Follow Viruspadu

Monday, October 06, 2014

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha

Macam dengan raya korang?
Raya saya biasa aje
Asalkan ada adik beradik saya semuanya jadi gembira!
Adik beradik memang kawan terbaik sayalah.

Plan raya pun biasa je
Tak plan nak beria beli baju raya pun asalnya
Tetiba je saya terbeli 3 pasang baju raya minggu lepas HAHAHAHA
Benda beli beli ni dia tak boleh start sebenarnya.
Bila dah start beli memang parah kan.
Ecececece
Dah pakai sepasangkan, pastu konfius lagi dua pasang bila nak pakai
Coiiiiiiiii sangat perangai.

Malam raya saya tak balik cheras
So tak merasa lah meriahnya takbir raya
Merasala minum mocha panas sambil makan mee segera perisa tomyam sambil menonton runningman. Merasala tengok gambar adik beradik hantar dekat wasap
Jelesssssssssssss giler!!!

Tahun ni jugak, Pertama kali saya solat raya dekat surau taman perumahan saya.
Macam best pulak rasanya.
Boleh la buat tiap tahun gini.
First time bawak nisa anoi gi surau solat raya
Tengok diorang dah baik sangat
Dah boleh duduk diam
Dah boleh kontrol volume suara
Dah tak buat perangai tetiba menangis sebab bosan
Yeayyyyyyyyy sukanya... Alhamdulilah sangat
Next Ramadhan boleh la terawih kat surau. Ish tak sabar pulak rasanya.
Sebut pasal Ramadhan. Phewwwwwww saya baru dapat ganti puasa 3 hari uols
Lagi 25 hari kena gantik! Kurus la kakjeng macam ni kihkihkih
Yelah masa mengandungkan Annas ritu kan saya takleh puasa sob sob sob.





Makanya lepas solat raya baru berdesup ke cheras

Mak dengan adik beradik masak sop tulang weiiiiiiiiiiiii
Lepas bersalaman dengan mak terus bersalaman dengan sop tulang pulak
saya makan 2 mangkuk sop tulang, dua mangkuk besarrrrrrrrrrrr dan penuh dan banyak isinya dan melimpah ruah
Fuhhhhhhhhhhh sedap betul, tak nampak dah rendang ayam disisi
Sambil makan sambil salahkan suap anak sebab tu kena tambah
HAHAHAHA phew nasib baik ada alasan nak tambah makan banyak
Sepet sampai je rumah, licin dah sop tulang tu muahahaha
Nasib kau la, sape suruh lambat kan.

Tu dia! gambar keluarga. Sebelum semua datang dan sementara tudung masih senonoh dan anak-anak punya baju masih takde tumpahan tumpahan yang tak menyenangkan dan sebelum emak anak-anak jadi singa jadian. Elok la kita bergambar.

Nisa bengkek je dengan encik Badang
"papa ni, kalau kawan amikkan gambar tahu je senyum, kalau gambar keluarga masam je"
Saya punya la gelak!
Encik Badang tu bukan perasan muka dia tak senyum tu HAHAHA
Dia rasa dia dah senyum. Padahal tak.
Yapedaaaaaaaa muka macam bergaduh je.
Takpelah muka masam dalam gambar asalkan kita bahagia
Tapi apa pun takpe la nisa... janji muka kita cantik sudah lah HAHAHA

 Adik beradik saya ni dalam wasap ye ye je semua takde baju raya kononnya. Sampai2 je rumah mak semua melaram cecantik je. Cis! Semua pakai baju raya ni. Konfem beli last minit kennnn. Baju raya saya pun jumaat baru sampai rumah, beli online uolssss.

