Follow Viruspadu

Thursday, February 05, 2015

Takkan Pernah Jemu

Asalkan laut dan ombak.
Saya takkan pernah jemu
Kalaupun setiap minggu. Saya takkan penah jemu
Walaupun tiap hari... ok tipu HAHAHAHA
Takde la sampai hari2 nak gi pantai.
Lainla kalau memang tinggal situ ye tak.

Kali ni kami ke PD atas urusan kerja lah.
Bukan saje-saje berjalan.
Tapi yang kerjanya sorang aje. Yang lain memang berjalan.

Saya dapat tahu kena gi PD pagi sabtu tu kot.
Baru tahu kena tido situ.

Dah la pagi tu kitorang melepak dekat Karya Square SACC ni. Konon la en.Badang nak cari buku ilmiah kot-kot dia boleh pakai untuk master dia. Last-last buku kanak-kanak je banyak dalam tu. Ke memang dah bgtau karnival buku kanak-kanak tapi kitorang salah faham? HAHAHA lantaklah.


Banyak betul plan sabtu tu. Dengan nak menyinggah rumah sepetnya.
Tu semua buat kelamkabut la tu.

Baju apa ke semua tak kemas lagi kannnnnnn.

Akhirnya petang tu sampai jugak PD.

Petang dalam kul 6 gitu.
Gerai makan banyak yang dah katup sebab habis dah kot
Memula singgah kat Asam Pedas tu.
Sekali katanya dah nak habis dah.
Nak katup dah.
Frust mak hencekkkkkkkk. Lapau ni.

Singgah Cowboy Place lah.

Cantik dalam ni. Pistol merata-rata.



Menunya nasi ayam aje uols kalau tak silap saya. Ke ada yang lain? tak perasan pulak.

Ada set set gitu.

Tempat dan suasana memang WIN giler
Tapi makan pakai pinggan mangkuk polisterin buatkan saya rasa tak best lah.
Makanan sedap baq ang.
Bab polisterin tu je yang buat saya rasa down sikit.
Dia jadi macam kalau nak datang lagi, teringat polisterin tu alahaiiiiiiiiiii.


Maybe sbb payah nak basuh pinggan kot.
Ntahla.


Sebelum balik bilik. En.Badang ajak tengok matahari terbenam dulu. Alololololo.


Malam kitorang tak keluar. Duk dalam bilik aje.

Budak-budakla eksaited nak mandi laut. Tapi dah bagitahu. Lepas papa habis kerja baru kita pergi. Papa habis kerja kul 1. Hambek kau! Dari pagi sampai ke pukul 1 menunggu. Pening arrrrrrrrrrr. Budak-budak asik termama mama termami mami HAHAHAHAHAHA.

En.Badang habis je kerja terus berdesup. Panas terik pun redha je. Pakai BB Cream SQB kannnnnnn. HAHAHA


Macam biasa, saya tak kose nak mandi.
Saya lepak jaga barang aje la.

Dalam kul 330 pujuk anak-anak balik.

Aduh penat!


Biasanya kalau hari bekerja selalu tunggu weekend sebab nak berehat.
Tapi bila weekend tak pernah rehat pun. Lagi penat ada.
Pastu isnin mesti menyesal sebab weekend tak rehat.
Pastu berazam weekend nanti nak rehat.
Akhirnya weekend tak rehat jugak.
Tak pernah berubah.
Tak pernah jemu :p
Aduh!



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Hanis Amanina said... [Reply to Comments]

sy suka tgk langit :D cantik sgt sunset tuuu

suw said... [Reply to Comments]

besar dah anak dara akak.. lama dah tak singgah sini :P

Macikz konah Ias nur hidayahI said... [Reply to Comments]

cowboy place tu memang best. lama tak pergi kena datang awal. Susah nak dapat tempat duduk kalau lambat







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^