Follow Viruspadu

Wednesday, July 22, 2015

Aidilfitri 2015


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Raya tahun ni dimulakan dengan en.Badang mencari buluh untuk dibuat lemang di cheras baru. Atau lebih tepat ayatnya Raya tahun ni dimulakan dengan en.Badang mintak tolong adik dia carikan buluh untuk buat lemang hehehehe dan lepas tu dia masuk hutan cari daun pisang pulak.

Tahun ni apa kena ntah uteh nak torai buat lemang kat cheras padahal bukannya reti nak buat HAHAHA. Pastu kitorang sajes buat lemang rebus je senang takyah jaga2 api bagai apa semua sangat. Taknak pulak tu. Eksen nak bakar jugak. Sudahnya en.Badang jugak yang kena HAHAHA. Nasib la korang dapat ipar macam Badang Gagah Perkasa serba tahu tu. Pandai andak cari laki Bahahahahahaha.

Pertama kali saya jumpa baby Atuf. Anak ke dua uteh ni. Hari tu saya tak sempat jumpa sebab nini dah balik rumah mak dia pantang kat sana. Alolololo omeinya baby ni.

Menu raya sama je macam tahun-tahun-tahun lepas. Rendang daging, nasi impit, sup tulang.

Cuma yang tak samanya ada lemang tahun ni woi. Semua jakun. HAHAHAHA. Termasuklah saya. Walaupun kat rantau biasa buat. Tapi tetap jakun jugak. Yelah Badang yang buat. Bangga la hati kita ni hikhikhikhik.
Yang topi merah yang tunjuk-tunjuk tu... pelakon tambahan je sebab nak snap gambar HAHAHA
poyo abang! HAHAHAHA.
Sama je perangai adik beradik ni. Bab belakon laju je kan

Dan ramai lagi pelakon datang menyelit pastu.
Sanggup cari tudung sebab nak snap gambau 
HAHAHAHAHAHA
Perangai! 

Okla.
Kemain lembut lagi lemang
Kemain sedap lagi
Tahun depan boleh la kita jual lemang ye bang!
Duit keuntungan jual lemang boleh la ma beli handbag sebijik
Dasar!


Raya pertama.
Di peRANTAUan.

yelah. Hari masak kat cheras. Lepas berbuka puasa tu terus balik seremban.

Acara bersalaman dengan ibu bapa dan semua. Alhamdulilah kali ni semua ada kecuali adik ipar saya yang bongsu sebab dia nurse kat hospital bahagian kecemasan so kena kerja. ini namanya Pengorbanan. Pengorbanan yang orang lain tak tahu/sedar pun. Tahu-tahu je kalau gi hospital pastu lambat sikit pastu nak marah-marah. Tabahlah adikku.

The cucus. Sorang lagi tengah merajuk hehehehe. Kalau tak... lengkap semua.

Ehem.
Bayangkan kalau 4 orang anak saya semuanya ada. Penuh gambar ni kan.

Geng Rantau
#PeaceKenaAda

Tahun ni pasal apa ntah. Tahun ni tahun yang paling sikit saya snap gambar.
Mungkin sebab baju raya saya biasa-biasa je so saya malas nak beria sangat HAHAHAHA
Saya nak baju jovian tsk tsk tsk tsk tsk
Saya nak baju jovian tsk tsk tsk tsk tsk
Saya nak baju jovian tsk tsk tsk tsk tsk
Saya nak baju jovian tsk tsk tsk tsk tsk
Saya nak baju jovian tsk tsk tsk tsk tsk
Saya nak baju jovian tsk tsk tsk tsk tsk
Saya nak baju jovian tsk tsk tsk tsk tsk
Saya nak baju jovian tsk tsk tsk tsk tsk
Saya nak baju jovian tsk tsk tsk tsk tsk
Serius lepas snap gambar family reramai ni saya terus turun dapur makan sup.
Padahal semorang bz bergambar lagi bahahahaha

 Nisa overnya 
Cuba la contohi mama yang sopan santun ittewwwwwwww

Yang penting gambar dengan emak ada.

Eh!


