Follow Viruspadu

Wednesday, December 24, 2014

Babai PTPTN

Alhamdulilah
Alhamdulilah
Alhamdulilah
Alhamdulilah
Alhamdulilah

Terima kasih Allah

Rasa hilang satu beban.

Padahal hutangnya idok le banyak mana pun.
Tapi sebab malas nak amik tahu. (penyakit merbahaya ni)
Sebab memang potong gaji.
So biar je.


Ntah kenapa ntah, hari tu tergerak nak check baki hutang.
Alahai tinggal sikit je.
Lepas tu dengar pulak siapa bayar habis dapat potongan 20%
Terus mak hencik rasa nak setelkan terus.

Saya pun buat la status kat fesbuk
Tanya rakan-rakan sebaya yang makan garam terlebih dahulu HAHAHA
Yelah, saya buka website PTPTN check la apa yang perlu buat or bawak kalau nak bayar penuh hutang PTPTN. Tapi tak jumpa pulak. Maksud saya, nak kena bawak fotostet IC ke? ada borang kena isi ke? Korang pepaham je la. Kekadang kita dah la menunggu lama nombor kena panggil. Pastu karang baru suruh isi borang tu borang ni nak fotostet ic la slip gaji la (contoh). Kena datang balik sebab itu ini kena bawak la. Tu semua buat hati panas la tu.

Tapi lepas buat status kat fesbuk. Semua pakat menyakat kakjeng HAHAHAHA
Ada yang suruh bawak bersabar, bawak bertenang, bawak hati yang lara, bawak diri, last-last sekali bawak mengucap

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

melampau betul last last sekali bawak mengucap tau HAHAHAHAHA

fren fren kita kat fesbuk memang semua kelakar-kelakar
Kalau saya tengah sedih ke apa, letak aje status kat fb. Lepas tu mesti rasa ceria HAHAHAHA.

Yang paling WIN adalah suruh saya bawak apa tau!!!!

BAWAK BB CREAM SEQY BEAUTY
HAHAHAHAHAHA
Korang punnnnnnnnnnnnnn... Mak hencek nak bayar hutang ler, bukan berniaga HAHAHAHAHA

Lawak woiiiiiiiiiiiiiiii.


Ok berdasarkan pengalaman saya.
Meh saya share kalau korang nak habiskan bayar hutang ptptn jugak.
Sekarang ni tengah ramai orang kot.
Korang jangkakan korang kena menunggu dalam sejam lebih la.
Kalau nasib tak baik lagi lama dari tu
Minda kita ni kalau kita dah set tunggu lama, takde la rasa nak marah ke apa
Cas la sesiap fon tu, boleh main game ke apa sementara menunggu.
Nak lagi ilmiah, sila la bawak buku. Baca.
Tapi kalau cepat. Bonus la tu. Alhamdulilah.

Kebetulan semalam, saya tak tahu nak tekan nombor apa. Masa nak amik nombor la.

So saya amik dedua nombor.
No untuk PERTANYAAN dan No untuk PEMBAYARAN.

Saya sajeskan korang buat macam saya jugak, amik dedua nombor macam ni.
Kalau tak lagi kematu bontoit korang menunggu.


Sebab memula ko kena pergi bahagian pertanyaan.
Kat sini PTPTN akan keluarkan surat bilangan jumlah yang ko kena bayar untuk habiskan hutang.
Kat sini jugak la akan kira potongan 20% 30% segala
Nak mintak diskaun ke apa. Semua kat sini.
Lepas dia print surat tu.

Ko kena tunggu pulak kat kaunter pembayaran.
Sebab tu amik sekali dedua number.

Kebetulan semalam, lepas setel je print surat tu, terus nombor naik kat pembayaran.
Terus gi bayar.

Alhamdulilah Allah mudahkan jalan orang berpuasa, kata kakjeng dalam hati. Sebab saya tengok ramai je bengang-bengang tunggu lama. Lepas dah print surat, baru tahu kena amik no baru untuk pembayaran. Dah kena tunggu lagi. Paling-paling sejam lebih gak tu.

