Follow Viruspadu

Friday, December 19, 2014

Hill Park Seremban 2

Assalamualaikum,

Kepada orang Seremban yang belum pernah pergi Hill Park Seremban 2 ni. Maka korang wajib pergi ye. Atlis sekali la. Sebab bebetul tengah bandarnya pun ni.

Buat yang bukan orang Seremban sila la singgah Hill Park ni kalau melawat Negeri Sembilan.

Best tau. Boleh gi pagi or petang.
Siapa nak bersenam, joging, atau sesaje nak bawak anak, nak deting atau apa-apa aje.

Saya lama dah simpan niat nak naik Hill Park ni.
Dah berjanji dengan mekchu ngan kak piah sejak belum mengandungkan annas pun lagi.
pastu tetiba dapat tahu saya mengandung. So tak jadi la saya join.
Lepas tu saya mengandung, lepas dah beranakkan kan Annas pun saya tak jugak naik Hill Park ni.
Lupaaaaaaaaaaaaaa... bukan sebab takde masa nak pergi. Tapi lupaaaaaaaaaaa.

Alfatihah buat anak mama Annas Abrisham dan Alesha Abriza.

Kebetulan cuti sekolah ni, anak-anak rikues nak tido rumah nenek.
Maka saya dengan En.Badang aje berdua dekat rumah.
Boring bak ang.
Biasa bangun pagi dah menjerit-jerit dengan anak.
Terasa bebenor sunyinya.
Tu yang tetiba teringat nak gi Hill Park ni.
Kira macam takde plan. Sebenarnya nak gi sarapan pepagi.
Tetiba tersinggah kat sini ahak ahak ahak.



Ada track naik hill Park ni
Takde la mencabar sangat
Cuma penat sikit la sbb naik bukit kan

Tapi kalau nak yang lebih mencabar, ada jalan hutan.
Saya tak kuasa la pulak nak ikut jalan hutan kan
Pakai pun seliper je kot.
Hagak laaaaa.


Cantik kalau nak tengok matahari terbit.



Ini konfem anak-anak suka ni.
Tapi tu la. Anak takde la pulak.
Sumpah sunyi.

Terpaksa la I anje-anje lebih.HAHAHAHAHA



Selpi bertiga uolssssssssssss.


Best pulak dapat main ni. Kalau anak-anak ada ni, tak merasalah kakjeng main ni HAHAHAHA. En.Badang pun terpaksa layan baby dia anje ucuk sorang ni je HAHAHA. Berapa kali kena tolakkan kite naik atas tu HAHAHAHA. Redha aje la ye :p



Ok dah tu je.
Siapa belum pergi Hill Park Seremban 2. Direkemen pergi.

Kat mana?

Topi jln nak ko taman mantau/sri sendayan tu... Bolah kiri yg nampak signage topi bukit yg tulis S2 Heights tu

Mmg dokek bobona... Masuk simpang SJK(C) tu... Parking keto kek sekolah tu yo. Peh tu mondaki panjek sampai ateh. Mcm2 ado ateh tu, mini flying fox, mini rock climbing, boyan, ado tompek nengok matohari terbit... Mcm2 la kigho eh


Atau.
Gugel mep yo :p



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

HASRUL HASSAN said... [Reply to Comments]

Uikss. Ada dinosour la. Ni anak saya tentu suka ni.

ps:
Terima kasih sebab dah berikan vote LIKE dan G+ pada entri:
Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

FadlinaMokhtar said... [Reply to Comments]

kak jeng makin slim la.jeles jeles.ini tidak adillllll

FAD







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^