Follow Viruspadu

Thursday, November 19, 2015

Jimba Nam Jahat6

Awas ye, walaupun baju sama je dengan entry dekat bawah ni HAHAHA. Tapi jauh benau beza hari jimba ni dengan hari aniv vacay tu tau.

Yang sebenar kita takde idea nak pakai baju apa. Pastu badan dah naik pulak tu kan. Banyak gak baju yang kalau pakai jugak ala-ala seksi jugak sikit la gayanya. Pakai tu boleh la. Tapi nanti kalau makan banyak sikit, jenuh la tahan nafas sebab nak kaver perut buncit kan HAHA. Tudung walaupun nampak macam sama, tapi shawl entry bawah tu yang gambar 1st je adalah shawl dUck, lepas masuk hotel saya tukar shawl @byceeranoh balik (shawl bunga2 purple). shawl entry yang ni shawl @byceeranoh jugak. Saya kan peminat no 1 shawl @byceeranoh :p

Entry aniv vacay nanti kita sambung sok-sok tau. Tadi godek-godek gambar ternampak pulak gambar jimbaan ni. Terussssssssss hati kita nak buat entry hok ni dulu.
Sebelum keluar rumah kena tunjuk dekat adik beradik OOTD. Supaya takde yang sama kaler shawl. Sebab yakin sangat semua pun pakai shawl @byceeranoh punya tu. Support bisnes adik la katakan

Badang Gagah Perkasa adalah suami yang andesetending sangat!
Bila saya cakap nak berjimba dia ok je jaga anak-anak
Bila saya minta tolong hantarkan gi rumah sepet, amik sepet, hantar sepet rumah mertua dia sebab nak mintak mertua jagakan izz qaiser, lepas tu hantarkan kat rumah ceera pulak pun dia ok aje. Lepas tu bagi tahu tolong jemputkan saya malam nanti pun dia ok aje.

Macam mana la dia boleh ok aje semuanya.

Terima kasih Badang Gagah Perkasa. #KenyitMata

Akhirnya bersatu bertiga. Sepet Ceera KakJeng

Kitorang tiga je yang available nak berjimba pepagi ni. Hok lain ada kelas bahasa inggeris pulak dah. Suh ponteng tak berani. Baik sangatnyeeepunnnnnnnnnn. Nyampah!

"atam ada tempat best nak bawak korang gi sarapan ni, roti dia sedappp"
Gitu kot ayat ko ye atam HAHAHA. Gua main reka je tu.

Kesian ceera bawak dedua penumpang buta jalan. Memang takleh pakai punya worang. Sebab tu la dia drive sambil tengok waze je tu. Yang penumpang dua orang ni pandai selfie je HAHAHA

Atam, apa ke nama tempat ko bawak kitorang ni tam?
The Bread ke apa ke benda ntah

Yang pasti kitorang je parking seekor myvi dekat situ. Hok lain semua kereta mahai-mahai HAHAHAHA. Ini kawasan orang kaya ke apa ni. Meja-meja sebelah semua orang puteh je ni. Nasibla pekerja dia paham cakap melayu HAHAHA.
Sama ke muka?

Pingan dah licinnnn...

Saya dengan ceera memang plan nak minam kupi. Nak feeling la sikit kan.
Si sepet boleh pulak order air lemon. Mana ada orang minam air lemon pepagi ana oi.
Tak leh go langsung makan roti dengan lemon tau HAHAHA
Ini jenis tekak bela saka ke apa ni woi HAHAHAHA

Next!

Ceera jugak punya idea
Dia nak pergi The Geroboc.
Atam nak beli kasut. Sebab dia baru tempah almari kasut dekat ikea. Pastu almari dia nampak macam kosong. Itu memang alasan yang sangat kukuh untuk beli kasut baru kan. Nampak gaya kakjeng pun kena la beli almari kasut baru ni ... tumpang lalu encik Badang :p

Ntah kat mana-mana ntah ni. Saya tahu-tahu sampai je ni.
Sakan makcik-makcik ni shopping.

Saya ada la kenan satu kasut ni.
Test punya test. Sekali takde saiz.
Sakittttttttttttttttttttttttttttttttttttttt hati kita.
Terus merajuk taknak beli.

Sorang dua pasang sekali rembat. Itu baru permulaan tu 

Oyye

Kenapa Jimba Nam Jahat6?

Sebab NamJahat6 tu nama group wasap kitorang la HAHAHA
Eh kena bagi tahu ke?

Then kitorang terus ke Sunway Piramid

Dulu pun jimba kat sunway piramid gak kan
Ini semua ceera punya hal la ni.
Dia suka sangat la piramid ni. Kitorang mana boleh melawan cakap kakak kawasan
Dia kemain garang lagi HAHAHA.
Time berjimba kaki saya sakit pun tak berani nak bagitahu
Sebab gedik pakai kasut tinggi kan.
kang kena sound setepek. Takuitttttttttttttttttttttttttttt.

