Follow Viruspadu

Thursday, November 27, 2014

Concert cum Graduation Day

Assalamualaikum,

Dah besar dah anak saya.
Yang dulu kecik kuat nangis tu sekarang dah 5 tahun dah.
Tahun depan 6 tahun dah.

Saya tak sabar tunggu anak-anak besar pastu boleh jadi geng.
Geng peningkan kepala apak kau HAHAHAHA.
Ampun papa :p

Geng boleh share baju. Share shawl. Share kasut. Share hbag
Sembang pasal fesyen.
Sembang pasal apa-apa je lah.

Sekarang pun dah start sembang sembang dengan anak dah.
Tapi umur gini banyak yg buat perangai lagi.
Sikit2 nangis merajuk sentappppp. Baru nak ajak shopping kih kih.
Kalau merajuk dah tiga tiga merajuk lak tu.
Sama je emak dengan anak kan
Bapak jugak pening mana satu nak pujuk dulu.

Eh kau nak cerita pasal apa sebenarnya kakjeng!!!

Annur ada concert cum graduation day pra sekolah dia.
Hari ahad.

Tu yang terpaksa balik awal dari desaru tu.
Lupo lak anoi ada concert.
Memula ingat macam biar je la, anak tak join pun takpe. Dia bukan grade pun. Baru 5 tahun kan.
Pastu fikir fikir. Masa sport day ritu pun kita x join jugak.
Kesian pulak. Tu yg gigih balik jugak.

OOTD kakjeng pada hari concert

Snap gambar ni bila dah tengahari balik dari concert sebenarnya.
Awal pagi kelamkabut. Tu yang snap pakai note 8.0 tu. Bateri iphone dah habis lol
Jubah tempah. Kain sendiri.
Selok2 badan dan tinggi I lah.

Suka sangat!

Kain ni kosong sangat.
Nak tempah baju kurung nampak pelik nau plak
Tu yg tempah jubah tu.
Jubah memang kain kosong gini kan.

Anoi pulak kena pakai baju putih.
Dress putih.

Ingatkan baju dengan skirt putih. Sikit lagi nak ter pergi beli baju baru putih.
Baca balik surat. Dress putih.
Legaaaaaaaa.
Sebab dress princess anoi ada 2 helai warna putih.
So pakai apo yang adooo ajooo.

Itu muka anoi dah mekap lite lite tu
Tapi x nampak plak dlm gambar ni kan
Nampak litik litik dia warna pink tu?
Kemain moncong tauuu.

Saya tahu anoi ada masuk persembahan itik gembo-gembo ke ola bola gitu
Anoi ada bgtau saya.
Tapi dia bgtau nada tu malu-malu
Suh ulang balik, taknak pulak tu.
Aishhhhhhhhhhh.

Pastu suruh menari kat rumah, mummy nak tengok!
Taknak jugak.

So tunggu dan lihat je lah ye.

Kakjeng dan emak dan nisa. 

Tengah berkumpul tunggu nak start.

Dah naik pentas untuk persembahan beramai-ramai.


zoom anoi sikit.


Banyak persembahan rupanya.
Ada 4-5 lagu budak-budak ni nyanyi.
Saya ada share video kat instagram saya @viruspadu
Gi sana la tengok ek.

Lagu melayu ada
omputeh ada
Mandarin ada.

Kelassss ko jah!
Boleh korang ingat lirik lagu ngan hafal step kan

Lepas persembahan.
Ada penyampaian hadiah untuk top achiever budak 5 tahun.

Haaaa part ni yang nak cerita sangat ni HAHAHAHA

Baru la faham macam mana perasaan ibu bapa tengok anak naik pentas dpt hadiah pandai belajar hihihih. Kembang kencop hati ku. hihi. Terima kasih anoi bagi mama perasaan macam ni. Walaupun prasekolah. Mama tetap bangga sangat. Ini baru prasekolah kan. Kalau SPM tak tahu la canne mama kau ni kan.



Saya dengan en.Badang memang tak tahu menahu pun.
Tetiba nama dipanggil.
Pastu saya pandang badang, badang pandang saya.
Tak sempat la main mata kan HAHAHA pui.
Terus en.Badang bangun naik pentas.
Sebab konsep dia, parent kena naik sama-sama dengan anak atas pentas.

Saya stanby pegang fon nak snap gambar.
Dia punya terkejut rasa tangan pun gigil.
Blank kejap 3 saat macam mana nak snap gambar.
HAHAHAHA padahal hari2 selfie kan :p


Wajah ibu bapa yang gembira


Tahniah annur abriza. Tahniah. Walaupun hobi annur menangis. Takpelah. Mama redha je HAHAHAHA




Lalalalalalalala

Lepas tu ada banyak acara lah.
Kebanyakannya acara untuk budak K2 - enam tahun yang nak grade dah.

Antara persembahan tarian annur. Macam biasa. Video kat ig @viruspadu ek ek ek


Sebelum ni.
Saya saje je nak menyuntik semangat dekat anak-anak terutama nisa la
dia kan darjah 1.

So buat la janji
Kalau periksa dapat no 1, dapat 5 hadiah
kalau dpt no 5 dapat 1 hadiah.


Haaaaaaaaaaaaa.... ingat budak-budak ni lupeeeee???
Memang tak la kan.
Dituntutnyaaaa. Nasib la murah-murah kan. Nasib tak pandai mintak handbag lagi :p



Tahniah annur.
Tahniah juga kat nisa.
Tahun depan kita buat yang lebih baik lagi tau.



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

Miss Moon said... [Reply to Comments]

wahh pandai nya Annur

edrina said... [Reply to Comments]

Tahniah Annur! Cayalah Annur Top scorer tu hehe.. Tahniah jugak utk mama & papa.

yoorin melacolea said... [Reply to Comments]

eheee.. x sabar jugak nak merasa perasaan tuuu.. ^_^

ibuafiqahhuzaifah said... [Reply to Comments]

tahniah kak jeng n en badang atas kejayaan anak2..
i can feel it kak jeng..anak2 naik pentas dapat hadiah sbb anak irni pun dapat camtu..

rasa nak menangis pun ada..huhu
teruskan usaha kita sebagai ibu bapa utk kecemerlangan anak2 kita..
x gtu kak jeng!hehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^