Follow Viruspadu

Friday, January 16, 2015

Sekolah

Anak-anak dah start sekolah dah kan

Alhamdulilah

Bantuan RM100 pun dah dapat. Terima kasih kerajaan :)

Si nisa ngan anoi asik la tanya bila sekolah nak start
Dah rindu sangat nak sekolah
Dah bosan lew tewwwwwwwwwww duduk rumah je kan HAHAHA.

Persiapan sekolah kali ni biasa-biasa aje.
Sebab banyak benda dah beli awal
Eh takde la awal sangat.
Tapi tak beli sekaligus. So tak rasa la.

Beli bila teringat.
Macam kain sekolah nisa, pakai yang tahun lepas punya.
Sebab kain tahun lepas beli akhir tahun jugak yg baru.
So takyah dah. Beli baju je ngan tudung.

Pastu beli kasut ngan stokin.
Tanya nisa, nak beg baru tak. Dia kata taknak. Nak pakai beg lama je.
Legaaaaaaaaaaa HAHAHAHA.

Tapi saya plak kesian tengok.
Suruh jugak dia beli beg baru.
Siap hasut dia beli beg takde gambar kartun.
Budak darjah satu je beli beg princess ni, darjah dua takyah dah.
Nasib la dia percaya HAHAHAHA.

Sebelum jahit tudung nisa kasi kecik kepala dia.
Kita try la dulu
Feeling masuk sekolah jugak HAHAHAHAHA.

So macam mana hari pertama sekolah?

Saya rasa eksaited tau bebudak masuk sekolah
Maka saya siap apply cuti 2 hari kau tahu tak?
Isnin selasa gua cuti.
Eksaited ni nak hantar anak sekolah katakan.

So pagi isnin tu siap siap.
Eksaited betul nak tengok anak, nak teman anak.

Sampai-sampai pagar. hantar nisa masuk dalam.
Terus kena halau balik.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA


Maka cuti ku hambar saja.

Nak teman apa dah kena halau balik HAHAHAHAHA


Nak ajak en.Badang deting pun tak dapat, sebab selasa tu beliau ada exam. So beliau nak study la. Terjelopok terlentang tergolek golek aje la gua kat rumah.

Esoknya hari selasa lagi la. Cuti jugak kan nak hantar anak gi sekolah kononnya. Sekali en.Badang cakap "ma takyah ikut la, lepas abang hantar anak abang terus nak gi ukm, takut lambat" 

Coi!

Dia nak kejar exam kan.
Terpaksa redha aje. 

Sedey betul HAHAHAHA

Selfie dalam kereta wajib sangat dengan anoi. Anoi bukan garang tu. Dia tengah posing tu.  


Jadi, itula cerita anak masuk sekolah tahun ni :p





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

Najib Ariyan said... [Reply to Comments]

Selamat kembali ke sekolah untuk anak2 tu yer... senyap sunyi rumah bila anak2 dah ke sekolah...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^