Follow Viruspadu

Wednesday, March 25, 2015

Bercuti Di Korea

Assalamualaikum,

Alhamdulilah sampai dah saya ke bumi Malaysia isnin lepas
Hambek kau! sampai-sampai je terus gua cari nasi lemak sambal sotong. Kegemaran tu!
Rindu giler kot.
Tu baru 5 hari kat korea. Kalau 5 tahun kat sana tak tahu la acik HAHAHA

Baiklah. Atas permintaan ramai #LambaianRetis HAHAHAHA
Marilah saya cerita pasal percutian kali ini
Moga dapat sedikit info dan manfaat.

Plan nak gi korea ni, plan lepas Bos Seqy Beauty bagi reward dekat agen yang capai target sale
Terima kasih bossssssssss.
413 tahun kerja tak pernah lagi dapat reward macam ni. Eksaitednya hakuuu HAHAHA
Join je family seqy beauty terus dapat reward percutian ke luar negara.
Hari tu dapat reward hanbag COACH!
Kali ni dapat reward percutian ke luar negara.
Alhamdulilah rezeki. Terima kasih Allah bagi saya peluang macam ni. Bagi saya jalan.
Siapa nak jadi agen Seqy Beauty, nak jadi family Seqy Beauty macam saya, dapat reward macam-macam, meh whatsapp saya 0122052091.
Best tau.

Tapi bos takla sponser semua.
Sponser saya jela. Yang lain bayau la sendiri.
Tak kisahla. Siapa nak bagi kau duit free free gini kan.

Sempena hari lahir nisa jom la kita bawa nisa jalan-jalan main salji
Tapi tula. Dah nama pun last minit kan
Tak check pulak bila salji habis HAHAHAHA
Tersilap pulak kita.
18hb Mac tu takde dah salji makcik oi!
Kalau awal sikit adalah.
Takpelah, dah belajar samting. Lepas ni tahu dah apa nak check kalau nak bercuti luar negara 4 musim.

Ok, saya sajes kalau korang nak bercuti eloknya beli tiket awal-awal la
Dapat murah sikit uols.
Murah banyak la kot
Takpun beli tiket masa ada offer
Ada member dapat tiket Air Asia RM0 tu. giler kau!
Tu korang pandai-pandai la ye cari peluang.

Saya beli tiket bulan 2. Memang dah lewat kan. Nak gi bulan 3.
So banding tiket Air Asia dengan MAS
Rasanya MAS lagi untung
Harga tiket adalah RM1,528 seorang. So korang boleh buat simpanan dari sekarang.
Dapat lagi murah, rezeki la tu. Kalau dapat lagi mahal, nasib la HAHAHA tak dapat acik nak nolong.

pastu saya ada letak status kat facebook
Ramai yang cadang redah kasi pecah aje
Sebab senang jalan kat korea
Bas ngan train banyak pastu senang sangat ikut je peta.
Download aps apa semua

Tapi tu la
Kalau saya berdua je ngan en.Badang memang saya redah aje
Tapi bawak anak-anak ni
Jangan nak gambel sangat
Tempat makanan halal pun hegeh nak cari
Sekali budak lapar meraung mana nak cari
Kose tau.

Nasib baik wanee kenalkan saya dengan Azree.
So terus kontek azree je
Azree ni student Malaysia kat sana
Tapi dia bukan student dah la
Dah habis belajar dah.
Nanti saya bagi nombor contect dia.

Jadi dia la yang banyak tolong
Cadangkan nak jalan kat mana
Yang uruskan semua termasuk penginapan, makan, dan jalan ke mana kita nak jalan

Saya ni jenis cepat panas hati jugak
Saya tak boleh dalam group ramai-ramai
Pastu tunggu-tunggu orang
Saya jadi cepat nak marah HAHAHA
Tu yg taknak ikut group travel agen tu
So mintak azree bawak kitorang jalan
ikut jadual yang saya suka
Kalau saya penat saya stop, kalau saya nak jalan saya jalan
Kalau lapar saya gi makan.
gituuuuuuuuuuu.

So ok la adult sorang RM1800 je, kanak-kanak sorang RM1440
(tidak termasik flite)

Harga ni tak sama tau
Ikut korang nak gi mana
Kalau tempat yang korang nak gi tu ada admission fee harga up la.
Pastu tengok berapa hari ko kat sana.
Saya kat sana 5 hari 4 malam aje.

