Follow Viruspadu

Friday, December 26, 2014

Cuti Semalam

Semalam cuti
Dan hari ni pun ramai giler yang apply cuti tersepit
Lagi best ramai yang amik cuti seminggu terus minggu ni kan.
Saya pulak ambil kesempatan puasa minggu ni sebab ramai orang takde. Alhamdulilah daripada 28 hari kena ganti puasa masa mengandung annas tempoh hari, sekarang dah tinggal sepuluh hari. Caiyok kakjeng, u can do it.

Ikutkan, memula saya plan cuti krismas nak gi fraser hill. Saje la berjalan. Lepak tido hotel satu malam pastu balik. Plan aje lah. Tapi last2 kansel disebabkan faktor cuaca dan keadaan hujan tak menentu ni.

Anak-anak memang eksaited nak gi fraser hill, sebab dah janji kan cuti sekolah ni. Tapi bila ekplen faham pulak diorang.

"nisa, mama rasa kita tak boleh la pergi fraser hill tu"
"kenapa mummy?"
"sebab sekarang ni kan hujan je, lepas tu ada tempat-tempat yang banjir, mama rasa macam bahaya la"
"ok mummy, kakak faham... kakak ada tengok berita dengan atok"



Plan asal nak balik cheras sabtu ahad, tapi sebab takde nak buat apa-apa. Marilah kita balik cheras jugak. Boleh ajak uteh dengan emak berjimba-jimba. Tapi belum tahu nak gi mana.

Memacam la lokasi yang didiskaskan. En.Badang cadangkan pergi zoo hahaha. Nanakkkkkkkkkk la asik tengok binatang je. Orang nak lepak santai-santai je. Abangcik saya cadangkan gi farm in the city kat sri kembangan tu. Ala masuk kena bayar la pulak HAHAHAHAHA. Uteh cadangkan gi taman tengah KL ntah apa nama taman ntah. En.Badang cadang lagi lepak putrajaya cruise tu.

Last-last kakcik ajak lepak main giant ballon kat setia city mall tu.
Ok la, situ best dan santai-santai. setuju.

Lepas zohor, semua siap-siap pecut ke sana.
Jauh. Dengan parking susah. Dengan ramai giler orang. pftttttttttttt.
Tapi best je sebab kalau family ramai-ramai ada. Semua jadi best.

Perut lapau. Sampai je terus terjah teppanyaki.
Family kaklang ngan kakcik makan kat seoul garden ke apa ntah, yang masuk bayar ikut kepala tu. Makan la sampai muntah kat situ. Saya kalau makan kat situ rasa rugi je. Anak-anak kecik. Bukannya makan pun bebudak tu. Dah pernah merasa sekali ritu kan. Pembaziran sungguh.

Dengan uteh

Plan shopping?
Memang takde.

Kalau nak shopping rasanya tunggu berjimba dengan beradiks kot.
Senang dengan beradik sebab bulat hati HAHAHAHA.
Bab shopping sememangnya bulat hati :p


So lepas makan terus berkumpul, terus lepak outdoor.
Walaupun hujan, sanggup tunggu hujan berhenti tu.

Emak dengan Nini

Jalan ramai-ramai


Walaupun selalu dah main buih ni kat seremban. Tapi kalau reramai gini dia punya best lain macam tau.



Anak buah saya, Nabil. Abahdak kata rambut nabil ada oning HAHAHAHAHA. Makdak ingat tudung je ada oning ok. Walaupun begitu nabil tetap kacak HAHAHA. Ambik hati je puji ni HAHAHAHA

weeeeeefie. 
Bukan semua. Tapi boleh la. Payah nak kumpulkan reramai kalau gini.

Kaklang


 Sewa basikal RM20 untuk setengah jam jugak la.


Sewa kasut roda RM25

Geng anak buah 
Budak-budak muda ni, macam-macam fesyen terkini ada.
Nampak nau saya dah zaman #throwback sangat. Coi.
Sampaikan ale uto pun saya tak faham haritu budak-budak terpaksa terangkan pulak HAHAHAHAHA. 
Ntah macam mana la zaman nisa anoi dah remaja nanti hehehehehe.


Ok,
itulah cerita percutian singkat saya :)





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

FadlinaMokhtar said... [Reply to Comments]

setia city mall mmg best.singgah cafe aron ajis sekali la kak jeng kot tetiba dia ada.hehe.

FAD







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^