Follow Viruspadu

Wednesday, November 26, 2014

Ke Desaru Kita.

Ingat lagi masa kakjeng pergi Matta Fair awal tahun ritu?
Ingat?

Kakjeng beli penginapan dekat Desaru lah.
3 hari 2 malam RM388 jeeeee
Masa tu Matta Fair buat dekat shah alam.

Beli 4 bilik.
Family kaklang, kakcik, ode, dan kakjenglah.
Tapi yang jadi pergi cuma family kakjeng, kaklang dan ceera ganti kakcik. Ode tak jadi join.

Masa beli tu, kemain tanya soalan. Boleh tak pergi hari cuti sekolah ke, cuti umum ke, cuti cuti malaysia ke... Dorang cakap, ok boleh takde surcaj pun. Bila-bila pun boleh. Pui! Lepas tu tetiba kena surcaj sebab gi time cuti. HAHAHAHA. Pengajarannya, jangan percaya kalau dorang kata tak kena surcaj ye kawan-kawan.

3 hari 2 malam bermula hari jumaat.
Maka Jumaat tu saya pun cuti.

Lepas solat subuh kitorang gerak dari seremban.
Memang dah bagitahu dekat emak. Memang saje gerak awal pagi. Saje nak menyinggah banyak tempat. Takde nak cecepat sampai desarunya.

Jalan jalan watlekwatpis la ni.
Nak kejar mende lagipun kan.

Memula singgah sarapan dulu papehal. Lapau.

Amboi mak lagi bergaya dari anak dan cucu cucu kannnnnnnnn

Saya biasalah.
Kalau bercuti memang sarung bawal aje.
Tangan semua togel. Jam cicin ke hape semua tak kose nak pakai.
Memang inilah erti cuti sebenar.
Tangan pun cuti dari pakai semua bendalah.

Hari tu nisa komplen.
Mama kalau nak gi kerja kemain pakai shawl lilit sana sini
Tapi kalau nak keluar jenjalan pakai bawal je.
HAHAHAHA
Pandai komplen sekarang korang ye.

Lepas sarapan.
Perjalanan diteruskan.

Dan kitorang tersinggah pulak dekat Nasuha Spices and Herbs Paradise punya restoran

Best tau lepak minam minam teh kat sini.
Kitorang order teh Serico, Garcinia dan Noni.
Saje pilih lelain nak rasa.

Kalau korang nak order teh
Tanya je, korang nak minum teh sebab apa

Saya siap tanya, teh untuk cantik ada tak? HAHAHA motip sangat nak cantik kan

Pastu Badang pulak minta teh untuk penghadaman.
Mak minta teh untuk jantung
Kalau ada sakit apa2 pun boleh je tanya. Dorang akan sajes teh yang sesuai untuk kita.
Gitewwww.


Cantik beno deco dalam ni.
Nak minum rasa tenang je.


Anak-anak siap suruh mama hias rumah cantik-cantik macam tu. Yelah, nnt mama jadi jutawan mama hias la gitu :p

Nisa punya over siap amik gambar dalam jamban sbb jamban pun cantik HAHAHAHA. Pitam mak kau nak tgk perangai korang gitu.


Dah setel minum teh.

Sambung perjalanan balik

eh eh

takkan terus gi desaru kan kan kan

Kita kan lalu JPO kan kan kan
takkan tak singgah kan kan kan
tak baik camtu HAHAHAHA

Maka marilah kita singgah JPO dulu.

Niat beli barang sendiri tu ada la sikit
Tapi lebih ke niat nak beli baju anak-anak.

Lalu kedai handbag gua jeling je tau.
Rasanya hati dah tertinggal dalam kedai handbag tu HAHAHA
Apakan daya!



tu dia aihhh RM9
Memang terpaksa beli lewww tewwwww kan


ehem ehem anoi ni

Saya tak meronda semua
Mana yang sempat lalu sempat la jeling

Tapi lepas dah balik tu sharin bagitau yang adidas pun ada less
wahhhhhhhhh ruginyaaaa ambeeeee.

Tapi nasib baik jugak la kan tak tahu kihkihkih
Selamat duit hakuuuuuuuu.

Ok dah la. Jom ke desaru la kita.
Check in pun kul 3.
Ngam ngam kul 3 kitorang sampai.

Kul 4 baru setel check in.
Bukan problem bayar surcaj tu.
Bab bayar tu takpe, bayar je.

