Follow Viruspadu

Tuesday, April 28, 2015

Pendidikan awal anak membentuk siapa mereka bila dewasa

Tanggung jawab kita sebagai ibu bapa memang berat. Bukan setakat nak bagi makan pakai sahaja kepada anak-anak kita, tapi yang lebih penting lagi adalah menyediakan pendidikan yang sempurna kepada mereka bagi membolehkan mereka berdikari dalam kehidupan mereka akan datang.
Keluarga saya
Masa kita kecil dulu, kita tak terasa beratnya tanggung jawab ibu bapa kita. Yang kita tahu bila lapar saja, tanya pada mak kita lauk apa beliau masak hari ni. Bila letih, terus je tidur. Langsung tak ada sebarang kerisauan di hati kita. Bila ibu bapa kita berleter suruh baca buku atau ulang kaji pelajaran, kita mulalah rasa tak suka.

Tapi bila dah dewasa, dah berkeluarga dan ada anak sendiri, baru kita tahu erti kerisauan ibu bapa kita dahulu. Paling kita risau adalah tentang pendidikan anak-anak kita. Semua ibu bapa akan cuba sedaya upaya untuk memberikan pendidikan yang terbaik yang mampu mereka berikan.
Annisa - tahun 2 dan Annur - pra sekolah
Kak jeng pun sama. Kedua-dua anak kak jeng dah mula melangkah ke alam pendidikan semenjak mereka berumur 4 tahun lagi. Mereka di hantar ke sekolah pendidikan awal kanak-kanak untuk didedahkan dan menyediakan mereka kepada alam pendidikan bila mereka berusia 7 tahun nanti.
Sekarang ni Annisa telah berusia 8 tahun dan berada di tahun 2 sekolah rendah dan Annur pula akan berusia 6 tahun dan berada di tahun akhir dalam pra sekolah. Setiap pagi kak jeng akan sedapat mungkin akan menyediakan bekalan makanan untuk diorang. Kalau rajin sikit, kak jeng buatkan Bento tapi bila penyakit M (malas) datang, kak jeng buatkan sandwich je. Hiihihi
Kalau rajin, buatkan bekal Bento dan buah

Seawal pukul 5 pagi kak jeng dah bangun untuk sediakan sarapan dan bekalan pagi diorang. Kak jeng akan pastikan sarapan diorang mengenyangkan dan mempunyai gizi makanan yang seimbang. Makanan yang seimbang cukup penting terutama kepada Annisa kerana dia akan berada seharian di sekolah. Ini adalah kerana Annisa bersekolah kebangsaan pada sebelah pagi dan petang pula beliau bersekolah agama KAFA. Pada hari-hari tertentu, dia akan terlibatkan dengan aktiviti kokurikulum dan kelas Karate.
Walaupun hanya sandwich, buahan tetap ada
Mujur la sekolah anak-anak dekat dengan rumah dan pejabat papa diorang. Jadi setiap pagi papa diorang yang menghantar mereka ke sekolah. Jarak sekolah mereka dengan rumah kak jeng kurang lebih 5 km aje. Tak sampai pun 5 minit sampai la. Cuma masa balik sekolah mereka akan balik dengan van sekolah.
Annisa ni banyak sangat cita-cita yang dia nak capai. Ada masa-masanya dia nak jadi vaterinar. Pada masa yang lain nak jadi guru. Ada masa-masa yang lain pula nak jadi doktor. Bukan kah kanak-kanak begitu, semua benda dia nak buat. Si Annur masih blur tentang apa yang dia nak lakukan pada kemudian hari. Kak jeng tak kisah sangat, yang penting mereka pilih kerjaya yang mereka enjoy dan rasa puas. Kak jeng nak diorang tentukan sendiri hala tujuan kehidupan mereka kelak.
Selain dari cita-cita dan matlamat dalam kerjaya, kak jeng juga galakkan diorang dengan aktiviti luar. Untung kak jeng dapat suami yang suka aktiviti luar, jadi ada masa-masa tertentu kami akan melakukan aktiviti tersebut secara bersama. Kitorang selalu mendaki bukit dan gunung, berkayak, dan mengalakkan anak-anak menyertai aktiviti kecergasan lain macam karate.
 
Nampak tak anak-anak kak jeng tu? Kitorg di puncak Broga
Bila dah terlibat dengan pelbagai aktiviti yang banyak menggunakan tenaga, kak jeng akan pastikan makanan dan minuman yang akan dapat memberikan tenaga dan neutrien yang banyak dan cepat akan kak jeng berikan pada anak-anak.


