Follow Viruspadu

Tuesday, July 28, 2015

Ada orang Payung SteamBoat :)


"Ada berita baik ni"



"Abg zaki aka pakwe. Dia nak belanje stimbot malam ni. Sape2 nak dibelanje datang la rumah"



OMG OMG OMG

Demi uwe kuturutkan bahahahaha
Bukan senang nak tunggu offer offer sebegini rupa uols
Bukan senang abang nak PAYUNG HAHAHAHAHA
Giler ko nak tolak! Tak siuman ke apa HAHAHA

Eh tak jugak la
Kalau saya kat seremban, insyaAllah la saya terpaksa tolak.
Tapi disebabkan saya memang gi open house rumah Abang Shon n Kak ida. So lajak terus la lepas tu ke cheras. Bak kata orang tua-tua dulu la memang langkah kanan. *usap perut

Terima kasih Abang Shon dan Kak ida. Makanan semua sedap-sedap. Terima kasih juga yang bawa potluck. Saya makan banyak jugak tapi orang tak nampak saya makan pastu cakap saya tak makan HAHAHAHA. Hebat jugak saka saya ni muahahahaha
Ini antara sebahagian yang ada. Lepas saya balik ada lagi geng-geng yang datang. Tak sempat nak cemolot ngan korang.

Berjanji ngam-ngam magrib dekat Q Thai Steamboat. Sebab mak nak terus berbuka puasa.
Tak ramai yang boleh join plan terkejut macam ni.

Ceera dalam pantang
Kak Ira (kaklang) hantar anak dia balik UiTM Penang sana
Sepet bizi setelkan hal-hal kenduri adik ipar beliau.

Itula uwe tukang PAYUNG kita hiks

Duk sebelah mak la saya ni. Duk sebelah mak dapat layan istimewa sikit hihihihih.

Tengok uteh yang baju oren ni HAHAHA. Beliau memang tak sempat duduk langsung. Memang saka makan sekali agaknya. Siyes saya tak tahu berapa banyak dia makan. Tak kenyang-kenyang HAHAHAHA. lebih 15 kali ulang alik amik makanan. Tiap kali amik penuh pinggan pulak tu. Tokei kedai tu peratiiiiiiiiiiii je ko teh! Andak syak lepas ni kalau ko nak makan dia tak bagi ni HAHAHAHAHAHA.
Perut macam tu jugak andak tengok. 

Kat mana la kambing, lembu, ketam, udang, sotong menyorok dalam perut dia?
Pelik!


3 komen[s]:

Love Razila said... [Reply to Comments]

HAHAHA kejam tau statement kak jem. Muahaha, dia ada spare beg dalam perut kak jemmm =)

shah said... [Reply to Comments]

ahhh, q-thai ampang waterfront yek, memang ok situ

wan muliani said... [Reply to Comments]

Uih! Makan berebut!
I like.....

Meriah Sangat!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^