Follow Viruspadu

Thursday, July 30, 2015

Nasi Ulam Badang

Sedap Nasi Ulam ni bag ang!

Badang daripada minggu-minggu lepas ke sebelum raya ntah ada sebut-sebut nak buat. Tetiba pagi semalam lepas saya balik dari klinik gigi dia cakap sat lagi nak singgah merket nak beli bahan buat nasi ulam. Yeahooooooooooo. Saya ni kan penggemar ulam dan sayuran. Dengar perkataan ULAM je dah rasa terhibur sangat dah.

Seperti yang dijanjikan dekat fesbuk ngan aiji. Nah saya bagi resepi kat korang. Ini Badang yang wasap, saya kopipes ajer.


Resepi Nasi Ulam

Bahan-bahannya :
Semangkuk nasi sejuk
1-3 ketul ikan tenggiri/talang masin - digoreng & ditumbuk separa hancur
2 labu bawang merah - hiris nipis
1 batang bunga kantan - hiris nipis
2 batang serai - hiris nipis (putih saja)
1½ camca lada hitam - ikut sesedap rasa (beta suka lebih)
2 camca kerisik
Limau nipis @ garam secukup rasa

Ulam-ulaman :
Ulam raja
Pucuk mengkudu
Pucuk ubi
Pucuk gajus
Pucuk jambu
Pucuk mangga
Pucuk pegaga
Daun kaduk
Daun kunyit
Daun kesum
Daun selom
Daun limau purut
Daun lemuni
dan segala pucuk yang boleh....

Cara-caranya :
Buh nasi dalam mangkuk. Selepas itu lada hitam tadi dikisar kering. Taburkan segala ikan masin, lada hitam, ulam, bawang, serai & bunga kantan. Seterusnya perasakan dengan garam/limau nipis.


Ok korang, selamat mencuba

Semoga nasi ulam menjadi nasi ulam :p



3 komen[s]:

Suliana said... [Reply to Comments]

tq kak jeng. eh tapi tak de tumis2 or goreng2 ke

Mya said... [Reply to Comments]

Akak suka sangat nasi ulam!
Selalu setiap bulan puasa mesti mak akak buat khas untuk akak sebab dia tau akak suka.
Tak sangka la pulak orang lelaki pun terror buat hehe.

Masalah nak cari daun dan segala pucuk2 tu je la.
Kena pegi pasar basah atau pasar tani la kan?
Situ banyak la pilihan. Takat gi Jusco Tesco tu akak rasa tak banyak jenis kot?

wan muliani said... [Reply to Comments]

Alaaaaa, nampak sedap!
Dah la tengah PUASA 6 lagi ni... uhuk2







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^