Follow Viruspadu

Friday, May 29, 2015

Kita Bercuti dekat Philea

Assalamualaikum

Terlupa pulak kita ada belog kan HAHAHAHA
Sampaikan nak start tulis apa pun dah buat saya termenung selama 51 minit (tipu)

Sebagai peniaga Product Seqy Beauty yang berjaya sangat-sangat-sangat. Mula-mula kena la tunjuk muka saya yang tembam yang pau yang dah macam 4 bijik disimpan dalam pipi ni. Salah sendiri la tak kawal makan ye tak. Makan banyak sedap sedap sedap. Dok share makan makan makan dekat instagram. Pastu frust sebab pipi je mengembong. Ok la badan pun mengembong. Ok la. Ok la. HAHAHAHA.

Hanya BB Cream Seqy Beauty dan lipstik dan kamera biasa iphone5s

Betul la. Sebab kalau pakai camera360 akan jadi cenggini. 

Tak kisah pun pakai mana-mana. Kamera biasa ke. Kamera360 ke. Masih cantik macam biasa.

Eh!

HAHAHAHAHA
Pui.


Memang saya bercuti dekat philea tapi sebelum tu saya nak jalan-jalan dulu. Melaka memang dah selalu sangat pergi. Tapi tak kisah je. 285369 kali pergi masih lagi rasa eksaited gitu kan. Asalkan ada orang yang kita sayang sebelah kita. Gi kedai muthu seberang jalan pun kau akan rasa bahagia jugak. Ecewah... contoh kedai muthu je kan... padahallll patut bagi contoh pavilion tadi. Baru la betul.


Awal pagi sabtu tu saya dah bangun dah.
Dari seremban ke cheras dulu sebab nak jemput emak.
Lepas tu terus ke melaka

Seminggu sebelum jenjalan ni, saya dah servey banyak tempat-tempat best yang mesti singgah dekat melaka. antaranya nak naik beca, gi mini malaysia, taman seribu bunga, minum coconut shake alai, makan cendol, makan satey kampung jawa, makan kuih kampung perhentian, makan cucur udang alor gajah bla bla bla bla.

Banyak giler kot plan

Biasalah.

Sudahnya?

Memula berhenti rnr sarapan dulu.

Lepas tu.

Ini tempat persinggahan pertama.
Perigi Hang Tuah.
Takde pun dalam senarai kekekekekeke.

Mak kata dah lama mak tak datang sini. Last masa mak datang sini masa tu saya pun tak lahir lagi.
Alahai kenapa tetiba hati kita sedih sangat baca ni sob sob sob.


Konfem la dah lain sangat perigi hang tuah ni 35 tahun lalu dengan sekarang kan.

Jadi lepas tu saya tanya mak je.
Kalau mak ada rasa nak gi tengok apa-apa
Saya bawak aje.

Pastu saya cakap dengan mak

Jom kita naik beca nak?
Mak terus sukaaaaaaaaaa

Bila mak suka.
Saya lagi la sukaaaaaaaaaaaaaaa.
Sebab saya yang nak naik beca sebenarnya hihi

Naik beca setengah jam RM25 tau.
Kalau ada yang nak mintak murah silakan
Saya memang tak sampai hati kot
Kesian sangat rasanya tengok pakcik kayoh basikal
Alahaiiiiiiiii.
Terus terbayang arwah abah je.

So bestla. 
walaupun hanya round2 bandar aje.
Tapi still best sangat rasa. hehehehe.


Lepas dah best-best naik beca. Jalan kaki singgah memana patut.
Singgah snap gambar je yang lebih

Masa ni kelakar habis
Sebab saya la
Tercuai cemana ntah

Masa keluar kereta
Tetiba rasa macam jalan tempang sebelah aje
Dah kenapa jalan tersenget-senget kan
Sekali tengok

Ha kauuu!!!! seliper sebelah lain. MALUNYAAAAAAAAAAAAAAAA. HAHAHAHAHAHA

habis tu nak buat macam mana
redha je jalan senget2 pastu
Nak jalan ke kereta tukar seliper jauh la plak

HAHAHAHAHA
mujur jugak skirt kita labuh
Kaver jugak malu kita ni HAHAHAHAHA

Tak nampak kan seliper kita kan kan kan kan

Dinasourrrrrrrrrrrrrrrrrr grrr grrrrrrrrrrr grrrrrrrrrrrrrrr

Saya lupa nama muzium ni kihkih. Yang ingat masuknya percuma.





NEXT

Menara taming sari
Juga permintaan emak.

Tengok emak saya tu. Belum naik lagi beliau dah teropong dah hihihihihi. Mak skodeng siapa tu mak? :p

Tak habis2 dengan peace dia tu.



Next!!!

Makan cendol

yeahhhhhhhh... ini kalau x buat ni... nanti ailio kakjeng meleleh2 je macam baby baby tu HAHAHA.