Diorang diberikan pendedahan dengan banyak aktiviti kecergasan







Sebab itu kak jeng suka bagi diorang minum Horlicks. Selain sedap dan anak-anak suka, minuman Horlicks juga banyak khasiat dan memberikan tenaga dengan cepat kepada anak-anak kak jeng. Mereka juga suka membawa minuman Horlicks ke sekolah sebagai bekal minuman.
Alhamdulillah, kak jeng saya bersyukur sangat, buat masa ini anak-anak kak jeng dapat pendidikan yang sempurna dan diberi peluang untuk melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda mereka. Kak jeng kira beruntung kerana tinggal di dalam bandar Seremban dimana segala kemudahan asas adalah dalam keadaan terbaik. Kak jeng sendiri pun dibesarkan dalam bandar Kuala Lumpur yang mempunyai segala keperluan pendidikan dan persekitaran untuk membesar dengan sempurna. Cuma suami kak jeng yang mempunyai pengalaman dibesarkan dan menerima pendidikan asas yang serba kekurangan iaitu semasa beliau bersekolah di Sandakan, Sabah dulu.
Gambar lama sekolah rendah suami Kak Jeng di Sandakan dulu
Seharusnya kita jangka lupa bahawa masih ramai lagi kanak-kanak yang tidak mendapat kemudahan pendidikan yang sempurna. Korang tau tak, statistik di Malaysia sekarang ni menunjukkan terdapat seorang bagi setiap 25 orang kanak-kanak yang tidak mendapat pendidikan asas yang sempurna atau langsung tidak ke sekolah. Keadaan tersebut disebabkan sama ada mereka terdiri dari golongan yang kurang bernasib baik misalnya daif atau mereka ini tinggal di dalam kawasan pendalaman Malaysia yang jauh dari arus pembangunan dan kemudahan pendidikan asas misalnya di perkampungan orang asli seperti Kampung Chuweh di Perak.
Proses pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal amat penting. Kerana apa yang dipelajari oleh anak-anak kita sekarang ini akan membentuk siapa mereka pada masa akan datang. Korang tahu tak pasal Horlicks School Journey Initiative (HSJI)? Ianya adalah satu initiatif yang dijalankan oleh pihak pengeluar minuman Horlicks bagi membantu anak-anak dari golongan yang kurang berkemampuan dan yang ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan secara formal. Masih ramai lagi anak-anak dari golongan kurang berkemampuan yang ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan secara formal.
Bersama-sama dengan Malaysia Association of Social Workers (MASW), HSJI akan membantu kanak-kanak Malaysia yang ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan formal peringkat rendah untuk diberi peluang dalam mendapatkan pendidikan.
Terdapat 32 kanak-kanak di Kampung Chuweh yang tidak berpeluang mendapat pendidikan secara formal dan HSJI dan MASW akan membantu merealisasikan impian kanak-kanak ini untuk ke sekolah. Melalui initiatif ini, HSJI dan MASW telah merangka 2 fasa bagi membantu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak di Kampung Chuweh. Fasa pertama adalah melatih dan menghantar tenaga pengajar untuk memberikan ilmu pendidikan asas kepada kanak-kanak di sana. Selain itu, kemudahan taman permainan dan pusat pembelajaran juga akan dibina. Ini adalah kerana, taman permainan dan pusat pembelajaran merupakan tapak asas utama pendidikan tidak formal kepada kanak-kanak.
Dalam fasa kedua pula, program ini akan memastikan kanak-kanak di kampong Chuweh disediakan pengangkutan untuk membawa mereka ke Sekolah Kebangsaan RPS Banun di Gerik bagi mendapatkan pendidikan formal. Bot yang menjadi pengangkutan utama ke SK RPS Banun akan dipastikan beroperasi setiap hari persekolahan.
Program HSJI ini bertujuan untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk bersama-sama dalam inisiatif memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak di Malaysia. Melalui program ini, pihak Horlicks benar-benar memberi komitmen untuk meningkatkan potensi dalam diri setiap kanak-kanak di serata dunia dan membantu mereka mencapai aspirasi masing-masing. Melalui khasiat tumbesaran tambahan Horlicks yang telah dibuktikan secara saintifik ini, ramai para ibu di Malaysia memilih Horlicks sebagai makanan sarapan berkhasiat untuk anak-anak mereka. Sarapan permulaan dengan Horlicks dapat memberi tenaga sehari kepada anak-anak mereka di Sekolah. Melalui program HSJI, diharapkan lebih ramai lagi kanak-kanak Malaysia yang sebelum ini tidak dapat pendidikan asas dapat dibantu untuk ke sekolah. 
Kak jeng terharu dengan keprihatinan pihak HSJI dan MASW dalam memastikan semua kanak-kanak di Malaysia mendapat pendidikan yang sempurna. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut inisiatif ini boleh lah ke laman Facebook Horlicks atau website mereka di www.horlicks.com.my/schooljourneyinitiative  

Marilah kita sama-sama kongsikan program ini dan diharapkan usaha mereka ini akan berjaya. 


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza



Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^