Follow Viruspadu

Monday, April 13, 2015

Hai April

Selamat hari lahir En. Badang Gagah Perkasa.
Memang dalam fon saya tak tulis "sayang" dah kat nama dia
Memang saya tulis "BADANG GAGAH PERKASA"
So bila dia call saya tu! Terus I terasa abang sado yang call
Terus bersemangat-semangat berdebar-debar hati kita ni
HAHAHAHA

41 tahun dah umur suami kita ni.
Tapi nampak muka ia tu macam sama je macam masa memula kawen
Cuma perut aje la dah lain sikit
Tapi takpe, tetap seksi HAHAHAHA

Terima kasih anak-anak
Anak-anak berusaha kumpul duit nak belikan papa hadiah.
So saya bawak la anak-anak beli hadiah papa.
Diorang pilih sendiri hadiah, lepas tu bayar.

Terharu la papa dia. Papa dia tu walaupun badang, tapi hati kemain tisu lagi tu hikhikhik. Terima kasih anak-anak sebab buat papa happy :)

Kalau lelaki ni biasanya senang je.
Bukan nak kek apa bagai.
Ajak beli kek tapi dia kata nak eskrem je.

Baheklah! Senang! 

"biar adik ngan kakak duduk kat sana, nanti mama papa boleh la romantik-romantik" katanya

Niat tu dah murni sangat dah tu anak-anak ku HAHAHAHA
Tak sampai 3 minit pun
Tetiba muncul celah ketiak 



"Abang nak hadiah apa"
"Abang nak beg camping dengan cover iphone je"
alololololo senang sangat hadiah.
Sangat memahami isteri mu  HAHAHAHAHA


Selamat hari lahir Sayang.
Semoga kita tua bersama, kerepot bersama dan bahagia selamanya bersama.



4 komen[s]:

B..alang said... [Reply to Comments]

Guna bb cream ..
In sya allah x kerepot

kucen master said... [Reply to Comments]

Selamat mengharungi zaman kerepot yg akan datang lagi 20 tahun.hehe
http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-terselamat-dalam-kebakaran.html

Bpk Baktiar said... [Reply to Comments]

butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/

Amyz Azlie said... [Reply to Comments]

Selamat hari jadi encik badang. Semoga sentiasa gagah melayan kak jemah tu. Kikikiki.

Semoga kak jemah & encik badang happy2 selalu.

;-)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^