Dah lepas tu tak de dah

Tu je sempat buat
daripada plan 6253284763 yang saya plan tu
tu je sempat

Maka lepas tu terus nak check in kat philea.

Tadaaaaaaaaaaaaaaa

Lobi.

Ok sebelum apa-apa

Nak bagitahu yang ini sebenarnya Reward dari Bos Seqy Beauty.
Bos bagi Reward dekat semua stokis ala-ala hari keluarga la
Bermalam satu malam dekat Philea.
Happy la hati kita ni

Baru join family Seqy Beauty tapi dah banyak giler reward kita dapat
Jom siapa nak join family SeqyBeauty wasap saya lelaju 0122052091

Tadaaaaaaaaaaaa...
Ini kalau bayau sendiri memang tak mampu ni
Bukan la tak mampu tahap yang tak mampu sangat-sangat tu
Tapi memang takkan la bayar sebab takat nak tido satu malam habis banyak tu kan
HAHAHAHAHA

Ni dapat merasa ni
Memang rasa syukur sangat-sangat 

Terima kasih Allah atas segala nikmat ini.
Terima kasih Allah.



Cantikkkkkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Terkagum-kagum la tengok semuanya

lepas terkagum-kagum tu, anak-anak sibuk nak mandi pool

Baiklah
Marilah kita. 



Besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr pool dia
Bestttttttttttttttttttttt

...............

Dan ini pula acara makan malam.

Bos Seqy Beauty kata acara bebas sebebas bebasnya
Maka buatla hape ko nak

Jadi saya dengan family stokis rara bergabung meletop. Stokis Ira, Kekra, Nina dan Aza tak tahu diorang makan dekat mana.

Macam biasalah. Mesti nak makan kat sini. Hajjah Mona Asam Pedas. Asam pedas tetel dia memang the BEST







Malam jenjalan kat jonker walk

Best tau jalan-jalan sini
Penggemar barangan antik mesti suka
Yang tak suka antik pun mesti suka
Tapi kalau ko bawak budak kecik memang la mata tak sempat tengok barang kat tepi
Asik nak mengejar anak je kejenya.

aishhhhhhhhhhh....






Dekat sini pun sempat kannnnnnn.
Konon sebab background dia cantik
last2 backgrond tak nampak ponggggggggggg 

Itu aje kesah seharian di melaka.

Lepas tu balik tido lah

..................

Sesudah subuh. Saya dengan en.Badang jenjalan lah round Philea.  Pemandangan cantik sini.


Sarapan dalam Philea jugak. Makanan dia boleh tahan banyak jugak. Saya dapat free 2 orang aje kan untuk sarapan. So kena tambah sendiri lah. Info untuk korang - Sorang dewasa RM40, kanak-kanak RM24.

Nah game ini disediakan
Tapi bayau ler. RM5 pergame.

Acara menebalkan kulit sebelum check out.

Kenapakah daku lebih kembang daripada poms yang mengandung ituuuu.
Stokis Kakjeng, Stokis Rara, Stokis Kekra, Stokis Ira.

Balik dah.
Nak checkout dah.
Sempat la beramas mesra dulu.

Geng Beg Derby


Bos SeqyBeauty, Stokis Kakjeng, Stokis Aza, Stokis Nina dan Stokis Rara

Gedikkan nak tulis nama macam tu HAHAHAHAHA
Sebut nama je dah la
Ntah
Rasa best lak sebut macam tu

Nak sebut sekali lagi lah

Stokis nina, stokis ira, stokis aza, bos seqybeauty, stokis kakjeng, stokis rasa dan stokis kekra.

HAHAHAHA



Ada pun gambar kitorang sefamily seqybeauty
Ada lagi stokis yang x dapat join, murni, kakjie.
Nanti maybe next time kita semua dapat kumpul sesama
maybe next time geng stokis pun dah lagi ramai kan.

Terima kasih bos bagi reward macam ni
Syukur sangat.

Lepas tu takde apa dah
terus balik rumah sbb penat.

Sekian
itula cerita kita bercuti dekat Philea.
Semoga ada info bermanfaat tersemat dalam hati.

::flying kiss::


3 komen[s]:

FadMN said... [Reply to Comments]

alaaaaa.lambat baca bab asam pedas tetel sedap tu.huhu.elok jer balik melaka semalam, baru baca blog kak jeng.

btw,mmg kak jeng nampak tembam dari ceera.kekekekeke.jgn marah ahhhhh..

FAD

nAjWaHn said... [Reply to Comments]

Bab kasut/sandal lain sebelah lom trend sgt kot.. tp slipar kaler lain sblh mmg dh trend... :)) hahahaa... tak kisahla, skali pandang dh cm fesen ja.. sah² bju itam putih gk;)

dongmei pan said... [Reply to Comments]


Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^