Follow Viruspadu

Wednesday, August 26, 2015

Mee Kari Udang Galah

Mee kari udang galah rasanya ada banyak tempat yang jual kan.
Tapi biasanya saya tak tahu la kat mana.
Kalau tahu pun mahal kedaung la. Berkira2 pulak nak gi makan.
Tempat yang saya tahu tu la kat tronoh sana. Sedap dan rizenebel harganya.
Tiap kali balik kampung mesti cari punyalah!
Sodappppppppppp. Tapi kat tronoh tu mee udang galah lah.

Tapi sekarang dah tahu dah tmpt nak layan udang galah dekat sikit.

Nampak tak gerai belakang kakjeng tu? Nama dia D'Laman Uwan kat Kg Gadong Jaya. 

Kalau korang yg biasa pergi KLIA dari Seremban ikut jalan short cut melalui Kg Gadong Jaya/Sri Sendayan - Felda LBJ - Bandar Enstek - KLIA mesti pernah ternampak gerai ini. 


Korang singgah la gerai ni tau. Special menu dia Mee Kari Udang Galah, Sup Kambing, Nasi Ayam Hainan. dan yg paling best ada Cendol Santan Sawit. Memang sodap baq ang! ... Kalau korang singgah, cakap ngan tokei ni korang kawan kakjeng tau hahahaha. Tapi x dapat diskaun la ye hahahaha. Awas! hahahaha

Cendol Santan Sawit tu mabelesssssssss. Must Try!

Mee kari udang galah woi! Yang saiz XL baru RM19.90. 
Giler kalau tak cuba!

Tapikan, waktu niaga dia tu dari kul 11 pagi sampai 6 petang je.
Biasanya kul 4 petang pun dah habis licin dah.
So kalau korang teragak nak pegi tu, sila la gi awai sikit naaaaa.
Haaaa... tu deh tokei.
Nak tempah pun boleh. Call je no fon dalam gambau ye.


Semoga bermanfaat entry ini ;p.



1 komen[s]:

shah said... [Reply to Comments]

mee kari udang galah shah alam ada... dekat unisel sana







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^