Follow Viruspadu

Wednesday, November 18, 2015

Aniv Vacay 2015

... bila terbangun jam 2 pagi dan mengadu panas. Lalu dia bangun kuatkan sikit aircond. 5 minit lepas tu merungut pulak sejuk. Benda yang sama 12 tahun dan sekali pun dia tak merungut. 
...bila sesat dan tak tahu kat mana. Lalu dia tanya. Saya jawab "kiri ada pokok, kanan ada pokok". Tapi dia masih dapat cari saya kat mana.  
...bila sedang bersedih dan berpura-pura depan semua orang yang saya kuat. Tersenyum dan gelak-gelak macam biasa untuk nampak tiada masalah. Tapi bila nampak or dengar suara dia, terus menangis. 
...bila saya sakit kena tahan dekat hospital dan dia selalu jadi orang yang pertama masuk dalam pintu wad bila tiba waktu melawat dan balik bila kena halau dengan guard.  
...bila saya mabuk mengandung dan muntah sampai habis kotor satu lantai rumah. Dia lap muntah tanpa rasa geli pun.  
...bila dengar dia berdengkur dan saya tersenyum. 
...bila saya cakap teringin nak makan nasi ulam pastu pasar mini yang jual ulam tak buka pulak. Dia berusaha carikan ulam walaupun sampai kena masuk dalam hutan. 
...bila dia kata dia sorang je dapat tengok muka saya pucat, baru bangun tido, busuk2... dia je... Jadi tolong jangan mekap dan cantik2 dekat rumah. Dia suka yang macam tu.  
...bila saya tak reti isi minyak kereta dan dia x pernah paksa pun  
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-12 tahun encik Badang gagah perkasa keSayangan. Marilah kita memeningkan kepala antara satu sama lain selamanya ❤

Alhamdulilah, terima kasih Allah

12 tahun dah! 21 September 2015 tarikhnya. Kalau campur tolak zaman cintan cintun yang 4 tahun tu dah berapa lama pulak tu kan. Tapi apsal rasa macam sama aje macam dulu ececececece. Yela tu sama HAHAHAHA dush! 

12 tahun yang mematangkan


Demi 12 tahun itu. Jom kita pi utara cuti-cuti. HAHAHA ada kaitan kan!
Padahal memang dasar suka jalan punya orang ni

Penang - Kedah - Perlis

Satu malam ni penang, satu malam di langkawi, satu malam di aloq staq

Ni sebenarnya cerita bulan september yang lalu tau.

Semuanya main redah kasi pecah aje. Hotel pun tak booking ke apa. Kang sampai sana kang kita menggagau la cari hotel. Apa dia ingat zaman takde anak ke nak buat hal macam ni.

Saya sajeskan yang ada anak yang bawah 12 tahun ni hentikan buat perangai macam ni. Perangai yang macam tak plan ni. Yang macam dah sampai sana baru menggagau cari hotel apa bagai. Susah sebab budak-budak bukan reti sabar pun kalau dah lama sangat dalam kereta kan. Dia ingat dah parking tu kira dah sampai la tu. Padahal kita baru nak tanya-tanya. Dah lepas tu mengamuk sebab penat. Stresssssssssssssssssssssssssssssssssss. 

Akhirnya kitorang buat keputusan lepak hotel ixora, seberang perai. Konon je nak lepak hotel yang macam rumah kedai tu la sebab murah banyak la kan. Tapi mak encek kan banyak sangat tengok drama melayu. Terpengaruh la kan HAHAHA. Takutttttttttttttttt... terbayang orang jahat la apa lah. Ayoyyoyoyoyoy teruk betul laaaa kakjeng ni... itu dalam drama je la. HAHAHA

Baru nampak bercahaya sikit muka budak-budak ni lepas dah dapat hotel. Sibuk nak mandi dalam bathtub je pun padahal hahaha.

Lepas dah setel bilik, lepak apa bagai semua.
Perut krok krek.

Jom cari makan.
Cari makan pun jenis taknak dekat-dekat seberang jalan punya.
Nak naik feri jugekkkkkkkkkkkkkkkk


Baju kena la sama kan. Aniv kannnn.
Haaaa yang tanya saya mana saya beli couple T ni. Jangan terpedaya sangat. Ini bukan couple T ye.
Ini sebenarnya T-shirt lelaki ni... cuma bila Badang pilih tu, saya pun kata nak jugak. 
So dia amik saiz XL, saya amik la saiz S atau M. Nak jugak sebut S tu kan. Padahal M.
Ni la gaya-gaya orang tak terima hakikat badan dah naik HAHAHA. Kalau L pun muat je ni...HAHAHA pui


Time ni KL, Selangor, Negeri Sembilan jerebu teruk kan
Tapi penang menten cleaq baq ang. Kemain cantik lagi view. Semua cantik. Anak-anak siap duk depannn sekali ni sebab suka tengok laut. Biasalah genetik makpak gak ni suka nau dengan laut.


Kesilapan paling besar kalau pergi penang adalah tidak gugel dulu tempat makan yang best-best.

Kesal.

Sangat kesal.

Akhirnya makan dekat Padang Kota aje la. Tapi bolehla. Sini pun sedap. cuma tulah. Kalau dah gugel sesiap mesti banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi tempat makan bestkan.

Saya makan mee udang je. Budak-budak makan nasi ayam. Lepas tu melepak di pinggiran lah 


 Dah kenyang.

Terus terbayang Hard Rock kihkihkih
Yang ni tak gugel pun memang nak pergi sangat sangat nih

Ada orang suka pesan kalau orang pergi memana nak baju hard rock kan
Saya pulak kalau boleh taknak la pesan kat orang. Kalau boleh la. Sebab saya nak pergi sendiri dan beli sendiri. Konon nak bagi semangat kat diri sendiri la konon supaya cari duit bebanyak, kumpul duit bebanyak so kita dalam jalan banyakkk lagi tempat. Boleh beli banyak baju hard rock hahaha.
Bila tengok baju tu. So saya tahu saya dah sampai sana.
Mana-mana pun boleh je takde salahnya. Pesan kat orang pun boleh. Nak beli sendiri pun boleh. Ikut selera memasing la kan. Jangan pesan pakai ailio sudah la HAHAHAHA pui



Gembira la hati dia tu. Nampak tak beg hard rock dah ada dekat tangan dia dah tu. Alolololo... Kalau gembira senyum pipi jadi kembang kewwwwwwwwwwwwwwwwww kakjeng?


Oklah sampai sini je dulu.
Panjang sangat. Pening kepala kita ingat nama tempat tau.
Nanti kita sambung perjalanan ke langkawi pulak ek.



1 komen[s]:

Mya said... [Reply to Comments]

Happy Anniversary VP dan Encik Badang.
Semoga kekal sampai syurga :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^