Follow Viruspadu

Tuesday, October 28, 2014

Majlis Aqiqah Izz Qaiser

Assalamualaikum

Sementara menunggu saya merendam mencuci silver, marilah kita bersembang kencang disini.

Mula-mula nak suruh korang follow instagram @byceeranoh. Ini glitter shawl yang saya beli dari beliau. Labuh dah mengkaver semua yang patut di kaver. Ini warna soft pink. Kat instagram @byceeranoh dah ada banyak stok baru, kalau tak silap saya lah. Bukan glitter shawl je ada, malah satin dan chiffon pun ada.



Ini sabtu lepas
Sepet buat majlis aqiqah anak sulung dia Izz Qaiser.
En.Badang ada kursus la pulek
Maka saya terpaksa tumpang akak nak gi rumah sepet. Eh rumah mertua sepet.

Saya ada la sekali hari tu kan pegi rumah mertua sepet
Itu pun dari rumah sepet terus ke situ
Lagipun saya ni kalau 20 kali pergi pun tak tentu ingat jalan.

Pastu yang lain kebanyakkan tak pernah pergi
Apa lagi sesat barat la masing-masing
Call sepet, mana dia jawab... beliau dah bizi marhaban dah
Wasap lagi la dia tak layan.
Tu la deh HAHAHA
Time nak pergi baru nak minta alamat HAHAHA
Tah papo la perangai.

Sesampai. Marhaban dah start
Lambat daaaaaa weolssss

Hai kambing golek. Saya gembira ternampak awak :p

Dalam rumah dah penuh. So kitorang lepak luar je tunggu marhaban selesai. Lepas marhaban ada tahlil pulak.

Saya dengan nini pakai shawl yang sama. Glitter shawl @byceeranoh soft pink :)

Benonoi dan Acicot

Akak saya pakai Glitter shawl @byceeranoh olive green kalau tak silap saya

Dan acara kemuncak.

Cukur jambul sebelum cukur semuanya :p


Ada jugak gambar mak dan abah mertua sepet :p

Kakjeng gunting rambut pun kena malu-malu ke HAHAHA. Hetchu sangat!


Tengah gossip cerita hangat dengan nini, uteh ngan akak. Si nini ketawa sampai mengalir-ngalir air mata.


Eh apasal macam tak nampak sesape beratur.
Kakjeng makan dulu kewwwwwwww???
Kih kih kih

Nasib baik akak temankan beratur. Kalau tak malu la I nak amik makanan sesorang :p


Masa saya tengah makan, baru la nampak kelibat ceera baru sampai. Lagi coiiiiii poms tu datang time makan je HAHAHAHA.

Adik beradik saya ada yang tak dapat join
Kaklang ada kenduri kawen anak beradik abanglang kat melaka
Kakcik dekat cameron
Ode, anaknya atiqah demam panas.

Tapi walaupun berjauhan
Gambar tetap berdenting-denting dalam wasap
Semua update aktiviti masing-masing nak tayang posing siapa paling mengancam HAHAHA
Siapa boleh lawan posing akak woiiiiiiiiiiiii.

Sebelum saya balik. Bergambar dengan pengantin kecik

tadi tengok dekat fesbuk
Izz Qaiser dah botak dah
Takpe sayang, botak pun tetap comellllllllll





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^