Follow Viruspadu

Wednesday, November 11, 2015

Bercuti Tanpa Kerisauan

Saya suka melancong… keluarga saya pun sama. Pantang ada cuti tak kira la cuti hujung minggu ke, cuti tahunan ke, cuti perayaan atau hari kebesaran.. saya dan keluarga pasti akan cari masa untuk melancong atau hanya sekadar bersiar-siar..

Di Seoul, Korea


Semua orang bila nak bercuti lebih-lebih lagi kalau nak melancong, pasti nak kan percutian yang mengembirakan dan penuh dengan kenangan. Mesti percutian jadi hambar bila berlaku sesuatu yang tak diingini kan.

Di Hong Kong

Pernah beberapa kali masa kitorg pergi bercuti, Annisa jatuh sakit. Masa kami ke Bandung, Indonesia, Annisa demam dan naik bintik-bintik2 ruam seluruh badan. Panik betul masa tu. Annisa ni memang kerap jatuh sakit setiap kali kami bercuti. Paling tragis masa kami plan bercuti ke Cameron Highland. Kami baru je check in Hotel, dia demam panas yang kuat. Terpaksa la batalkan percutian dan terus balik ke Seremban malam tu juga. Masa ke Hong Kong, Seoul, Kuching dan jelajah Penang-Langkawi-Perlis-Kedah pun dia jatuh sakit juga. Mujur la hanya demam-demam sahaja.

Kami ni pula, sukakan aktiviti mencabar ketika bercuti. Kami gemar buat sesuatu yang membentuk keyakinan diri dan kekuatan mental terutama bagi anak-anak. Saya nak anak-anak sentiasa tenang menghadapi cabaran dan tidak terlalu dimanjakan. Nak kan mereka kuat dari segi fizikal dan mental. J

Annisa tengah wall climbing




Annur tengah abseiling


Saya tengah buggy jumping di Bali


En. Badang di Bali

Bayangkan kalau berlaku kemalangan dan perlu rawatan di hospital tempatan. Mesti percutian tidak lagi menyeronokkan. Kita pasti risau tengah perbelanjaan tambahan yang terpaksa kita bayar bagi kos yang tidak dijangkakan tu.

Sekarang ni tak perlu risau lagi. Sekarang dah ada satu perlindungan insurans yang dikenali Tune TrIP . Product ini salah satu dari 4 produk atas talian (online) dari TuneProtect.  Apa tu Tune Protect?? Tune Protect tu nama baru selepas penjenamaan semula Tune Insurance. Semua orang kenalkan Tune Insurance ni sebab bila kita naik pesawat AirAsia, kita diinsurans kan dengan Tune Insurans sejak tahun 2009. Sekarang ni, semenjak September 2015 diorang bertukar kepada Tune Protect. Ada polisi perlindungan kenderaan dan jenayah ragut lagi tu…


Apa yang menarik dengan Tune TrIP ni??? Ada banyak keistimewaan yang disediakan dengan pelindungan Tune TrIP ni macam perlindungan atas pembatalan tiket atau hotel, kehilangan dan kerosakan beg pakaian, kehilangan dokumen dan perubatan. Paling best nya, Tune TrIP bermula perlindungan sebelum, semasa dan selepas percutian kita. Cer korang tengok sini.







Cukup mudah untuk melanggan polisi perlindungan Tune TrIP ini. Terdapat beberapa pilihan sama ada nak pergi secara individu atau keluarga, dalam negeri atau luar negara dan nak langgan base on trip atau terus utk tempoh setahun terus. Amat mudah untuk ambil polisi pelindungan Tune TrIP ni, malahan masa tengah tunggu dalam balai berlepas sebelum boarding pun boleh langgan Tune TrIP ini. hihihi



Nak balik kampong kat Perak jap.. sebelum gerak tu, amik polisi perlindungan Tune TrIP dulu



Langkah untuk melanggan polisi pelindungan Tune TrIP amat mudah. Hanya Click, Buy and Protect terus… Memula login je dulu, pastu pilih polisi yang kita berminat, bayar dah terus dah  settle




Mula-mula login

Contoh macam sekarang ni, saya nak balik kampong ke Tronoh, Perak untuk 3 hari. Perjalanan saya dari Seremban ke Tronoh makan masa dalam 4 jam. Dalam tempoh tu, macam-macam boleh berlaku, So tanpa berlenggah lagi, saya terus langgan polisi perlindungan dengan Tune TrIP bagi pakej perlindungan family untuk perjalanan domestik bagi tempoh 1 – 5 hari. Saya hanya kena bayar RM33 sahaja untuk pelindungan lengkap tersebut. Pembayaran melalui kredit atau debit kad. Syyhhh… kalau korang cepat, sekarang ni ada rebat 20% tau…






Baru la terasa selamat bila nak mulakan perjalanan ni

Lain kali, bila korang nak bercuti atau melancong, bagi membolehkan kita berasa tenang dan damai pastu pulang dengan penuh keceriaan dan semangat baru, pilih la Tune TrIP untuk bantu memberikan pelindungan kepada kita dan keluarga.





1 komen[s]:

Dewi Aja said... [Reply to Comments]

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^