Follow Viruspadu

Tuesday, March 17, 2015

Cuti Sekolah ke Ipoh ler Kite

Saya nak mulakan entry saya dengan serangkap pantun

Pergi ke KL nak gi MATTA FAIR
MATTA FAIR belum bukak!
HAHAHAHAHAHA


HAHAHAHAHA

HAHAHAHAHA

Ini semua gara-gara pak hencek korang yang tersalah tengok date la ni.
Yakin sangat pulak tu.
Saya pulak bila dah nampak pak hencek yakin sangat, takde la pulak nak mengecek ke apa.
HAHAHAHA padan muka haku.

Kata pak hencek khamis ni MATTA FAIR.
So balik kang dia jemput, kita terus gi.

BAHEKKKKKKKKKK.

Pastu dalam perjalanan dah sampai KL dah pun.

"sayang, matta fair habis bila?"
"15hb ni"
"start bila?"
"hari ni, 13hb"
"hari ni kan 12"
"hari ni 13 la"
"12 la"
*check fon
"a ahla hari ni baru 12... habis tu... dari pagi tadi abang salah la tulis date kat pos laju"

HAHAHAHAHAHAHA

Saya hanya mampu tergelak HAHAHAHAHA

Dah sampai KL woi!
Dari seremban woi!

Habis tu dah buat apa pulak dah.
Jom makan bulgogi je lah.
Mengubat hati yang duka lara.
Rupanya takdirnya hari itu adalah untuk makan kat bulgogi
Merasalah deting kejap.


Memang plan nak gi awal sebab esoknya jumaat nak balik kampung.
So memang takde joki nak gi MATTA FAIR kali ni.
Takpelah tiap-tiap tahun ada.
Apa nak kesah
Eceh eceh eceh
tsk tsk tsk #MenangisMengenangNasib HAHAHA

Jumaat malam sabtu.
Lepas magrib kitorang gerak ke kampung.

Pastu pagi lepak-lepak main buai belakang rumah
Bestnya lahaiiiiiiii.
Kat IG saya ada letak video. Besttttttttttt.

Suasana dia tu
Suasana tu
MAHAL.

Pagi-pagi lepak sarapan mee udang banjir kat tronoh. Korang kene try kalau datang sini. Meletop sedapnya. Lagi sedap kalau makan terus kat situ lah. Tapi saya terpaksa la tapau. Sebab opah kat rumah takde pulak orang nunggu kang.

Macam ni baru la gadis kampung kihkihkihkih.


Lepak kampung, lepak lepak lepak.
Tak layan TV apa semua.

Petang-petang jalan kaki gi beli keropok.
Rumah opah saya depan kilang keropok ni je.
Senang.
Jalan kaki beli.
Balik goreng.
Makan ramai-ramai.
Tak cukup.
Gi beli lagi.
Makan lagi.

Makan ramai-ramai mana reti kenyang.


family saya dengan emak sampai kampung pagi sabtu tu kul 2 pagi kot
Family kakcik sampai pagi gak dalam kul 11 kot
Family ceera sampai tengahari
Yang lain semua ada hal

Kitorang gi kenduri kawen sepupu sekali tengahari tu.
Tak sempat snap gambar bagai
Sebab gi pun kelamkabut pastu gi sikit-sikit
Takleh gi reramai sesama, sebab takleh tinggalkan opah kan.

Aktiviti Malam.

Ramai-ramai gi steamboat kat Ipoh yeahaaaaaaaaaaaaa.
Jarang la kitorang kalau balik kampung keluar gini
Biasanya lepak kampung je.
Tapi bangcik ajak lepak steamboat. Kitorang ON je.

Macam biasa saya pemalash lipas. Muka bedak pun tak pakai. Redha je la tengok muka gitu. Best la tudung neelofa tu kan. Saya ada 1 je. Yang hitam ni. Asik pakai ni je. Nak beli lagi tapi asikla lupa

Sila lapar tengok!
HAHAHAHA
Sedap woi.




1st time makan kat MP Steamboat.
Memang la 1st timekan HAHAHA
Tapi nak cakap
1st time makan tempat yang "kanak-kanak" dia tak kira umur
Tapi kira ikut tinggi HAHAHAHA
Untungla siapa yang rendah, boleh masuk group "kanak-kanak"
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Giler siap kena ukur
Anak buah saya baru darjah 5 masuk kategori dewasa sebab beliau tinggi.
Sabooooooooooooo jelah.
Ini macam pun adaaaaaaaaaa.

Itu muka orang kenyang suke hati tu kekeke.

Makanan dia banyak.
Memang puas hati la makan.

kitorang lepak sampai kul 11 kot
lepas tu balik rumah terus tido
bagus sangat perangai.

Ok dah
Cuti kat kampung sampai situ je
Sebab ahad lepas subuh terus saya bersiap nak balik cheras.
Kena balik cepat sebab bawak opah sekali balik cheras.
Takut jem ke apa cuti sekolah ni kan. Kang lama pulak opah dalam kereta.

Babai kampung ku :)




Pengalaman balik kampung kali ni lain.
Tapi takpelah.
Saya simpan dalam hati :)



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Macikz konah Ias nur hidayahI said... [Reply to Comments]

saya nampak udang galah liar! waaahh mesti sedap dan lembut

Dalila Yusof said... [Reply to Comments]

sedapnya air kelapa tu...

diyana said... [Reply to Comments]

kt mane mee udang banjir tronoh tu kak..nk jgakkk.sy kalau blek kg pon lalu tronoh :D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^