En.Badang kata, beliau nak study dekat library UKM.
Eh tak tak bukan hari sabtu dia bgtau tu. Tapi hari jumaat malam.
Lepas tu dia tanya, ok ke dia gi library nak study?
Ok ke saya duduk rumah sorang-sorang. Yelah anak-anak kan balik kampung.
"ma teman abang boleh ke?"
"boleh je... tapi nanti ma bosan"
"duduk rumah sorang pun bosan"
"ok jom la, lagipun abang nak lepak kat kerusi luar library tu je"
"ok, ma tak kacau abang study k hihihihihi"
"ye keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee" sambil memandang senget!
HAHAHAHAHAHAHAHA
Terus saya gelak kuat kuat
Memang susah nak percaya kalau saya tak kacau dia study.
Tu yang beliau risau kalau saya teman dia study tu.
Betul. Kali ni ma tak kacau. pomissssssss. sambil pejam mata tanda cakap secara serius HAHAHA. Motip sangat nak pejam mata bagai. Ko dah kenapa kan.
So sabtu tu. Awal pagi dah mandi siap-siap dah. Lepas subuh terus siap-siap. Semangat ni. Rasa diri ini pulak yang nak study ada exam. Lama tak jadi student kakakakaka. Lepas tu singgah RNR seremban sarapan dulu. Singgah pejabat pos. Pos BBCreamSQB dulu. Pastu terus gi library.
Muka bersemangat nak teman study tu HAHAHAHA. Pui.
Siap bawak buku Hikayat Seribu Satu Malam. Dua jilid mak hencek bawak tau. Semangat tau, rasa boleh habiskan baca. Sebab dah berjanji taknak kacau tadi kan. Taknak merengek tanya bila nak balik. Taknak merengek cakap bosan. Gituuuuuuuuuu.
Kesudahannya, baru baca sampai malam ke 4. Ntah bila masa tertido ntah HAHAHAHA. Perangai ko ni kakjeng HAHAHAHA.
Sempat pulak en.Badang snap gambar bini tido tu kan. Pui.
Aishhhh deting ngan student ni boring ahhhhhhhhhhhh HAHAAHAHAHA
Walaupun saya sikit pun tak kacau en.Badang.
Tapi muka saya cukup kesian tau HAHAHA.
Tu semua la tu. Walaupun tak ganggu dia. Tapi sebenarnya tetap ganggu hati dia.
En.Badang kesian punya pasal tengok bini dia. Tengahari tu dia terus ajak makan. Balik terus la.
Terkejut kita. Kita ingat nak lepak sampai petang lalalalalalala
Kesian sangat ke muka ma teman abang? HAHAAHAHAHA
Dah ado kat bangi tu. Apa lagi. En.Badang ajak lepak makan kat Wong Solo Ayam Penyet lah. Katanya sodap meletop-letop kat sini.
Disebabkan saya dengar cerita sedap betul sampai nak duduk pun kena tunggu turn. Saya dah set kan HaiEkspektesyen lah dekat anak tekak saya ni. Tapi bila makan. Ok la sedap. Rasa nasi ayam penyet yg sedap. Ok la. Saya suka je la. Mungkin level tahap sedap sangat sangat kita tak sama kan.
Tengah makan makan tu. Dok sembang la. Nak terus balik seremban ke apa ke kan.
Pastu diskas diskas
Nak gi midV ke apa ke kan
Memang tak la nak gi pusat membelibelah time-time gini
Giler ngan parking susah. Dengan ramai orangnya.
Ish memang tak sanggup la
Nak balik rumah awai nau pun bosan.
Akhirnya, kitorang pun buat keputusan gi Taman Botani Negara Shah Alam atau nama glamer dia dulu-dulu bukit cerakah.
Murah aje masuknya. RM3 sorang. Pastu pilihla nak masuk Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. RM5 sorang.
Sila Simpan Tiket Untuk Pemeriksaan Kenangan :p
Dulu kalau gi memana mesti simpan tiket untuk kenangan. Tapi lepas tu ntah kemana-mana tiketnya ntah. Memang jenis suka kumpul sampah hagaknya haku ni hahahaha.
Bila dah masuk dalam tu.
Korang boleh sewa basikal. Sebab besoooooooooo Taman Botani ni. Tengok la tu. Nak gi Tokyo pun boleh dari sini HAHAHAHA. Sewa basikal kalau saya tak silap RM10 sejam. Memula memang plan nak naik basikal. Tapi sebab abang jaga basikal kata JAUH nak ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim tu. Maka kitorang naik bas je la.
Puan Tometo
Musim sejuk.
Ada rasa nak lempang tengok muka macam tu? HAHAHAHAHA. Pura-pura sejuk aje tu. Sejuk dia sejuk la. Tapi sebab tempat dia kecik je. Takyah la ko sampai nak pakai baju sejuk beria nau nau ye. Jangan over please hahaha. Kalau tak tahan sejuk, sila keluar terus.
Jangan menjangkakan ia beso macam rumah salji dekat i-city shah alam tu. Tengok la berapa RM ko kena bayar nak masuk rumah salji i-city shah alam tu. Yang ni bayar RM5 je kotttttttttttttt.
RM5 yang berbaloi pada saya :)
Masa kitorang naik bas nak ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim ni. En.Badang dah scan dah jalan nak balik shortcut punya. Siap dia kata balik karang kita ikut jambatan gantung tu lah. Saya cemas jugak masa dia ajak balik jalan kaki tu. Sebab naik bas pun jauh hokeyyyyyyyyyyyyy. Kalau jalan kaki. Patah la kaki kita. Kita kan anje. Pui hahahaha
Tp bila berjalan kaki. Pastu pemandangan ia cantik sangat. Pastu ikut jalan hutan. Semua. Langsung tak rasa jauh. Dekat aje. Ada budak-budak dan family ikut kitorang jalan ikut jalan dalam siap cakap
"nasib baik pakcik ni pandai jalan kat dalam ni kan"
HAHAHAHA
Alolololo budak-budak ni mulut manis betul.
Baru darjah 1 kot. Nampak sebaya anoi nisa aje.
Disebabkan berdua je dengan En.Badang. Muntah darah la korang muka kitewwwwwwwww je.
Ini jambatan gantung dia.
Teratai.
Sawah padi.
Ada banyak lagi. Taman haiwan la apa la.
Tapi sebab malas nak singgah sebab nak bekejar zohor pulak.
Terus balik je.
Tapi rasa nanti nak datang lagi.
Tapi nanti tu ntah bila la kan.
Ok tu je saya nak share.

Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com
Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
5 komen[s]:
cam menarik je kak jeng ...ley la nanti bawak anok anok pegi sini
dah la tak p bukit cerakah ni.sebab dorang kan dah lama tak menten tempat ni.tapi ni tengok cam menarik laks.leh la try pegi nanti.
jemput singgah blog i olls tau :).
FAD
Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
dapat ku bayangkan muka bosan akak tu
dulu kalau pegi lib ukm tu Yani jakun nak minum kopi kat mesin tu..xtau ada lagi ke x skrg
Bukit Cerakah tu mcm best je kalau bwk anak-anak..yang penting MURAH! ahahaha
Lib ? Bosan tuhh...hihi
Tp best la boleh bejalan plak sbgai upah...huhu
Post a Comment