Follow Viruspadu

Monday, January 26, 2015

Broga dan Rabbit Fun Land

Assalamualaikum,

Ini juga plan tak dirancang awal.

Mulanya sebab takde apa nak buat weekend.
Pastu en.Badang pun cakap, jom la kita gi mandi laut.
PD la tu.

Ntah apa kena ntah tetiba teringat Bukit Broga.
Ntah cemana ntah.

Asik tengok orang pegi je.
Asik dengar orang pegi je
Mana aci
Nak jugak

So sembang-sembang. Samada gi petang sabtu atau pagi ahad.
Sila pilih nak yang mana.

So pilih ahad pagi.
Tapi macam dah tak sabar pulak nak pergi
Tapi kaji cuaca cakap petang hujan.
Acane ni.
Tapi dah tak sabar nak pergi HAHAHAHA.

So lepas solat zohor, kitorang pun gerak.
Dari seremban ke semenyih / lenggeng kan.
dalam kul 4 kot.
Dalam perjalanan tu nampak macam nak hujan je
tawakal je.
kalau x dpt naik kita balik aje lah.

Alhamdulilah. Allah mudahkan.

Tak hujan pun akhirnya.
Elok keringnya.

Parking dalam kawasan kelapa sawit ni. Lepas tu menapak la ke dalam. Penat betul.


Dah jalan penat sampai dalam. Baru nampak pintu ni.
Laaaaaaaaaaaaa baru nak start rupanya HAHAHAHA. Tapi kakjeng dah penat. Acane ni.
Kena balik terus ke apa ni hahahaha.
Mengamuk anak-anak kang kalau mama ajak balik kan.


Kagum la budak-budak dua orang ni
Siap berlari naik broga.

Kita pulak asik risau.
"Nisa stopppp."
"Tungguuuuuu. Jangan laju sangat."
"Nisa hati-hati. Sabar"
"Nisa kita kan datang sama-sama, kena jalan sama-sama"
"Nisa, sabar la nisa oi"

Adik anoi takpe, dia dengar kata sikit. Si nisa ni nak menang saje HAHAHAHA.



Lagi senang en.Badang jaga anak-anak daripada jaga bini dia 
Dengan bini kena pegang tangan segala
Siap kena ajar cemana teknik bernafas bagai kihkihkih.
Menyampah!


"asik nak rehat rehat rehat, bila nak sampai ni"
Nisa merungut kah kah kah

"kakak ni... rehat la kejap, mama kan dah tua"
kata en.Badang

saya pun memandang tepat mata en.badang
lalu beliau menambah "sikittttttttt"

HAHAHAHAHAHA

nasib baik cakap "tua sikit" hahahahaha

"kalau nak rehat, kakak nak makan bekal kakak lah."
La siap bawak bekal rupanya budak ni

Tak tahu menahu pulak dia bawak bekal.
Rupanya dia bawak nestom 3in1 tu.
Siap bancuh plak tu.
Lantakla korang.

En.Badang cakap, kalau macam ni punya tenaga
Boleh la bawak budak-budak ni gi naik gunung angsi pulak

"ma nak ikut jugak"
"larat ke, angsi lagi tinggi tau"

alaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

ni namanya tak sedar diri ni.
Memang tahu dah tak larat tp gedik jugak nak ikut.

Lepak jap. Saya penat lagi :p

ehem saya pakai bbcreamsqb je tau. hebatkan. muka menten je kan 

yeay dah sampai. Puncak Tinjau pertama. 880ft.



Memang sampai situ je.
Malas nak naik lagi atas.
Padahal dekat je lagi nak naik tu.

Siap tipu nisa lagi.
Memang sini la puncak je.
Takde lagi dah
HAHAHAHAHA

Kalau dia tahu ada atas lagi
Matikla haku kena naik lagi

Dah la rehat tak sampai 5 minit
Budak-budak dah ajak turun dah
Aduhhhhhhhhhh korang ni...

Layankan aje la. Turun jugak lepas tu

"adik, kaki mama dah menggigil dah"
"kaki adik pun mami, dah gegar-gegar dah"

HAHAHA gegar pun bolehhhhhhhhhhhh.

Sampai je bawah, ingatkan boleh la rehat terus dalam kereta.
nak rehatkan kaki yang gegar-gegar ni.

Sekali budak-budak ajak masuk Rabbit Fun Land pulak.
Depan entrance broga je uols

So layan kan aje.

Masuk kena bayar tau. Tapi lupa.

Saya bayar RM50, dia bagi baki duit singgit2 berapa keping ntah.
Nampak sangat tak kira kan.
Yang saya ingat. Beli carrot RM10 sebungkus. Naik kuda sorang RM8. So dua orang RM16 lah. pastu tiket untuk 4 orang tu. Pandai2 la korang congak berapa. Dok ingat.







Best jugak dalam tu
Ada rabbit, kuda, kambing, keldai ntah la ada lagi. Lupa lak nama2 binatang ni.
Budak-budak eksaited giler
video ada kat ig saya @viruspadu.

Ok la tu je.






Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

Sue Sopian said... [Reply to Comments]

mcm best je nak menguji tahap kemengahan sue ni.. hahaha..

tp.. anak kecik lg walaupun dah 4 thn.. hahaha.. kang dia mintak dukung mendaki broga hills tu, pengsan kat situ jugak mami dia ni.. :D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^