Follow Viruspadu

Sunday, October 26, 2014

Nota untuk Mama

Seronok melayan anak-anak belajar membaca dan mengeja dan mengira

Memang seronok.
Tapi tu lah.
Bila anak lambat faham je mula la emak dia menyinga tak tentu pasal.
Sebab tu agaknya tak dapat jadi cikgu. Mencik :p

Kadang-kadang, bila jin rajin merasuk dalam diri kakjeng, saya buat la soalan tambah tolak. Kadang-kadang saya sebut perkataan, anak-anak tulis ejaan. Kadang kadang layan mewarna. Disebabkan nak bagi anak-anak seronok. Lepas check latihan anak-anak tu saya bagi la star banyak-banyak. Dapat 20 bintang kemain suke lagi ahak ahak ahak. Cuti 3 bulan ni memang saya ada banyak masa melayan anak. Heaven.


Itu tengah buat latihan tambah tolak tu. 
Pasal tu la kembang-kembang jari tu.
Kejap tangan kembang, tak cukup tangan, kaki dia pakai.

Ada satu hari, anak-anak minta samting saya belikan.
Disebabkan malas nak layan, banyak sangat benda diorang nak beli
Kopak la omak kau!

Saya pun buat syarat.

"ok mama boleh belikan, tapi kakak dengan adik kena tulis"
"tulis macam mana mama"
"amikla kertas, pastu tulis la surat nak mama belikan apa"
"ala mama niiii kannnnnnnnnnn"

Nasib korang la.

Banyak jugak nota budak-budak ni buat.
Tapi sebab kalau salah ejaan, mama tak belikan.
Tu yang budak-budak hangen je tu.

Ini salah satu nota anoi :p
Comel je saya baca. Tunggang terbalik. Tapi mama tetap bangga :p
Paham ke korang?

Dia tulis, "Mama, adik nak hadiah doktor orang"
HAHAHA...

Mana mama nak cari doktor orang nak bagi dekat adik ni :p




Saya syak, sebenarnya dia nak tulis pasal cita-cita kot.
Ke lain?





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^