengan adik beradik HAHAHA.
Lepas ni tunjukkanlah sokongan dengan bagi duit belanje sekali ye HAHAHAHA


Janji berkumpul kul 10 pagi. Yang dari seremban dan sampai. Yang rumah dekat sekangkang kera biasanya akan sampai lambat kan. Coi! Ha menunggu kakcik sampai lapar-lapar perut akak.

Singgah mapley dulu.

Gossip mengumpat bermula disini. Point dia satu je. Tapi melarat-larat sampai ke cerita ke hape benda ntah. Macam biasa kakjeng tukang gelak dan penambah perisa HAHAHA.

Baiklah, mari saya perkenalkan... buat yang tak kenal lagi la ye... kaklang (pegang fon, tudung oren), kakcik (tudung hijau), kakjeng (muka baby face HAHAHAHA), ceera aka atam (tudung bunga hijau), akak (tudung biru dengan sekuntum bunga mekar)
 Sepet, kita rindu.
(ayat pujuk HAHAHA)

Plan nak jimba kat mana pun baru decide kat rumah kaklang. Sunway piramid je. Dekat.

Primadona Celop

Saya takde plan nak beli apa.
Kiranya kalau ada baju ke kasut ke apa-apa kenan
Then baru saya beli lah
Sebab tak tahu nak beli apa

Kakak-kakak saya shopping tak hengat la. Tangan kanan kiri banyak plastik beg. Kehlassssssss uolssss. Pastu kejap-kejap dorang snap gambar. Senang kakjeng. Kakjeng posing je. Ini la sikit saya tepek kat sini. Beribu-ribu gambar ada kat facebook sana. Juling mata tengok :p. Kena sound dengan tokei kedai sebab snap gambar pun tak pedulik. Hati kering namanya ni.

Ini bukan lakonan. 

Rasa macam retis pulak ada orang snap gambar time shopping kihkih

Oyye oyye oyye
saya memang berniat nak beli gencu nyx istanbul
Sebab saya punya dah habis
betul2 ada 2 batang je tinggal
tu pun kakcik amik satu.
kena beli online jugak la nampaknya :)

Bila la akak snap gambar ni. Nasib baik perut andak tak buncit 

Kakak-kakak saya.
Tahukah korang yang kakak-kakak saya ni dah berumur 39 tahun ke atas. 
Benci kan. Nampak muda je. Ayat cemburu di mana-mana :p

Saya nak bagi tips shopping pun takde.
Shopping je la asalkan korang ada duit sendiri
Jangan shopping sampai pinjam duit orang dah ler
Jangan shopping sampai nyusahkan suami dah ler ye
Asalkan makan bayar sendiri HAHAHAHA

dan asalkan jangan pakai kasut tinggi

Saya bijak terlebih.
Nak shopping pakai kasut tinggi
Merasa la kena carutsss dengan ceera

"dah tahu nak shopping pakai kasut tinggi buat apa?"
"andak kena jaga penampilan andak jugak atam"

HAHAHAHA puiiiiiiiiiiii penampilan

Cerita pasal makan ni.
Jimba kali ni, kitorang keluar duit RM50 sorang untuk makan.
Kalau 5 orang dah RM250 kan. Sorang pegang duit jadi bendahari.
So makan la nak makan apa. Janji jgn lebih dari bajet.
Dan jangan over. Mentang2 duit share. Ko sorang je air 3 jenis. Amboi!
Begitu. Tapi kitorang tak macam tu. Makan pun share. Tahu dah. Selera lebat. Makan secuit je pun memasing ni.


Konfem la 250 tu x habis ye tak. Duit tu jugak la pakai untuk kitorang lepak minum petang dekat The Loaf. Minum sambil main mata dengan eizlan yusof HAHAHAHA. Coi perangai memasing HAHAHAHA.

Duit tu jugak la buat bayar duit parking.
Duit lebih kakcik amik HAHAAHAHAHAHA (adik beradik je faham yg ni)

OK selesai dah shopping. Duit pun dah lesap. Suara pun gigil mengenangkan sengkek HAHAHA. Biasalah tu.

Sebenarnya shopping ni alasan aje
Shopping sekadar aktiviti
Yang paling manis adalah bila kita bersama
Yang akan kita kenang bukan apa yang kita beli tapi kenangan kita bersama

Love you till jannah.




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu






Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^