Simptom mak-mak sangat kan. Konon keluar jimba macam ni sebab nak kan "me time" tu la. Konon la. Akhirnya sibuk masuk toy r us belikan menan anak-anak. Hati tu kata nak "me time" tapi rasa bersalah pulak. Gitula.

Eskerem free saphora.

Lawaknya time kitorang nak beli mekap adalah
Saya dengan sepet tiru semua yang ceera beli HAHAHA
Dia amik eye liner, saya pun tiru.
Dia amik nyx, saya pun tiru
Apa saje la dia amik, saya tiru.

Pastu time bayar, kejap saya bayarkan dulu
Kejap ceera bayarkan dulu
Last-last tak tahu siapa nak bayar siapa berapa.
Last-last lantaklah engkau disitu. Halal la terlebih terkurang.

Sepet siap pergi balik watson kot check harga sebab nak bayar balik dekat saya. Tapi saya pun lupa dah nak kira apa. HAHAHA. Baiknya ko sepet oi. Andak dah lupa tu ko kira pulak lagi buat apa. Diam-diam dah la HAHAHA.

Lepas setel beli belah mekap.
Baru la dapat bersatu dengan kakak-kakak kesayangan ni ha. Jumpa-jumpa terus kena cakap omputeh ke ni HAHA. 

Dah kul 2 kot ni. Memasing dah lapooo. Jom mentekedarah.

Ini ceera jugak yang nak makan kat sini.

Jap saya konfius. Adakah ini sebenarnya Jimba Special for @ByCeeraNoh? Cehhhh atammm... Nampak tak kitorang ni takut sangat dengan ko tam. Ko cakap apa pun kitorang ikut je tau HAHAHA. Hetchu!

Johny Rocket! 

Sebenarnya saya lupa apa kebenda la nama tempat makan ritu ni. Nasib baikla ada nama dia dekat gambar bawah ni... tu kat bumbung tu
Portion dia beso-beso. Maka kalau ko jenis macam kitorang jugak. Jenis makan main-main. Bukan la main-main masa makan. Tapi makan sikit-sikit dah kenyang. Tapi makan banyak kali la kan. So sesuai share-share je la.

Tengah kitorang tengok-tengok menu. Sambil diskas nak share makanan apa

Tetiba terdengar

"makanan apa yang paling murah"

HAHAHAHAHAHA ya ampun, tokei Seqy Beauty cari makanan paling murah tau. Terus malu nak order makan yang mahal sikit dari dia order HAHAHAAHAHA.

Kaklang tergelak sampai tercampak fon! Nasib tak berkecai tau HAHAHA. Kalau kakcik yang tercampak tu, andak dah tahu dah apa nasib dia tu HAHAHA.

Dan akhirnya...

Sepet belanje makan!
Yeahoooooo
Kalau tahu dia nak belanje, saya akan order makanan paling mahal dah tu
Bila lagi nak merasa bos nak belanje staff kat johny rocket ni kan
Asik KFC je HAHAHA

Dan lepas tu sambung shopping lagi.

Saya tetap tiru apa aje ceera beli
Dia beli kemeja pun saya tiru
Dasar sangat!


 Asal ada orang selfie. Ada aje yang menyelit.
Memang bab menyelit ni salah satu kepakaran saya ni :p

Sementara tunggu tokei Seqy Beauty keluarkan duit. Saya dah pesan kat ceera tengok berapa baki duit sepet dlm acct dia. Saje nak kepochi nak tahu berapa banyak duit dia dalam bank HAHAHAHA.

Ala gurau aje.
ha marah! marah! marah!


Lepas dah takde apa lagi nak beli.

Jadi ke karok?
Jadikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk jommmmmmmmmm

Video nyanyi-nyayik karok ada ceera share dekat ig dia.
Tiap kali karok dorang mesti paksa saya nyanyi lagi Ning Baizura tau HAHA
pastu mesti dorang rekod.
Ceera siap share video dekat ig dia
oh nooooooooooooooooooo

Saya nak share video karok kat sini
nonononono la
Malu kitewww tau.

Oklah
Dah la tu
Jimba ini berakhir jam 9 lebih

Memula saya minta tolong Badang jemput dekat rumah ceera aje. So bila saya dah sampai rumah ceera kang saya bgtau, baru la gerak amik saya. Takpe la saya tunggu pun.

"sayang nak tak abang jemput terus dekat piramid?"
"takpe ke?"
"boleh je, dah otw ni"

Saya habis je keluar karok, dia kata dia dah sampai.

Terima kasih Allah. Baiknya suamiku itu.

1 komen[s]:

Amyz Azlie said... [Reply to Comments]

seronok dapat berjimba adik beradik. lebih2 lagi adik beradik pempuan je ramai ni kan. semua blh buat sama2. best lah!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^