Follow Viruspadu

Saturday, December 13, 2014

Sungai Lopo

Siapa pernah pergi Sungai Lopo?
Ia sedekat dengan Sungai congkak jugak
Ececececece kakjeng nak bagi direction jalan cemana nak gi sungai Lopo memang tak la kan
Maka uols, sila la gugel sendiri ye macam mana nak gi sungai Lopo kalau bekenan nak gi lepas ni.

Saya boleh cakap yang
Air dia bersih ko!
Siap budak-budak berjaya menangkap ikan lagi
Macam-macam hal budak-budak ni kalau dah berkumpul kan.

Sebenarnya saya pun baru je tahu wujudnya sungai lopo ni
Tu pun kaklang ngan akak saya cakap dia nak gi lopo
Saya syak lopo tu event macam maha je, matafair ke gitu.

Cemana ntah ayat kaklang
"sabtu ni nak gi lopo"
"lopo tu apoooo" tanya ku

Sungai lopo rupanya.

Cerita dia. Kaklang akak kakcik kakita kakmieza dan suami suami suami suami dan anak-anak-anak-anak-anak mereka plan nak bercuti dekat sungai Lopo ni. So dorang dah sewa bilik tido satu malam kat situ. Lalu menyuruh saya datang bawak emak jalan-jalan. Nasib baik kakcik share location dekat whatsapp, desup sampai tanpa sesat ke sana.

Hari sabtu tu en.Badang ada kelas ganti kat UKM
Makanya kena tunggu beliau habis kelas dulu, baru la saya ke lopo itu.

Dah sampai Sungai Lopo.
Besttttttttttt.....
Direkemen pergi ye.

Hai Lopo, selamat berkenalan

Saya tak plan nak mandi manda. Saya plan nak habiskan semua makanan yang diorang masak ajo HAHAHAHA. Dasar kuat makan lagiiiii punya perangai. Pui.
 Kita dengan emak kita. Tengah gosip pasai apa ntah :p
Ooooo pasai mimpi mak
Pasal atam HAHAHAHA

Oyye. Kita pakai BBCream Seqy Beauty je tau.
Lipstik pun tak pakai
Tu pun dah rasa super gojes sangat KAH KAH KAH KAH KAH
perasan betul.

Ini geng-geng yang dah kelaparan setelah berendam.

Akak dan anak-anaknya.

Ini geng tukang masak.

Percaya ke idok?
Kakjeng masuk dalam geng tukang masak hahahaha pui.
betul ha. Siap pegang sudip segala tu kan



Oyye
Baju oren yang saya pakai tu
KakIna bagi kakJeng voucher zalora RM50 kau! 
Yelah yelah semua kak kak. HAHAHA
Bayar baju ni berapa hengget je 
Huntonglahhhhhhh
Terima kasihhhhhhhhhhhh muahciked

Anak-anak ku, tetap main pasir. Apa ko ingat ini pantai ke hapeeeeeeeee

Sembang-sembang


Kak ita dengan kak mieza memang dari awal saya sampai pun pegang sendok
Sampai saya nak balik pun pegang sendok
Memang kalau nak gi memana lepas ni saya bawak diorang la
Sonang mak hencik nak makan HAHAHAHA amponnnnnnnnn
Masak sodap lak tu kan

Makan timeeeeeeeeeeeeee
Macam pakai katering

Mana nak cari mak macam ni. Suap anak dalam sungai kot 

Ehem

Petang, nak balik dah.
Dorang pujuk-pujuk saya stay
Sebab malam tu ada bbq plak lagi

Oh kenot la my kakak-kakak yang ku cintai
Memang tak dapat la
Kakjeng nak balik tido sebenarnya
Tido lagi indah dari bbq tau.


OK dah. Babai uolsssssssss




Bukti kakjeng cedok goreng pisang sebelum balik HAHAHA. Ada aje yang snap gambo tau HAHAHA


Ok dah la.
Tu je.


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

FadlinaMokhtar said... [Reply to Comments]

yang penting skill pegang senduk tu kan.hiks

FAD







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^