Rasanya lepas 31 Dis, mungkin ptptn dah tak ramai dah kot. Semua dok kejar nak dapat diskaun ni kihkihkih.

Muka redha laki bini menunggu 



"ma, malam ni takyah masak, cam teringin nak makan soshi, ke ma nak makan nasi gak?"
"ok sayang"
"hidung abang terbau-bau wasabi, ngidam kut"

HAHAHAHAHAHAHA.
omei angat nak makan sushi
mencik :p



Maka kesimpulan PTPTN tadi.

Kalau korang nak bayar penuh
Before 31/12/2014 ni dapat diskaun 20% + 10% (kalau tak pernah miss bayar bulan bulan)
Boleh terus bawak cash atau boleh pakai debit card, atau bawak cheq, wang pos (refer ptptn)
Kalau rasa nak bawak cash, call 03 2080 4455 utk check baki. Saya ada emel ptptn tanya baki sebelum gi PTPTN tu, sampai sekarang takde reply. Maknanya elokla korang call je. Mesin yang jawab. So ikut je arahan.

Oyye
PTPTN kat seremban ni kat bangunan yayasan negeri sembilan tau, tingkat 3.
PTPTN lain, korang check la sendiri ye HAHAHA

Ok sekian
Semoga membantu.



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

9 komen[s]:

- dieyana - said... [Reply to Comments]

tq cik jeng! hr ni ahkak tergerak hati nk g ptptn...tup2 jumpa entri jeng psl ni..so..tqvm! blum pi ni..org mesti pnjg giler ek! adoi! amik dua nombor siap2, mcm jeng bgtau tu lah...kalu ramai..nayo..hr lain la pulok keno g...moga dipermudahkan..amin.

rini.borhan said... [Reply to Comments]

Yeay ! tahniah dah habis bayar... senang sekarang eak nk bayar ke dulu kita yang merumitkan kerja..buat check sampi dua kali sebab salah penama..kita call la nak tahu balance..rupanya orang kat kaunter kata pegawai yang incharge biasa tak tau pun urusan pembayarn balik ni..camtu baik tak yah call kan..

yang penting kita dah habis bayar kan..sok anak-anak kita takmo bg wat ptptn..mak sggup isi tabung dari sekarang.

Ibu Bizi Sangat

nurul hidayah said... [Reply to Comments]

Salam, akak byr ptptn melalui pemotongan gaji tiap2 bln kan, ade x die terlebih amik duet kite? sy risau banyak plak die amik duet dlm akaun kite if byk duet dlm tu?

aida aidanisme said... [Reply to Comments]

huuu syok nye kak jeng dah abis bayar... syoknye syoknye syoknyeeeeee

viruspadu said... [Reply to Comments]

Hidayah, bukan maybank/cimb yang tolak duit dari bank simpanan. Bahagian gaji office yang potongkan. So bila dah habis bayar PTPTN... bagi tahu je bahagian gaji untuk stop potongan :)

yana yassin said... [Reply to Comments]

Seronok nyer dah habis bayar , YY dulu loan JPA. pun buat potongan gaji . Senang , xde lah ngelat nak bayar.

Nur Saleha Jayiddin said... [Reply to Comments]

tahniah kak. terlepas 1 beban kan. alhamdulillah

amelia :) said... [Reply to Comments]

semangat sy tgk ni! :)
tak sabar nak habiskan bayar ptptn.
ye betul, jangan miss bayar..
best nmpk pengurangan tiap bulan..
rasa boleh habis cepat.. hehe

Jodin said... [Reply to Comments]

PTPTN dah potong gaji dah pun.. Tapi secara sukarela la. Bukan paksa. Haha.

RM410 sebulan untuk tempoh 26 tahun.

Boleh baca dalam post ni.

Potongan gaji bayaran balik pinjaman PTPTN








Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^