Hoi akak! Gedik sangat tu ahaksssssssss

Baju saya beli dekat zalora ye kot la sape yang kenan. Zalia Embellished Wrap Maxi Dress with Belt. Shawl pulak dari Tudung People. Simple aje bajunya. Yes! yang simple tu la saya suke tu. Eh dan baju tu saiz S. Saje je bagi tahu kahkahkahkahkah. Walaupun berat saya belum turun pun lagi. Masih 60kg. Coiiiiiiiiiiii.... tapi sebab saya ni tinggi mak hencek! Lagipun pipi je dah separuh kg kan. HAHA melampau tul. Kalau korang tinggi macam saya nak beli dress takut senteng tapi malas nak ukur. Cara saya adalah saya cari tinggi model yang pakai baju tu. Kalau model pendek, takyah la beli. Ini cara malas ukur ye.


Baby Izz Qaiser yang datang lambat. Sampai-sampai je makdak sambar terus. Makdak dukung je dia berak lalu menangis. Baby Izz.... berak la dekat mami... Makdak dukung baru awak nak yayak kennnnn. Bijak sungguh!

Semua pakai shawl @byceeranoh . Pergi follow instagram @byceeranoh cepat. Saya dah sambar 9 helai uols. Nasib la korang nak beli dah soldout. Siapa cepat dia dapat dia cantekkkkk. Kau hadooo!

Tu tokei shawl @byceeranoh tengah pakaikan emak shawl. Emak memang anje dengan anak-anak. Lepas emak pakai shawl, kalahlah semua anak-anak yang perasan cantek tadi.

Kebetulan tersama tema dengan si sepet pulak haaaaa. Masa tu siap banding. Walaupun tema kita sama, tapi I lagi cantik HAHAHAHA. Semua perasan taknak kalah. Padahal... Pastu kena bagitahu baju saiz S kan. Kalau korang suka dengan jubah sepet tu boleh terjah IG @sepetnoh. Lengan dia ada zip tau. Senang nak ambil wuduk. Nasib kasut kita tak sama warna kan ana. Andak punya mustard ko punya merah.

Kembar lepas pantang tak sebaya
KakJeng dan Sepet

KakJeng dan KakLong
 Ingatkah lagi korang dengan kaklong anak buah saya yang paling sulong ni?
Dulu kecik comel je
Sekarang pun masih kecik dan comel
Tapi beliau dah prektikel okeyyyyyyyyy!!!!!
Habis praktikel dah boleh kerja dah
OhMaiGooosssshhh... 
Maknanya kakjeng dah remaja purba sangatttttttt kehkeh

Perempuan perempuan yang suka bergambar... Yang menantu menantu lepak tepi sembang hahaha.
Tengokla siapa paling lonjong dalam tu! 

Ajoi...
Takpe ke makdak letak gambar ajoi dengan makdak dalam blog ni
Saya ada snap gambar dengan anak buah saya ajoi yang lagi tinggi dari saya.
Feeling skandel sangat! Tapi nanti kang jatuh pulak saham beliau dekat Uitm penang tu. So kansel lah. Nanti makdak pulak dapat surat sulit. Takuittttttttttttt.

 Macam biasa. Nak pergi beraya dekat rumah cikmah. Kali ni cikmah masak laksa. Cikmah ni macam tahu je saya nak makan laksa tauuuuuu. Sayang cikmah ketat-ketat.

Bukti kejadian menyambar shawl @byceeranoh sebanyak 9 helai.
Kemungkinan besar akan beli lagi 9 helai kalau dia bawak lagi HAHAHA

Dah penat lepak makan  menguap mengumpat gelak mengilai bergolek golek.
Pulang la kiterrrrrrr...

Petang jugak la saya balik. Dalam kul 3 ke 4 ek... Dalam kereta nisa tak sihat. Terus ke hospital. Disebabkan saya tak sabar nak pakai shawl baru. Haaaa kau! over sangat! terus pakai shawl baru dalam kereta. Sebelum ni ceera ada cakap yang shawl ni senang pakai. Takyah gosok pun takpe. Memang betul la. Saya pakai senang giler. Terus cantik je lipat dia.

Glitter Black Gold
RM39
Chiffon Glitter
Size: 2m x 0.7m
To order: Whatsapp 012 338 8457
Dress Nisa dan Anoi dari SarayaZahret.

Ok tu je lah.








Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu






Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^