Follow Viruspadu

Wednesday, October 22, 2014

Ke Kuantan Kite

Hari tu saya bercuti dekat kuantan.
Percutian mengejut lah
Percutian plan plan kan memang susah nak jadi
Sebab tu lagi bagus buat plan mengejut macam ni.


Kalau nak buat plan mengejut kena ada duit simpanan mengejut jugak la ye
Hari tu nampak ceera update dekat fesbuk
Dia simpan duit nak tukar sofa baru dalam envelop
Saya pun ada duit simpan envelop untuk cuti cuti hew hew hew
Baru aje start buat gini.
Sorang sumbang RM100 sebulan lah.
Siapa aje yang boleh menyumbang pun dalam rumah saya ni
Saya dengan en.Badang je lah
Maknanya sebulan RM200 la dapat simpan.
Jadilah ye tak.
Maka itu la duit envelop untuk cuti-cuti.
Dah tu laki bini kaki merayap. Terpaksalah!

Ok itu tips untuk simpan duit bagi kaki merayap HAHA
Boleh gituuuuu :p

Plan ni kitorang (read: family noh) diskas masa buat party besday yunnan ritu. Kononnya nak pergi malam tu jugak. Tapi melampau sangat nak pergi malam tu jugak sebab baju pun tak kemas lagi. So tukar plan kita pergi next week hari jumaat lepas kerja terus gerak.

Yang pergi cuma family saya dengan kaklang aje. Dua family je.
Kita lepak rumah kak sera. Adik abanglang.
Kak Sera best!
Dia baik betul.
Dia masak sedap betul.
Siapa dekat kuantan nak order makanan dengan dia, saya rekemen sangat-sangat.
Boleh emel dia or call dia ok. Tapi saya takde pulak contact number dia HAHAHA
Canne nak buat iklan ni HAHAHA
Coi sangat!

Inilah sebab kitorang beli kereta besar walaupun rupa tak style tak sport ke apa
Bukan sebab anak ramai, tapi sebab suka merayap.
Anak-anak senang nak tido kat belakang.
Kehlasssssss tak kakjeng.



Kitorang gerak malam.
Kul 8 kot
Sampai kuantan lewat dah.
Dalam kul 2 pagi jugak la
Sampai-sampai memang tak hengat apa dah.
Terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Pagi sabtu dimulakan dengan sarapan makan buah buahan.

Pagi sabtu jugak dimulakan dengan sarapan kak sera masak yang super sedap.
Yang kelakar sambil masak boleh menyakat kakjeng

"sabar ye andak, sarapan nak siap dah ni... andak ni kalau lapar nanti dia mengamuk"

HAHAHAHAHA
Terima kasih sebab memahami andak
HAHAHAHAHA
Hetchu :p

Dan lepas tu kakjeng pun makan koteow goreng ntah la berapa kali tambah
Nasib la I belakon-belakon pemalu sikit
Kena la kaver-kaver
Kalau tak memang gua habiskan yang dalam kuali sekali
Over kannnnnnnnnn.

Dah cakap ini plan mengejut
Pagi sabtu baru nak plan nak buat apa
Nak pergi mana.

Kak sera cadang gi pancing.
Gua ingat pergi memancing HAHAHA
Terus eksaited tak tentu pasal tau

"nakkkkkkkkkkkk"

HAHAHAAHAHA

Tapi dalam hati pelik la
Kalau nak gi memancing, ada ke pancing nya?
Dah lama teringin nak gi memancing
En.Badang ni selalu tunjuk tempat memancing tapi tak pernah bawak lagi.
So saya pun teringin nak pergi.

Pelik-pelik pun saya tak tanya apa-apa
Sekali ayin tanya.
Ntah macam mana ntah soalan ayin, tapi soalan macam kalau nak gi memancing mana pancingnya kot. Pastu kaklang dengan kak sera gelak.

Bukan pergi memancing la.

Tapi sini :


Air Terjun Sungai Pandan, Felda Panching

HAHAHAHAHA
Nasib ayin yang tanya
Kalau tak, malu la makdak :p

Lepas dah setuju.
Maka bersiap la kitorang
Kak sera siap nak bungkus kuali belanga nak bawak masak kat sana
Nasib tak bawak tong gas kantin sekali HAHAHAHA
Lawak betul.

Best kat sini
Korang boleh jugak bercuti gi sini
Air terjun dia best
Tapi kalau ada anak kecik
Hati-hati la sebab licin.


Pasang khemah.

Nampak tak kak sera kesayangan kakjeng?
Yang memasak tu lah.
Dia kata itu dapur.
Siapa nak makan boleh order dengan beliau.
Cakap je nak makan apa.
Dia masak.
Tapi boleh rikues mee segera 2 perisa aje la ye.




Kalau takut nak mandi air terjun, lepak sini aje la.
Sini tak bahaya. Sesuai kalau ada budak-budak






Eh
Nanti la saya sambung lagi
Saya melepak dekat meribrown ni
Anak-anak ajak gi tempat lain pulak :p

Selamat bercuti uolsssss.
Minggu depan saya dah start kerja.
Tak sabar pulak kite.







Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

Love Razila said... [Reply to Comments]

Wah!! macam best je ada duir envelop. ok nak buat gaklah. Hihihi =)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^