Follow Viruspadu

Tuesday, June 09, 2015

Hari Lahir ke 6 Annur

Aduh

Stress kepala otak kita ni tau
Langsung seharian takde mood langsung nak buat kerja
Ini semua gara-gara Audit sEKSA semalam la ni HAHAHAHAHA
Padahal takde la apa pun sangat
Tapi kepala ni rasa berat je pastu. Haiyooooo. Wathapen kakjeng.
Ni kesan metabolisma kurang la ni HAHAHAHAHAHAHA #TETIBA

Bila la sEKSA nak berakhir ni pftttttttttttt.

Ok nak cerita
Bulan ni bulan hari lahirnya anoi.
17hb harinya. Tapi lepas tu puasa kan.
Maka mari la kita celebrate awal
Cuti sekolah pulak tu kan
Memang sesuai sangat la kan.

Memula anoi cakap dia nak hadiah besday dia pergi LegoLand.
Hurmmmmmm. Jauhnya nak gi LegoLand. Malasnya nak gi sana.
Tapi bila terkenangkan JPO terus rasa berbunga hati ni HAHAHAHA Dasar sangat!

Lepas tu ntah canne ntah. Keluar iklan tv ke apa.
Nampak plak Kidzania.

Terus berdesup tukar fikiran nak gi KidZania.

Saya memang tak terfikir nak gi KidZania ni. Tak tahu nape.
Ada jugak member2 cerita yang bawak anak gi sini.
Tapi hati tu tak terbuka pun nak gi.

So anoi dah rikues ni. Mari la kita layan.

Saya tak pasti berapa harga tiket walk-in dia
Sebab saya terus buka website kidzania lalu beli Online je.
online lagi murah, pastu ada diskaun pakej plak lagi
So untung lerrrrrrr.

So kanak-kanak dari umur 4-17 tahun kena RM63
Dewasa pulak RM32

Itu harga Online tau. Harga walkin gi buka website sana.
Rasanya harga kanak2 RM75, Dewasa RM38.

Yelah memang harga kanak-kanak mahal
Sebab utk kanak-kanak kan Kidzania ni.

Lepas tu ia ada 2 sesi tau. Pagi kul 10 pg - 3ptg kalau tak silap saya ngan Sesi petang kul 4ptg - 9mlm.

Saya kan dari seremban dan malas nak kelamkabut sangat. So saya beli tiket sabtu petang.
Rasanya petang lagi best kot. Sebab tak ramai sangat. So semuanya lelepak je.

Kitorang masuk ngam-ngam kul 4.

Memula diorang bagi chq bernilai 50 ringgit. So masuk-masuk je semorang kena gi keluar duit dulu.
kaya kaya kaya.

Saya masuk-masuk sini rasa blur betul.
Tak tahu nak buat apa.
Siyes.

Spritzer ni yang pertama saya suh budak-budak masuk. Tu pun sebab nampak tempat orang kena beratur tu.  

lepas tu baru faham macam mana nak main dalam tu.

Ada lekat kat tiap pintu.
1. Had umur yang boleh join.
2. Berapa orang tiap sesi
3. Berapa lama tiap sesi
4. Ekonomi (dapat duit atau kena bayar duit)

So kalau duit dah habis, dorang kena cari kerja untuk dapat duit.
Gitu konsep dia.

Lepas dah faham tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
kemain seronok lagi la budak-budak ni

Oyye lupa nak bagitau yang bukan family saya je, family kakcik pun join sekali jugak.
So bestla ramai-ramaikan

Disebabkan ada game yang atas 8 tahun je boleh masuk. So nisa dengan annur mcm x dapat nak main sesama la. Sebab ada yang nisa boleh main tapi anoi takleh pulak.

So kena berpecah. En.Badang tengok nisa, saya pulak tengok anoi.

 Budak-budak suka la ni
Selalu tengok sains comot kan

Jadi Batek.


Ini pekerjaan apa tak tahu la kena panjat2 dinding ni

Sementara menunggu.

Jadi posmen. Ni nak tolong hantar BB cream mama ke nisa kekekeke

jadi doktor

Jadi wartawan

Sampai situ je saya sempat snap
Lepas tu bateri fon pun kiokkkkkkkkkkkkk. Mampos.


Bagus la Kidzania ni
Ia macam nak ajar budak2 ni apa cita2 diorang dah besar nanti
Tapi saya tak nampak pun diorang rasa macam fikir nak jadi apa.
Tak fikir pun pasal cita2 nak jadi apa bila dah beso bila masuk kidzania ni
Dorang happy-happy nak try semua benda je HAHAHAHA.

Sampai announcement nak katup kidzania baru la kitorang balik
Memang tak sedar masa berlalu pun dalam ni.

Dalam kereta budak-budak ni berlumba-lumba nak cerita kat mama.
Paling saya ingat ayat nisa la

"ermmmmmmm cari duit ni memenatkan la mummy"

HAHAHAHAHA
tau takpe.



3 komen[s]:

arsaili said... [Reply to Comments]

wahhh best nyer..cam nak jadi kanak2 balik jer

yoorin melacolea said... [Reply to Comments]

hahaha..yg last tu terbaik.. hehehe.. baru budak2 ni tau kan kak.. alaa..dulu kite pon sama..dok perabih duit makpak je..kekekeke

Lenny said... [Reply to Comments]

hehehe... comelllll! tau pon cari duit ni penattt..

belanja duit tak penat and seronok je kann.. hehehehhe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^