Follow Viruspadu

Tuesday, April 07, 2015

Naik Broga Lagi

Yang sebenarnya saya nak sambung cerita pasal percutian di korea dan share tempat makanan halal dekat sana.

Tapi...

Tapi...

Tapi...

Kita lupa nama restoran-restoran tu HAHAHAHA
Giler ko nama dia susah nak ingat susah nak eja.
Sekali dengar terus kepala hotak hakak ni tak berhubung tau
Mencik!

Lepas tu scroll gambar, terus blur lagi.
Banyak betul
Tak tahu mana nak start dulu

Pening arrrrrrrrrrrrr...

So kita stori pasal Bukit Broga ni la dulu hekkkkkkk.

Ini aktiviti Kelab opis kakjeng punya
Ketua Kelab dia berwawasan sangat
Sebab tu banyak aktiviti tahun ni
Lagi pun doakan kakjeng sihat walafiat tahun ni
Maka banyak la aktiviti saya boleh join
Kalau nak cerita tahun lepas punya MC phewwwwwwwww
#LapPeluh.
#ApaPunTakBleyyyyyyyy

Memula plan BROGA ni macam nak tak jadi dah
Sebab kan ritu terbakar ke canne tah
So terus cancel
Pastu tengok anak buah saya naik broga elok je
So terus sambung plan.

Kalau aktiviti daki daki ni
Memang tak ramai yang boleh join
Yelah masalah kesihatan
Masalah malas nak penat HAHAHAHA
Masalah nak bangun pagi
Tu semua masalah saya la tu.
Tapi gigih la nak join jugak

Sebab agenda dia kul 5 pagi berkumpul kat opis
OMG kul 5!!! OMG
Sabtu bangun kul 5!!!
OMG

HAHAHAHA

Tapi best geng opis saya ni
Kul 4 tu memasing dah ting ting ting ting kat wasap suruh bangun
Saya baca, pastu katup mata balik.
Dasar sangat perangai!

So saya mengambik option jumpa kat broga kul 7 pagi.
Tu dia aih! Kul 6 baru saya bangun solat semua. 630 pagi baru gerak
Matikla dah lambat kan!
Kemain desup desup laki den bawak kereta
Pastu bawak nisa anoi sekali daki broga
Menunggu dorang mandi menangis lagi dah satu hal dah tu
Ececececece cuba nak salahkan anak la tu kan :p

Dalam kul 715 kot saya sampai.
Rupanya ada lagi yang lagi lambat dari saya
phewwwwwwwwwww.

Memula sebelum naik
Buat senaman ringan dulu.

Lepas senaman terasa perut lapau
Yelah tak makan hape pun kan
Mujur ada roti.
So kitorang sarapan roti sambil mendaki
Kehlasssssssssssssss kannnnnn.


Anak-anak macam biasa
Tensen dengan mama
Asik nak rehat je!
Bila nak sampai dia membebel

Sabar la anak-anak ku
Mama kan dah tua
uhuk uhuk uhuk


Anoi rilek
Daki broga siap pakai reben atas kepala ha


Geng tekanan darah rendah

Gengster betul gua jalan!

Dekat sini hanya berhenti untuk makan karipap je.

Terkeluarla pantun

Mendaki broga nak makan karipap
Karipap habis HAHAHAHAHAHA

Masa mas berusaha naik atas batu ni,
Tokei karipap dah turun bawah HAHAHAHA
Kelakar betul

Tapi makan kongsi-kongsi sedap pe.


hiyah hiyah hiyah





Angin kuat baq ang!
Kuat sampai rasa nak terpelanting lanting kita
Saje nak bgtau kita kurus sebenarnya HAHAHAHAHAHA pui.

Tapi angin dia memang kuat!
Anak-anak langsung takleh bukak mata




Cantik kannnnnnnnnnnnn.

Hari tu masa saya naik broga saya tak daki sampai puncak
Saya daki sampai puncak pertama tu je.

Kali ni bebetul sampai atas.
Mencabar minda sungguh.

Bukan sebab penat ke apa
Walaupun memang la penat

Tapi sebab bukit dia macam main olok-olok ngan kita
Ingatkan dah sampai tapi belum
Kena daki lagi
Pastu ingatkan dah sampai
Tapi rupanya belum jugak lagi
Tiga kali hakak tertipu tau HAHAHAHA

Tapi disebabkan nak makan nasi lemak kat puncak
Gagahkan diri jugak

Demi nasi lemak bungkus telur belah hempat kihkihkih

Yeayyyyyyyyyyyy Berjaya!!!!

Kami 11 orang semua. 
Campur anak-anak saya, campur suami saya. Campur yang nunggu kat bawah. Campur Nor sefamily

Lega sangat la dah sampai puncak.

Paling kagum dengan nisa la
Lasak betul dia
Orang panjat batu dia pun sibuk nak jugak
Jatuh kaki terseliuh pun takpe
Nak jugak jalan.

TAHNIAH semua!!!!!!!
Nanti next time kita naik Gunung pulak yukkkkkkkkkkk.
(jawab mekchu... "No Thanks" HAHAHAHA)


Dah naik kena turun pulak! Phewwwwwwwwww. Turun takleh naik kereta ke?



1 komen[s]:

Miss Moon said... [Reply to Comments]

hahahha ayat last mmg best ....takley naik kereta ke hahahha

dah dapat bayangkan muka kak jeng hahahhaha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^