Tapi masalahnya pengurusan desaru takde rekod yang bilik saya tambah lagi sehari. Pui. Sebenarnya mulanya saya ambik pakej 2 hari 1 malam je. Pastu esoknya saya tambah lagi 1 malam. Pastu masa bayar tu kita minta resit bukti nnt susah kalau apa-apa. Pastu dorang cakap, takpe kita dah masuk dalam sistem, nnt masa daftar receptionist dah tahu. Pui. Pastu gi sana takde rekod. Pui. HAHAHAHA.

Dah belengas nunggu lama


Nasib baik la kita bawak resit kad kredit tu semua. Kalau tak mana nak cekau bukti kan. Aiyaaaaaaaaaaaaaa. Wacaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Tu yang sejam nak check in. Acik dah la belengas. Nasib baik la Lotus ni cantik. Hilang rasa bengkek dengan pengurusan tadi HAHAHA. Nasib baik pantai dia cantik.


Ko dah kenapa kakjeng? Nak buktikan pinggang ramping ke hapeeeeeeee. kah kah kah.


Apartment dia besar wei. Tingkat atas bilik tido. Bawah ruang tamu. Berbaloi la RM388 3 hari 2 malam kan.

Ramai-ramai nak gi mandi 

Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
Besar jugak waterparknya. Tapi sebab kitorang lepak tepi ni.
Memang gambar kat sini je la HAHAHA.

Itu kisah day 1
Ofkos la malam gi cari makan
Tapi sebab dah lapar sangat lepak mamak je
Takkan kat mamak kitorang nak snap gambar beria2 kan


Day 2

Morning Desaru.
Awak cantik.
Saya sukeeeeeeeeee.

Lepas subuh di pantai Desaru :)
Eh pantai Lotus Desaru.






Pantai dia bersih la
Siyes cantik
Ombak dia just nice je
Tak kuat sangat.

eeeeeeeeeeeeee rindu ombak dia.

Memang saya rekemen la korang lepak pantai desaru ni.
Cantik.

Lotus ni pun bagus sebenarnya.
Apartment dia cantik.
Servis pun ok.
Pekerja pun baik-baik.

Cuma masalah orang yang bertugas masa matta fair je yang fail HAHAHAHA pui.

Disebabkan ramai betul orang
Sarapan pagi dia, dah macam kenduri kawen.
Ramai giler orang wei.

Tapi walaupun ramai, makanan dia sedap.
Kalau ko stock nak bersantai-santai suka makan selesa sunyi nyaman, memang tak la. Sebab ramaiiiiiii giler. Cuma yang best makan bebetul tepi pantai. Kalau tak ramai orang boleh la menikmati bunyi ombak. Ini dah ramai, dengar suara orang je lah

Pinjam shawl emak sbb tak sempat nak iron bawal. Keluar sarapan tak mandi muka togel. Maka pakai je la baju tido kaver dengan baju semalam. HAHAHAHA. Perangai kau kakjeng tak boleh buruk lagi ke? :p

Rasanya emak aje yang mandi nak keluar sarapan HAHAHA. Anak-anak dan cucu-cucu mak memang tak boleh pakai.

Hari sabtu tu, lepas sarapan. Cuaca panas kemain lagi.
Ko giler nak gi mandi time panas gitu
Habis la kulit kitewwwwwwwww :p

Lepas sarapan semua lepak apartment kakjeng sbb bilik kita ada kuaci. Lepak makan kuaci ngap ngap ngap. Masa tu la plan nak buat apa.

En.Badang ajak gi lepak Muzium Nelayan Tanjung Balau.
So marilah kita.







Masuk muzium kena bayar ye kawan kawan
RM2 dewasa
RM1 kanak-kanak kottttttttttttt. Sebab tak ingat. En.Badang yang bayo. Mana la kakjeng ingat. Kita jeling-jeling je.

Layan jugak dalam Muzium Nelayan ni.
Walaupun dalam muzium tu memang zaman kita kecik-kecik dulu.
Tapi anak-anak tak tahu kot.
Dorang lahir je dah mewah segala.
Mana penah tengok pengukur kelapa yang mcm tunggang kuda tu kan
Kita merasa la semua.

Lepas tu.

Jalan tepi pantai lagi.
Panas berdenting kata ko
Tapi time macam ni la cantik amik gambar kan :)







Lompatan yang tak jadi. Nampak sangat poms poms semua dah berat.

Panorama


Gitu ler.

Pastu balik apartment.
Lenjan waterpark dia pulak.

Malam family saya balik.
Family ceera dan kaklang masih disana, dorang balik ahad. Saya terpaksa balik awal sebab annur ada concert n graduation day.

Gitu lah cerita percutian Ke Desaru Kita.
Walaupun banyak cerita saya skip sebab malas.
Tapi itu lah dia :)





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^