Follow Viruspadu

Friday, February 13, 2015

Sup Fly's Over

Meh saya nak share satu lagi tempat makan menarik dekat Negeri Sembilan ni.
Makanya siapa yang nak bercuti kat negeri sembilan pastu takde idea kat mana nak makan dan tak tahu kat mana tempat jalan best-best. Cuba klik tag-tag saya ni. Semoga dapatla bagi idea sikit-sikit. Setakat pandangan peribadi dan review ikhlas ehem ehem.

Tempat Makan Menarik Negeri Sembilan
Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Bercuti di Negeri Sembilan
Negeri Sembilan

Kadang ada je entry saya lupa letak tag kihkihkih.

Boleh klik kat tepi ni jugak


Atau kalau korang sendiri nak saya review tempat menarik korang kat negeri sembilan ni, atau ada buka kedai makan ke? gerai beger sekali pun. Boleh aje. Tapi emel or wasap la saya dulu. Kita sembang tengok canne k. whatsapp 0122052091 (text only, jangan call tau) or emel saya viruspadu@gmail.com


Orang seremban dah biasa dah dengan Sup Fly's Over ni kan.
Betul-betul depan masjid rasah aje ni.

Selalu lalu balik kerja. Selalu jugak cakap dengan en.Badang
"nanti kalau ada masa kita singgah sini nak?"

Tapi biasanya memang tak sempat nak singgah sebab nak gi jemput anak-anak kan.
Boleh je nak singgah tapi lewat la sikit jemput anak. Tak sampai hati pulak saya nak buat macam tu.
Kesian kakmasz pun nak rehat jugak.

Kebetulan hari tu en.Badang jemput anak-anak awal. Lepas tu baru jemput saya. Terus singgah.

Nisa tengah merajuk kuikuikui

Nak makan kat sini, memang dia bawah fly over je.
Depan masjid rasah je tau. 
Parking banyak. Jangan risau.
Servis laju boleh tahan.

Ni menu dia. 

Saya order sup gear box lembu. Makan dengan nasi lemak bungkus atas meja. Pastu minum air buah dalam botol tu. Pehhhhhhhhh. Terangkat.







En. Badang order sup kambing. Nisa order mihun sup kosong.

Macam mana rasa dia?
Siyes lain dari yang lain.
Pekat kuah dia. Banyak rempah.
Tapi lain. Sedap.
Pekat betul. Tapi sedap.
Ni kalau omputeh curi resepi dia ni, pastu jadikan menu special hotal ni.
Saya syak harga dia boleh markup sampai ratusan la.
Tukar presentation sikit, tukar mangkuk kaca bling bling.
Memang jadi mahal sampai tak mampu nak makan HAHAHAAHAHA

Ha sampai gitu sekali bayangan saya,

Maka, korang kena pergi rasa.
Kang kalau dah mahal, telan ailio je HAHA









Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

lia ummiirfan said... [Reply to Comments]

mak aihh.. terliur tengok sup ituu..! hihi..

Azrine Aziz said... [Reply to Comments]

SY DAH PERGI MASA BLK KG SBAN CUTI CNY HARI TU...TERBAIKKKK SIAP REPEAT 2X :)

Macikz konah Ias nur hidayahI said... [Reply to Comments]

long chan! susah nak cari

cruet farah said... [Reply to Comments]

Malam2 bukak kee eyh?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^