Follow Viruspadu

Sunday, November 02, 2014

5 Cara Memenangi Hati Anda

#30DaysBlogChallenge #2

Ini kalau tanya en.Badang ni. Mesti dia pun konpius apa.
Bukan apa. Sebab kakjeng ni mood swing swing sikit.

Perkara yang sama jika dibuat pada mood kakjeng yang salah mungkin akan jadi malapetaka. Mungkin juga akan dikagumi sampai menitis air mata. Oh overnya dia.

Kenapalah soalan macam ni #30DaysBlogChallenge ni kan
Tak sesuai untuk wanita berkahwin ada 4 anak jawab
Kang kakjeng bagi tahu 5 cara memenangi hati kang
Ada yang try kakjeng plak HAHAHAHA #PerasanBetul


Macam mana nak fikir ye.
Saya sendiri tak tahu apa.
Oyye. Mungkin la ini:

1. Bagi ucapan good morning setiap pagi sejurus selepas bangun tido dan good nite bila nak tido. Sweetkan buat macam tu.

2. Tak pernah bosan dan pujuk dan layan dan pujuk dan layan dan pujuk dan layan dan pujuk dan layan dan pujuk dan layan walaupun kakjeng merajuk selang 5 minit sekali. HAHAHAHA ada yang mampu buat macam tu?

3. Hadiahkan saya benda-benda yang comel dan kiut.

4. Ada makanan kegemaran yang sama dengan saya. Ada hobi yang sama dengan saya. Ada tabiat yang sama dengan saya. Ada pandangan dan pendapat tentang politik yang sama dengan saya.

5. Tak kisah saya gelak kuat-kuat. Tak kisah saya selekeh kat rumah. Tak kisah tetiba sakit perut nak berak lepas makan. Tak kisah saya tido dalam kereta. Tak kisah hantar saya pergi mana-mana. Tak kisah kalau saya asik sesat pastu kena cari. Tak kisah saya minta gosokkan gigi pepagi bila saya ngantuk malas mandi. HAHAHAHA Banyak betul perangai buruk kakjeng. Pendek kata, semuanya tak kisah.

Ha itu lah 5 perkara
Kalau 10 perkara, banyak benda buruk keluar kang :p

Dah dah.
Suami saya dah buat 5 perkara tu :)
Sebab tu dia berjaya menangi hati I
Ecewah cewah
Ehem ehem.



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

anakomak said... [Reply to Comments]

yg first tu mmg sama...
kita pun suka mcm tu haha

gud morning... !! :-D

bole masuk lam list 30 challenge kita jgk la ni kan hahaha

#mood mencai idea :D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^