Follow Viruspadu

Thursday, August 27, 2015

Sport Day

Selesai dah hari sukan annur ahad lepas.

Best la
Happy-happy je memasing

Kalah menang tu biasa.
Kalau tiada pengalah maka tiadalah pemenang.
Gitu la konsep pertandingan kan.

Annur ritu balik rumah bawak kertas, macam nota kecik je.
Ada tulis bacaan ikrar
Dia kata, tecer suruh hafal, sbb nanti ada pemilihan untuk siapa baca ikrar.
Dan akhirnya beberapa hari lepas tu annur bagi tahu tecer pilih dia.
Saya ni macam... percaya ke tak ni ye.
Then lepas tu, tecer pulak wasap bagitahu yang dia pilih annur.

Alhamdulilah.

Perasaan emak?
Cemasssssss woi! HAHAHA
Annur ni kalau kat rumah dia la champion menjerit, menangis, buat hal. Semua dia juara.
Tapi kalau kat sekolah, suara dia macam emas nak keluar. Kalau keluar pun sayup-sayup je.
Antara dengar dengan tidak.
Eh! macam mengata diri sendiri je aku ni HAHAHAHAHAHA coi!

Boleh ke annur ni keluar suara kuat nanti ni?
Dia takut tak nanti bila tengok ramai orang?

Tu dia aih... masa time baca ikrar ni, emak dia yang tangan gigil-gigil HAHAHAHAHA
Biasalah mak kau hijau memang gini. Cemas tak pasal-pasal je.

Alhamdulilah, Annur baca ikrar ok je. Suara jelas. Kuat. Alhamdulilah. Terima kasih Allah atas pengalaman ini. :)

Alahai kurus kering je annur
Nasib la pipi tembam
Eh terasa pulak kitewwwww

Ada 3 ke 4 game macam tu. Semuanya dalam group.

Yang best ada game untuk adik beradik pelajar
Ada game untuk bapak2
Ada game untuk emak2
So kita yang menonton ni idok la rasa bosan kan.
Bagus la sekolah annur ni,
Kalau orang seremban yang tengah mencari-cari prasekolah untuk anak
Saya rekemen hantar sekolah annur ni

 Game masukkan benang dalam jarum, En. Badang juara okehhhh!!!
Nampak sangat selalu menjahit ni kihkihkih


Game emak-emak adelah boling kelapa.
Saya ada share video dekat ig saya
Gaya je lebih saya baling, tp kena nya tidak HAHA
Jadi saya tak menang apa-apa hadiah :p

Nisa pun masuk game, tapi kalah jugeeeeeee

Pemenang

dan pengalah kihkihkih



TAHNIAH ANNUR
Walaupun setakat baca ikrar dekat sukan day aje
Tapi mama bangga tau

Nikmati kehidupan kanak-kanak ye anakku.
Jangan stress-stress




2 komen[s]:

Love Razila said... [Reply to Comments]

VP...hahaha saya baca, saya pon nebes. KAHKAHKAH...ape pon tahniah pada pemenang..yang kalah tu cuba lagi =)

tiga lalat said... [Reply to Comments]

meriahnyerr ;p







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^