Follow Viruspadu

Thursday, October 30, 2014

Megi Kari Ketam

Ni semua pengaruh TV la ni.
Tengok MeleTop punya pasal
Kan ada segmen megi ke canne tu
Lama dah, 2 3 bulan dulu. eh ye ke. Rasanya masa saya mengandungkan annas lagi
Pastu dorang makan kat kelantan ke?
Lupa dah nama tempat makannya.
Tengok masa saya mengandung mabuk kepayang, Hape pun tak ingat.
Tapi kalau tengok masa tak mabuk pun tak la ingat mana pon kan :p

Tengok masa tu
Aishhhhhhhh sedapnya megi kari ketam
Sedapnya.
Aishhhhhhhhh sedapnya.
Tapi takleh makan megi :(



Pastu tetiba ritu teringat balik.

Kebetulan saya ganti puasa.
Memang kalau tengah lapar, semua makanan terlalu lalu depan mata ni.
Tapi saya tak la berbuka puasa megi kari ketam ni.

"papa, hari ahad kita buat megi kari ketam nak?"
"tengok kat mana megi tu"
"ala kat tv hari tu ada ma tengok"
"ok nanti papa masakkan"

Yeahooooooooooooooooo.

Huntunglah kakjeng dapat manja-manja dengan suami macam ni HAHAHAHA.
Dah pergi manja dengan suami korang sendiri HAHAHAHA #tetiba

Maka ahad lepas, En.Badang pun terus gugel resepi

"oooo kena tumis bawang semua la, papa ingat macam masak megi tu, masukkan ketam je"
"a ah la papa, kena tumis dulu"
"kalau macam tu kita masukkan udang sekali lah"

Yummmmmmmmmmmssssssssss.
Tengok balik pun tertelan air liur iolsss.
Dah la tak sarapan lagi ni.
Coi!

Mint Lemonade
Maggi Kari Ketam
Yummmeeehhhh

Makan panas panas
Pastu slurpppp slurppppp slurpppp tarik mee masuk dalam mulut
Fuhhhh heaven ko!
Sekejapan licin.

Resepi?
Gugel laaaaaaaaaaaaa :p



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^