Follow Viruspadu

Wednesday, October 29, 2014

Masa Depan Anak

Seronok tengok anak-anak membesar.

Sumpah rindu sangat bau baby. Terlalu rindu. Tapi belum rezeki saya nak dukung baby baru sendiri lagi. Ada hikmahnya. Allah dah tentukan jalan terbaik untuk saya. Dah ada dua orang anak yang sihat pun dah cukup Alhamdulilah sangat.

Hari tu saya tengok gambar-gambar lama.
Gambar masa tahun 2009 sampai sekarang. Masa annur baru lahir sampai la umur 5 tahun ni.
Alahai. Terusik betul hati ini tau :)




Sambil tengok gambar, sambil fikir tentang masa depan anak-anak.
Bayangkan zaman sekarang yang mencabar. Sangat mencabar!
Apatah lagi zaman anak-anak saya dewasa nanti. Lebih mencabar. Sudah tentunya lebih sukar.


Nak sambung belajar nanti. Berapa RM pulak?
Nak kena berhutang jugak ke?
Lepas tu hidup berhutang. Habis je belajar terus susah hati nak bayar hutang belajar.
Hartanah pulak yang makin. Phewwwwwwww. Tinggi.



Kalau fikir. Terus jadi susah hati tau.
Terus berdebar-debar jantung ini.
Over tak kitewww.



Jadi ibu bapa memang macam ni.
Semua yang kita buat memang untuk anak-anak dan keluarga.
Kita bekerja dan cari duit untuk anak-anak dan keluarga
Setiap apa yang kita nak buat, memang anak-anak jadi keutamaan.



Pernahkah korang dengar pasal Gold investment?
Ini salah satu pelaburan yang kita boleh buat demi masa depan anak-anak.

Nak beli emas dan simpan dalam rumah mungkin susah sikit.
Takut pencuri masuk dalam rumah pastu rompak semua.
Habis. Licin. Sia-sia.

Lagipun pelaburan apa yang kita yakin selain emas?
Emas je yang harga dia susah nak jatuh kan

Terus teringat emak beli emas dulu, RM1,000 boleh dapat gelang emas tebal punya. Sekarang memang tak dapat harga gelang emas harga macam tu. Busuk-busuk pun RM2,000 itu pun nipis je.

Dengan Maybank sekarang dah boleh buat Gold Investment bermula dari 1 gram je. Sekarang yang umur bawah 18 tahun pun dah boleh buka akaun sendiri (with parents or legal guardian as a trustee). Nama dia Maybank Gold Investment Account (MGIA). Investment dengan Maybank juga boleh melalui bentuk emas fizikal dan di-deposit dalam Produits Artistiques Metaux Precieux (PAMP S.A).

Saya rasa ia best sebab senang beli dan jual. Boleh guna maybank2u je. Boleh jugak pakai Maybankard Visa, takpun MasterCard Debit ataupun Card Credit (Cawangan Maybank terpilih).
Dah alang-alang korang pakai maybank2u nak shopping online baju berjenama, hanbag ehem ehem, boleh beli emas jugak. Ala kalau korang disiplinkan sebulan beli 1gram pun lama-lama jadi banyak bergram-gram kan. Tak sedar, tetiba dah kaya ecewah.

Lagi best, kita pun buka jugak akaun MGIA ni sekali. Bukan anak je.
Sama-sama buat pelaburan emas kan.
Terbaik.

Biar banyak menyimpan. Boleh bantu kita menempuh masalah kewangan atau inflasi pada masa depan. Banyak kebaikan dikemudian hari kan kan kan. Bak kata pepatah, malang tak barbau. Masa depan juga tak berbau. #TiadaKaitanDenganBau.

Lepas tu dia punya asas nak untung pun senang nak faham. Beli masa murah, jual masa mahal. Tapi kalau kita nak buat simpanan masa depan anak. Kita boleh mula menyimpan bila anak-anak masih muda jadi nanti bila anak dah besar bolehlah guna simpanan tu untuk sambung belajar.

Itu yang saya fikir untuk masa depan anak-anak lah.
Saya rasa Gold investment antara yang terbaik.
Kita beli mengikut keupayaan dan kemampuan.
Yang penting kita kaji dulu selok belok pelaburan emas ni.

Kalau korang nak lebih faham. Sila la masuk website Maybank ye.
Dalam website banyak maklumat lagi detail.
Lebih baik kalau kita lebih memahami background gold investment dulu sebelum melabur, kan?

Dan saya memang suka emas ahak ahak ahak.

Walaubagaimanapun, ini sekadar pandangan dan apa yang saya faham aje.
Pendapat wanita yang sememangnya suka emas.
Oleh itu, korang pun kalau berminat, baca dan fahamkan dulu apa background gold investment ini sebelum melabur. Membaca jambatan ilmu eceh.
Jalan malas-malas HAHAHA Garang pulak tu




Kalau korang belum fikirkan masa depan anak-anak, masih belum terlambat.
Bertindak sekarang.
Yuk!
















Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

Amyz Azlie said... [Reply to Comments]

Anoi ni comel la.. Yg kakak ni ikut en badang kot. Tinggi jee.. Hehe.

Betul pelaburan bagus untuk masa depan. Lebih-lebih lagi masa depan anak-anak. Apa2 pun mesti ada saving. Kalau boleh tak nak anak2 berhutang belajar macam kita ni ha.. Masuk kerja je dah kena byr hutang. Phew...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^