Follow Viruspadu

Wednesday, April 08, 2015

8 tahun Annisa

25 Mac.

Hari lahir Annisa.
Maknanya dah 8 tahun jugak saya dalam dunia blog ni.
Phewwwwwwww lama.

Nisa kemain lagi
Mementang besday dia kan
Rasanya banyak giler hadiah dia dah listkan apa yg dia nak
Suruh pilih. Dia pilih. Pastu bila kita dah bagi. Pastu nak lain plak
Perangai emak dia sangat ni HAHAHA
Aduh pening.

Ke korea tu pun sebenarnya hadiah hari lahir nisa jugak la tu
Tapi sebab bukan 25 haribulan kan
Dia kata itu bukan hadiah dia.
Dia nak yang lain.

Pastu mintak nak bawak jajan kat kawan2 kelas dia pulak.
Layan jugak.

Pastu mintak nak buat party besday pulak
Bila saya ckp, nantila mama fikir dulu
Terus dia buat muka sweet, lalu cakap
"terima kasih mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
pastu cium pipi mama

Aduhai terjerat la kita ni kan HAHAHAHA
Pandai betul ko kan nisa
cepat betul ko belajar teknik ni ngan mama HAHAHAHA

Lepas nisa rikues
Saya tanya beradik saya free tak sabtu tu?
So semua free.
Petang tu terus pegi Marry Brown.
Booking dulu.
Hari selasa kot kitorang booking
Nasib baik la sabtu tu kosong.
Kalau tak, haruuuuuuuuuu.

Kebetulan besday qayyum beza berapa hari je dengan nisa
So buat la sekali.

Pagi sabtu baru sibuk nak beli kek.
hehehehe.

Buat party kul 3 petang.
So sempat la masing-masing zohor dulu baru gerak ke sana.

Diorang beli kek, saya ngan bangcik lepak minam kupiiii dulu.



Masa yang dinanti sangat! Lets Parteyyyyhhhhhhhhh. Kakcik datang rumah saya jumaat malam tido sini. So dari rumah saya cuma family saya ngan kakcik je. Pastu family uteh datang. So gerak dari rumah saya 3 family lah. Memang budak-budak akan naik kereta saya. Yang lain jumpa kat meribrown je. Lagipun kita dah share location. InsyaAllah tak sesat.

Kakak punya besday, adik pun nak jadi princess jugak.

Anoi dan bella

Yang dirai
Nisa dan Qayyum

Terima kasih family saya
Terima kasih family en.Badang

Terima kasih sebab sudi hadir
Terima kasih buat anak saya happy.

Saya jemput adik beradik je.






Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to nisa dan qayyum
Happy birthday to you




Tak tahu apa kena 3 poms ni kan HAHAHA



Marry Brown sediakan 3 game beserta hadiah sekali.

So kitorang main game rebut kerusi, rebut belon dengan pertandingan menari.
Memang kelakar habis.


Bila semua dah setel
Ada yang lepak karok
Ada yang lepak luar.

Kitorang book dari kul 3 sampai kul 6 je.
Lepas tu habis la
Yang penting nisa happy sangat

Nah ini info untuk yang terasa nak buat birthday party dekat Marry Brown jugak

Bayar booking RM500
Ada chipmunk
Ada 3 game (termasuk hadiah)
ada karaoke

Pastu lepas habis party, dia akan kira la semua total.
Macam saya ritu.
Yang datang lebih kurang 41 orang kot termasuk dewasa dan kanak-kanak
Tapi saya masih ada baki. Maksudnya tak sampai RM500 la
Marry brown tak bagi baki dlm bentuk duit tapi voucher je.


ok tu je




2 komen[s]:

yoorin melacolea said... [Reply to Comments]

murah jugak kat marry brown.. tau ritu berfday irine buat kat sana je x buat kat kfc.. overbajet..waaa!!

kucen master said... [Reply to Comments]

hepi besdey.8 tahun blogging.hebat tu


http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/bihun-goreng-special.html







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^