Lepas beraya kat cheras. Saya patah balik ke Gadong pulak. Beraya dengan family rantau kat situ. Best makan rambutan durian apa bagai. Sedap betul acik noriah buat mihun sup. Terasa lain sikit daripada asik makan ketupat rendang. Gigi dah la tengah sakit takleh makan daging-daging dah. Dapat makan mihun sup. Lega gigi kita :p


Raya Kedua.

Konon la nak keluar rumah kul 7 pagi.
Acah-acah je tu.
Kul 10 kot baru keluar rumah
Tu pun kalut nak sarapan dulu pulak
Padahal dah janji ngan sepet nak jumpa kat Kellie's Castle.

Tak la janji-janji nak jumpa kul berapa apa semua.
Tapi masa gerak tu wasap-wasapla. Bagitahu dah sampai mana apa semua.
Jalan kemain jem lagi kan pftttttttttttt.
Dalam kul 1 gak kot sampai sini.
Rasanyalah.

Panas berdenting.

Dah sampai sini terpaksa la posing dulu.







Ni acara wajib ni kalau balik tronoh!

Makan mee udang banjir.
En.Badang  punya ni Mee udang galah banjir ni. Ada 3 ekor udang galah pilih sendiri. RM35. Sodap woi!


Saya sampai je kampung, terus lepak belakang rumah. En.Badang mengerjakan pokok kelapa. Uteh dah tebang 2 pokok dah. Badang pulak tebang lagi satu. Makcik intan minta tolong tebangkan sebab pokoknya rapat bebenau.

Jadi kitorang yang jadi penonton ni sibuk hal-hal lain lah. Sibuk Terbang, kekekekeke.

#GengTerbang

Muka Izz takde perasaan pun terbang HAHAHAHAHA
Kipidap

Raya kedua tak dapat berjalan raya pungggggggggggg. Sebab takde orang kat rumah. Ada opah je. So kitorang pun duduk la diam-diam kat rumah.

Raya ke tiga.

Baru la dapat berjalan raya ha kau!
Terus gi rumah maklong
Terus kidnap pokok melati maklong ihihihihih
En.Badang kan suka pokok. Asal nampak je pokok dia bekenan terus tanya. hihihihih.


Apa barang gambar sopan sangat ni. Tak mencabar. Jom terbang.

HAHAHAHAHA. Muka kakcik takleh kelakar lagi ke kakcik

Banyak jugak rumah kitorang beraya. Bawak mak la jenjalan.
Bawak gi kubur atok semua.

Lepas tu abangcik beli pulak durian.
Lepas makan durian. Biasanya ada yang elok, ada yang tak cantik. Yang tak cantik terus Badang buat tempoyak ko! Ini la 1st time gua tengok tempoyak in the making. Senang je rupanya.


Raya ke Empat

Takde plan apa sangat.
Tetiba rasa nak ajak gi IKEA. Nak beli meja. Otw tu dapat mesej yang ceera dah beranak. Eh cepatnya. Terkejut kita. Ingatkan malam nanti baru beranak hehehehe.



Ala jeles kita tau.
Kita pun nak baby jugakkkkkkkkkkkkkkkk.

Kali ni ceera bersalin sebijik macam saya bersalin.
Buka 4 cm. Tetiba terus 10cm.
Syabas atam
Kali ni ko merasa sakit nikmat bersalin hikhikhik. Hebat!

Aishhhhhh.
Bila turn andak ni.................

4 komen[s]:

Amanda Suria said... [Reply to Comments]

Selamat hari raya...meriahnya Jem sekeluarga..

Khalid Kyle said... [Reply to Comments]

Happening sume pic2 kt atas ni, Selamat Hari Raya buat sis sekeluarga :)

Love Razila said... [Reply to Comments]

Sabar ye Andak. HEHEHE kite [on xtau atam pregnant tetiba baca inta sepet ada video atam bersalin..terkejut den. HAHAHA, ceera kata dia bapak punya pemalas update blog. HAHAHA, sabau je lah ... selamat hari raya Andak a.k.a viruspadu =)

Ana Lyana said... [Reply to Comments]

suka tgk gambar kak jem... maintain cun yang best tu.. hihi







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^