Follow Viruspadu

Friday, October 24, 2014

Ke Kuantan Kite Pt 2

Hai
Bertemu lagi kita
Moga entry kali ni saya habis taip
Marilah kita berdoa ahak ahak ahak
Susahla sejak tenet dekat rumah semua dah kasi potong
Bergantung dekat data plan fon je.
Habis data plan, terus nganga.

Nantila I up data plan I jadi 10gig sebulan.
Ha masa tu online la sampai lebam kan.
Time nak bayar bil pun lebam HAHA
Sekarang 4gig pun sampai tengah bulan je
Lepas tu kaputttttttt.
Sengsara I buka fesbuk, hape pun tak keluar.
Instagram lagi lerrrrrrrrr.

Kat mana kita berenti hari tu ek.
Lepas kita mandi-mandi kat panching kan.

Lepak berkhemah kat air terjun semestinya best sangat
Saya suka suasana dia
Bunyi hutan.
Sukeeee. Tenang je.
Baring-baring.
Sambil makan mee segera yang orang masakkan hikhikhik
Pastu dikelilingi oleh orang-orang yang kita sayang
Bersembang. Gelak. Sembang. Gelak.
Pastu kalau nak cuba ingat topik apa yang kita sembang
Memang tak ingat. Sebab itu nama dia sembang kosong.

Sebelum balik rumah.
Harus la makan dulu
Walaupun perut belum lapar lagi
Tapi dah namanya berjalan melancong (konon)
Kena la rasa makanan tempat orang.

Sini, Warung Paksu Maksu.
Amboi Paksu ngan Maksu ni, kena pakai dedua nama jugak ek HAHAHA.
Ini cawangan baru, sebab cawangan lama ramai nau nau orang.
Kata kak sera sini memang sedap dan popular.
Dan memang sedap.
Laksam dia sedappppppp kata en.Badang sebab beliau sorang je makan laksam.

Nampak no fon tu. Kalau nak buat tempahan, silakan.
Maaf. Kalau sebut nama kakjeng takkan dapat diskaun pun.
Jangan harapkan apa-apa hihihih




Kalau sejuk, boleh suruh goreng semula kasi panas.


Lepas tu balik la.
Mandi. Tido. Solat. Tido. Tido. Tido. Tido. Tido.

HAHAHAHA
Semua penat kot.
Bergelimpangan tido

Dah lewat jugak la.
Dalam kul 10 malam kot.
Baru keluar rumah. Kita nak pekena ikang Bakaq.
Kak Sera rekemen sini. Ana Ikan Bakar Petai

Walaupun ramaiiiiiiiiiiiiii
Tapi servis dia leh tahan laju jugak

Makanan dia memang sedap.
Ermmmmmm... Tapi kak sera masak lagi sedap
Kak sera oi... banyak kali puji ni... Apa lagi... pos la mihun goreng yang mcm kak sera masak hari tu kat seremban HAHAHA.

Nampak saya makan, mangkuk nasi sebelah saya je HAHAHA senang haku nak tambah nasi, takde sape perasan HAHAHA. Perangai dasarrrrrrrrrrrr sangat!

Malam itu tidak berakhir begitu sahaja ye

Kitorang melepak dekat teluk cempedak pulak
Giler hapening kat sini malam-malam
Macam-macam aktiviti ada
Macam-macam jualan ada
Susah hati poket I memikirkannya :p
Semoga pintu hati anak-anak ku tertutup nak beli apa-apa HAHAHAHA



Sori la letak gambar sendiri je
Blog Kakjeng kan nyeeee punnnnnnnn

Kalau nak tengok suasana sana macam mana
Pergi la sendiri HAHAHA
Kijam pulak kakjeng ni kannnnnnn... Dok ler, kakjeng tak snap gambar kat sana.
Ihsan gambar orang hantar kat wasap ajo ni :p


Next Day.
Ahad.

Hari ahad kami disinari dengan mihun goreng kak sera masak yang sampai sekarang teringat-teringat. Pastu dia goreng ayam kecik kecik pun teringat ingat. Pastu makan bertambah tambah tak beringat ingat HAHAHA. Kenyang dia sampai petang. Siyes.

En.Badang cadang untuk kita pulang awal pagi
Sebab beliau ada banyak plan nak menyinggah sini sana.
Pastu en.Badang cakap, nnt boleh la singgah mana-mana tmpt makan yang nampak best. Beli kepok ke apa ke. Tapi sebab mihun tu sedap sangat, sampai tengok gerai makan lain semua macam tak rasa nak benti HAHAHA. Pastu salahkan mihun kak sera. Sebab bihun tu la kita tak dapat nak benti benti makan. HAHAHA...

Tempat yang terpaling en.Badang nak singgah adelah pasar

Ini Pasar nelayan beserah. Nak cari udang dapat sotong. Gua ok jerkkkk

Hai ajai.

Pasar kat sini pagi tak banyak mende katanya
Sebab nelayan turun petang.
So kalau nak beli ikan sotong udang ketam fresh fresh. Tunggu petang lah.
Tapi kitorang nak balik dah. Takde joki.
Ada 2 3 pasar jugak kitorang singgah.
Tapi tu lah.


Berhenti nak amik gambar je kat sini. Pantai Batu Hitam. Tengahari buta. Panas berdenting. Sampai nak buka mata pun susah. Takde sape kat situ. Kitorang je feeling pelancong sangat


Menyinggah kat Jeti Tanjung Api.
Betul-betul nampak macam pelancong dari luar negara kan HAHAHA.
Habis semua tempat nak singgah

Lepas tu saya pun dah penat.

Tapi en.Badang cakap, sini tempat wajib singgah kalau gi kuantan.
Baiklah. Mari kita singgah sekejap.


Lepas tu saya pun tido dalam kereta
Dan tiba-tiba dah sampai rumah.
Lepas tu rasa penat sangat.
Pastu rasa nak marah orang sebab penat.
Pastu rasa nak angkat jari pun tak larat :p
Tido je pun penatkan.
Macam mana la orang yang memandu tu kan.
Kesian dia, dia lagi penat :p



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^