Follow Viruspadu

Wednesday, April 22, 2015

Ice Skating di IOI City Mall Putrajaya

Ini semua kesinambungan daripada ice skating yang nisa main kat korea ritu la ni
Best kot dia rasa
Saya memang tak dah la
Lepas tu terjatuh terjelopok sampai terseliuh tangan kat sana
Terus fobia mak hencekkkkkkkk
Memang takkan dah la

So layan anak-anak je.

Saya sebenarnya nak share dengan korang info berapa bayar masuk nak main ice skating ni
Tapi mak hencek lupa laaaaaaaaaaaaa. Tadi gugel harga masuk biasa RM23, harga public holiday RM28. Tapi rasanya harga macam lain je. Sebab macam dah naik sikit. Ke betul? ke salah? Tu la masalahnya lupeeeeeeeee. Masa bayar main keluar duit RM100 je. Coi!

Penjaga pun kalau nak masuk kena bayau tau. Yang ni saya ingat HAHAHA. Sebab saya masuk asing ritu. Saje nak jalan cuci mata dulu jenjalan IOI tu. Penjaga / peneman / PenyibukNakMasukDalamTapiTaknakMain bayar RM5 je tak silap saya. Penjaga boleh keluar masuk keluar masuk keluar masuk sesuka hatimu. Tapi yang main ice skating dokleh. Sekali dah keluar tiada maaf bagimu. Kalau nak masuk balik, sila bayau lagi.


Nisa ok la. Dia memang reti main kasut roda. So dia memang dah terer dah

Si anoi la kesian.
Dah melekat ke dinding je dia. 
Bila anoi dah melekat ke dinding terpaksa la nisa teman juga

 Panggil diorang keluar, terus beli penguin yang depa boleh pegang tu. Nak beli utk anoi je. Tapi biasalah. Kalau anoi dapat, nisa mesti nak jugak. Sewa pengguin tu sekor RM30 sejam.

Anoi memang suka buat kelakar.
Bagi alasan penguin buta plak dah HAHAHAHAHA


Rasanya dalam 3 jam jugak la saya menunggu dalam tu
Tu pun keluar sebab budak-budak dah rasa lapar.
Nasib baik la ingat nak makan
Kalau tak berkhemahla ahkak dalam tu.

Ingat ye uols
Kalau nak gi ice skating
Benda yang sangat wajib bawa adalah stokin dan sarung tangan.
Kalau tak bawak pun boleh je sebenarnya
beli aje la kat situ hehehe saje nak suruh korang jimat sikit :p

OOTD kena ada #SawanCermin #Sofina3Blue 

Ok tu je nak share.


2 komen[s]:

kucen master said... [Reply to Comments]

boleh tahan harga sewa penguin tu ye

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/keputusan-perak-lawan-jdt.html

Latifah said... [Reply to Comments]

Blom penah lg pegi IOI city Mall Putrajaya. Ade ice skating.. Mcm best jer.. will go this weekend.

Anyway mak budak sgt gorgeous!

LatifahFazri







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^