Nah pasal itinerary ini ramai sangat yang PM dan whatsapp saya tanya.
Saya tak dapat jawab masa tu.
Nah amik ni.

ITINERARY for SEOUL 5D4N

DAY 1
Check in GuestHouse
Namsangol Hanok Village
Lunch
Namsan Seoul Tower
Dinner

DAY 2
Nami Island
Lunch
Continue Nami Island
Sindang Tteokbokki Town
Dinner


DAY 3
Namdaemun
Lunch
Dongdaemun/Gwangjang Market
Myeongdong
Dinner

DAY 4
Lotte World
Lunch
Sinchon Station(Gosame)
Dinner


DAY 5
Check out GuestHouse
Heading to Incheon International Airport


Hari ke 5 tu lagi best flite malam la.
Siang tu boleh jalan lagi
Tapi saya amik flite pagi sebab nak kejar sampai Malaysia petang
Esoknya anak sekolahla
dah la isnin ponteng kihkih.

Itinerary tu korang ejas la ikut suka
Banyak sangat tempat best
Sila google ye

Flite kitorang bertolak ke korea  kul 11 malam.
Tapi dah sampai airport petang kul 6 
Almaklumlah naik teksi malam double cas kan kekekeke
So lepak airport je la.

Anak-anak dah siap pakai baju tebal termasuk omak dia.




Kul 7 lebih sampai incheon. Dalam airport rilek je. Sekali keluar rasa nak beku. Sejuk. Feeling la bercakap keluar asap kan. HAHAHA selalu try kat cameron tak jadi.

Otw ke Guest House

Nungmaru Guesthouse





Info pasal Nungmaru Guesthouse: owner nama Mr. Kim. Walking distance sahaja ke cabel car utk ke N Seoul Tower, Myeongdong night market, Namdaemun market, subway station & Namsangol Hanok Cultural Village. Bilik yg kitorg amik adalah family room for 5 pax with mini kitchen. Website: www.nungmaru.com alamat: 39-5, Namsandong 2Ga, Jung-gu, Seoul Tel: +82 2 456 2348

Ok tu je dulu buat entry kali ni
Nanti kita sembang lagi.



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

10 komen[s]:

Alida Ali said... [Reply to Comments]

AA fair isnin hari tu saya check tiket ke korea RM466 pergi balik..nangis tgk..last2 beli tiket g tmpt lain hehehe..

anakomak said... [Reply to Comments]

Welkam back!!
Amboiii cpt btul entry dia kuar...
Kita g bln 1 aritu pun terhegeh2 nk update lg ni haha.... rindu korea!!

Nk cr daun gugur plk lps ni :p

Sue said... [Reply to Comments]

hui bestnyeee gi korea. mcm senang je nak jalan2 dgn itenary gitu. pastu lagi senang bila guesthse sgt dekat nk gi tempat2 camtu. cam bole pegi redah jek... hehehhehe... pasni bagi nama kedai makan halal pulak kt area yg ko gi tu mmah... tgk rambut anoy tu cantik la... eh anoy ke nisa? konfius jek...

Tieha Zuan said... [Reply to Comments]

harga 1800 tu termasuk flight ke x?

viruspadu said... [Reply to Comments]

Tieha, Tak termasuk. Tiket asing

kucen master said... [Reply to Comments]

selamat pulang ke tanah air.salam kenal dari saya
http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-beranak-lagi.html

aLiXaL said... [Reply to Comments]

Best dapat pergi Korea sekeluarga!

Haritu saya pergi Korea office trip

Pastu wife pergi Korea backpack dgn kawan2 dia...

Harap-harap satu hari nanti kami dapat pergi dgn anak-anak....

wanie said... [Reply to Comments]

salam sis cmana sis booked guesthouse tu yer? boleh share x? emaail ke syazwaniazizi@gmail.com

Kak Mahh said... [Reply to Comments]

Tq. Info.

Misz Aein said... [Reply to Comments]

Bestnya berjalan ke Korea sekeluarga. Kalau ada rasa nak ke Korea lagi, mungkin boleh hubungi mereka ni untuk tawaran pakej terhebat. :)

http://www.pakej-percutian.com.my/negara/pakej-percutian-ke-korea-selatan/







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^