Follow Viruspadu

Thursday, November 06, 2014

KimchiJeon

Disebabkan kakJeng ni berjiwa kPop sangat.
Atau dengan kata lain kakjeng berjiwa Runningman sangat

Tahu aje la kalau tgk channel 393 tu
Kalau tgk orang korea makan macam mana
Benda tak sedap pun nampak mcm sedap.
Tertelan2 ailior kita tauuuuu.

Masakan korea memang ada banyak sayur
Dan kakjeng sukeeeeeeeeeeeeeeee sangat kot.

Kakjeng kan makan nasi dengan sayur aje pun dah boleh.
Takyah lauk lain pun takpe.

Ritu, wanee. Sepupu ipar kita.
Eh apa ye gelaran wanee HAHAHA
Wanee isteri sepupu kita. Jadi sepupu ipar kita lewww kan.

Dialah, baru balik dari bercuti dekat korea
I is Jelly tengok gambar dia share dekat instagram tau
Rasa macam nak ikotttttttttt je.
Pastu tetiba nampak dia masak kimchijeon.
Teruslah acik tanya resepi. Padahal boleh gugel sendiri. Saje ke malassssssssss kan ni.

Kimchijeon ni apa kebenda?
Ia adalah sejenis pancake korea. Atau Kimchi pancake.

Atau nak senang bagi persamaan dia adalah macam rupa telur dadar tu ler. Tapi dalam ada kimchi dan tepung sekali.

Ini la rupa dia yang sebenar. Gambar ehsan google


Atas permintaan peminat-peminat kakjeng #lambaianPuteri HAHAHAHA #muahCiked
Mari kita cerita pasal resepi KimchiJeon ni.
Kakjeng tak lead memasak, cuma tukang menyibuk dekat dapur aje.
As usual, mana boleh kacau masterchef masak kat rumah
Itu kawasan jajahan dia hihihihihi


Bahan-bahan
1 cup kimchi
3 tbs air kimchi
2 tbs bawang 
1 telur
1/2 ts gula
1/2 ts garam
1/2 cup tepung gandum
1/4 cup air

Cara-cara
1. Bawang dipotong dadu dan potong kimchi lebih kurang 1cm.
2. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.




Patutnya lagi cair tau. Ini masa masukkan air sikit je. belum tambah lagi.

saya syak, kalau misal kata kita nak letak daging hancur ke udang ke ayam ke, boleh je mix sekali. Ikut suka korang la. Janji potong kecik kecik dan mix sekali. Janji ada kimchi. Tu kunci kebahagiaan kimchiJeon ni.

saya pulak, dalam ni saya tambah hotdog potong kecik-kecik. Gitu.


Sedap ke tidak?
Saya rasa sedap.
Sebab saya suka makan kimchi.

Semoga membantu.



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

Unknown said... [Reply to Comments]

macam sedap je kak jeng!

Miss Moon said... [Reply to Comments]

harus mak pegi beli kimchi mlm karang kat klia2

tetiba nak ke klia2 plak kan hahah sebab ari tuh nampak dlm tuh ada kimchi paket kecik kecik

rice cake buat topokki pun ada . Tapi cili paste je tak nampak ...kalau nampak harus beli terus ...

ke kak jeng berjiwa k pop nih tahu mana ley beli cili paste yg dia org duk pakai tuh

Mummy Putri said... [Reply to Comments]

ooh tak pernah cuba mknn korea ni.. tp kalau sayur byk ni suke la kot.. nyum nyum

Tips Anak Pandai

Ummu Athiyah Ismail said... [Reply to Comments]

tak pernah lagi makan makanan korea..tapi yg ni macam sedap jer :)..

ieda iedana said... [Reply to Comments]

Yaayy k.jeng tunaikan permintaan up resipi (padahal blh gugel sendiri je kn. Nmpk x kat situ mls dia cne?) ...kikiki







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^